Nuffnang Ads

Khamis, 17 Mei 2012

Euro 2012 : Saingan sengit Kejohanan berprestij Eropah


EURO 2012
EURO 2012 akan bermula pada 8 Jun 2012 (Jumaat) sehingga 1 Julai 2012 (Ahad) dengan Poland dan Ukraine sebagai penganjur bersama.  Kejohanan ini menyaksikan Juara bertahan EURO 2008, Sepanyol diletakkan dalam Kumpulan C bersama Itali, Croatia dan Rep. Ireland.  Tuan rumah bersama Poland pula diletakkan dalam Kumpulan A bersama Juara EURO 2004 Greece, Rep. Czech dan Russia manakala Kumpulan B boleh dikategorikan sebagai Kumpulan Maut kerana dalam kumpulan ini Jerman, Portugal, Belanda dan Denmark diletakkan dalam kumpulan ini.   Saingan dalam Kumpulan D pula dilihat seimbang dengan Juara EURO 2000 Perancis diletakkan bersama-sama pasukan tuan rumah Ukraine, Sweden dan England. 

Kumpulan Pasukan di EURO 2012
Jika dilihat dari pilihan semasa, Sepanyol dan Jerman dilihat sebagai antara pasukan pilihan untuk menjuarai EURO 2012.  Namun begitu saingan pasukan lain juga tidak boleh dipandang ringan seperti yang berlaku pada Kejohanan EURO 1992 dan EURO 2004 di mana pasukan Denmark dan Greece muncul juara walaupun bukan dilihat sebagai pilihan.

Selepas EURO 2012 ini kita mungkin akan melihat perpindahan secara besar-besaran pemain-pemain yang beraksi cemerlang dalam EURO 2012.  Semoga berjaya untuk semua pasukan.

Liga Juara-Juara Eropah : Bayern Munich atau Chelsea?


Liga Juara-Juara Eropah akan tiba ke kemuncaknya menyaksikan pertembungan antara Bayern Munich dan Chelsea pada 20 Mei 2012 (Ahad) jam 2.30 pagi (waktu Malaysia) di Stadium Munich, Jerman.  Kedua-dua pasukan ini telah mengejutkan kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcelona untuk mara ke perlawanan akhir.

Bayern Munich dilihat berpeluang cerah menjuarai Piala ini kerana kelebihan beraksi di tempat sendiri selain pasukan Chelsea yang kehilangan beberapa tonggak utama pasukan akibat penggantungan dan kecederaan yang dialami seperti Terry, Ramires, Ivanovic, Meireles, Malouda, Cahill dan David Luiz.

Walau bagaimanapun, pasukan Bayern Munich tidak boleh memandang ringan cabaran Chelsea kerana semangat mereka yang ditunjukkan semasa separuh akhir menentang Barcelona mungkin akan ditampilkan sekali lagi di perlawanan ini.

Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo (RDM) yang mengambilalih tugas dari Andre Villas Boas (AVB) telah menunjukkan satu peningkatan yang membanggakan kepada pasukan.  Bayern Munich di bawah Jupp Heykness (JH) nyata mahu menjadikan Chelsea sebagai mangsa kerana mereka telah terlepas kejuaraan Bundesliga Jerman 2012 dan Piala Jerman kepada kelab Borussia Dortmund.

Apa-apa pun, penulis melihat Bayern Munich mempunyai kelebihan di atas kertas namun cabaran Chelsea tidak boleh dipandang ringan oleh mereka.  Semoga perlawanan akhir ini menjadi satu perlawanan yang akan dikenang antara perlawanan akhir yang terbaik. 

Liga Super Malaysia 2012


Pasukan-Pasukan Liga Super Malaysia 2012

Saingan Liga Super Malaysia 2012 melibatkan 14 pasukan telah melepasi beberapa perlawanan di pusingan kedua.  Sehingga kini Lions XII masih mendahului carta liga dengan 41 mata (21 Perlawanan) manakala Juara 2011 Kelantan mengekori rapat dengan 37 mata (16 Perlawanan).  Kuala Lumpur kekal di tangga tercorot liga dengan hanya mengumpul 3 mata (17 Perlawanan).

Kehadiran semula pemain import dalam Liga Super Malaysia 2012 kembali merancakkan saingan dengan beberapa pemain import berkualiti menunjukkan kelebihan mereka antaranya pemain import Negeri Sembilan iaitu Effa Owana, Bosko Balaban (Selangor), Michal Kubala (Perak), Mohammad Ghaddar (Kelantan), Francis Fokie Doe (Terengganu) dan beberapa lagi pemain import yang baik.

Pemain-pemain tempatan juga tidak kurang hebatnya antaranya Shakir Ali (Negeri Sembilan), Nor Shahrul Idlan Talaha (Kelantan), Abdul Hadi Yahaya (Terengganu) serta pemain-pemain tempatan lain yang menunjukkan kehebatan masing-masing.

Apa-apa pun, penulis berharap agar mutu liga bola sepak Malaysia semakin hari semakin meningkat bagi memastikan Malaysia kembali menggegarkan persada bola sepak Asia setaraf negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Arab Saudi yang melahirkan pemain-pemain-berkelas dunia. Harimau Malaya Pantang Undur.. Malaysia Boleh.. 

Shinji Kagawa sah ke Manchester United

Manchester United

Bintang bola sepak Jepun yang semakin menyinar di pentas antarabangsa dan kelab yang diwakilinya iaitu Shinji Kagawa, 23 tahun berkemungkinan besar akan berpindah dari kelab Juara Bundesliga Jerman 2012, Borusia Dortmund ke kelab Liga Perdana England Manchester United.


Shinji Kagawa
Spekulasi ini semakin bertiup kencang apabila Kagawa diberitakan enggan menandatangani kontrak baru di mana kontraknya dijangka berakhir pada 2013.  Selain itu juga, diberitakan Pengurus Manchester United, Sir Alex Furguson dan pencari bakat kelab Manchester United dilihat berada di stadium semasa perlawanan akhir Piala Jerman antara Dortmund dan Bayern Munich.  Kagawa turut beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut dengan menjaringkan 1 gol seterusnya membantu kelabnya menang 5-2.


Pada pandangan penulis, jika Manchester United membeli Kagawa ianya merupakan pembelian terbaik kepada kelab ini.  Dengan kualiti serta kemahiran tinggi pemain ini, tidak mustahil beliau mampu menjadi pengganti kepada lagenda Manchester United iaitu Paul Scholes selepas persaraan beliau.

Piala Thomas 2012 : Mampukah Malaysia melangkah jauh?

Kejohanan berprestij Badminton berpasukan Piala Thomas & Uber akan diadakan pada 20 - 27 Mei 2012 di Wuhan, China.  Skuad negara diletakkan dalam Kumpuan C bersama Denmark dan Afrika Selatan.  Jika dilihat, Malaysia dijangka tidak berdepan dengan masalah untuk menewaskan Afrika Selatan.  Saingan negara dalam peringkat kumpulan ialah pasukan Denmark yang mempunyai senarai perseorangan dan bergu yang mantap berbanding pasukan negara.

Walau bagaimana pun, tidak mustahil Malaysia mampu menundukkan ego Denmark dalam peringkat kumpulan kelak.  Pada pandangan penulis, Malaysia telah lama mengharapkan Datuk Lee Chong Wei dalam perseorangan dan pasangan Koo - Tan dalam bergu.  banyak bakat-bakat baru yang diketengahkan namun sehingga kini mereka masih tiada lagi pelapis.

Sesuatu harus dilakukan oleh pihak pengurusan sukan badminton negara bagi memastikan kelangsungan potensi-potensi baru bagi menjadi pelapis serta menggantikan Datuk Lee Chong Wei kelak.

Apa2 pun, penulis berharap agar pasukan Malaysia berjaya dalam menghadapi kejohanan Piala Thomas ini sekurang-kurangnya melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu ke separuh akhir kejohanan. "Malaysia Boleh"..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa