Nuffnang Ads

Rabu, 16 Mei 2012

Piala FA Malaysia : Kelantan atau Sime Darby?



Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 2012 pada 19 Mei 2012 (Sabtu) ini di Stadium Nasional Bukit Jalil menemukan Kelantan dan Sime Darby FC.  Ramai yang beranggapan Kelantan pasti akan menjulang kejuaraan Piala FA kerana pasukan Kelantan dibarisi oleh pemain-pemain bertaraf bintang seperti Khairul Fahmi, Nor Shahrul Idlan Talaha, Ghaddar, Indra Putra, Nor Farhan, Badri Radzi dan ramai lagi. 

Namun begitu saingan daripada pasukan berstatus kelab iaitu Sime Darby FC tidak boleh dipandang ringan kerana mereka telah melakukan kejutan di Separuh Akhir dengan mengenepikan Juara Bertahan iaitu Terengganu.  Pemain import mereka iaitu Patrick Wleh Ronaldinho yang berasal dari Liberia harus diberikan perhatian oleh pemain pertahanan Kelantan kerana kelincahan pemain ini boleh mengecewakan pasukan Kelantan.

Apa-apa pun semoga berjaya kepada pasukan Kelantan dan Sime Darby FC untuk pertarungan akhir nanti.  Semoga kedua-dua pasukan dapat menunjukkan permainan berkualiti seterusnya mengangkat martabat bola sepak Malaysia.

Kelantan Pasukan Pilihan

Sime Darby FC Pasukan Giants Killer

Euro 2012 : Pasukan England

Senarai 23 pemain untuk Skuad England ke kejohanan bola sepak berprestij di Eropah iaitu EURO 2012 telah diumumkan oleh Pengurus Pasukan England, Roy Hodgson.  Senarai ini menyaksikan beberapa kejutan antaranya ialah penyenaraian pemain muda berbakat England berusia 18 tahun iaitu Alex Oxlade-Chamberlain dari pasukan Arsenal disenaraikan.

Selain itu, beberapa muka baru turut disenaraikan dalam skuad ini antaranya ialah Andy Carroll (Liverpool) dan Danny Welbeck (Manchester United).  Seperti dijangka, Rio Ferdinand (Manchester United), Kyle Walker (Tottenham), Micah Ricards (Manchester City), Peter Crouch (Stoke City), Chris Smaling (Manchester United), Michael Carrick (Manchester United), Jack Wilshire (Arsenal) dan beberapa lagi pemain tidak disenaraikan ekoran masalah kecederaan, kecergasan dan sebagainya.


Steven Gerrard (Liverpool) telah dilantik sebagai ketua pasukan England untuk EURO 2012 akan datang.  Untuk makluman, England diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama juara EURO 2000 iaitu Perancis, Sweden dan tuan rumah bersama Ukraine.

Berikut adalah senarai 23 pemain skuad England untuk EURO 2012 :

Penjaga Gol : Joe Hart (Manchester City), Rob Green (West Ham), Jack Butland (Birmingham)

Pertahanan : Glen Johnson (Liverpool), Phil Jones (Manchester United), John Terry (Chelsea), Joleon Lescott (Manchester City), Martin Kelly (Liverpool), Ashley Cole (Chelsea), Leighton Baines (Everton), Phil Jagielka (Everton)


Tengah : Theo Walcott (Arsenal), Stewart Downing (Liverpool), Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal), Steven Gerrard (Liverpool), Jordan Handerson (Liverpool), Scott Parker (Tottenham), Ashley Young (Manchester United), James Milner (Manchester City)


Penyerang : Jermain Defoe (Tottenham), Wayne Rooney (Manchester United), Danny Welbeck (Manchester United), Andy Carroll (Liverpool)
Siapa yang bakal membarisi kesebelasan utama England untuk EURO 2012 nanti??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa