Nuffnang Ads

Jumaat, 18 Mei 2012

3 Perlawanan Persahabatan : Ujian Skuad Harimau Malaya


Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih Datuk K. Rajagopal akan mengadakan 3 siri perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan Filipina pada 1 Jun 2012 serta menentang pasukan jiran tetangga Singapura pada 8 dan 12 Jun 2012.  Ini merupakan perlawanan kompetitif antarabangsa terkini setelah kali terakhir skuad negara menentang pasukan Sri Lanka pada 28 April 2012 yang lalu di mana pasukan negara menewaskan Sri Lanka dengan 6-0.

Skuad Malaysia : Harimau Malaya
Semoga Harimau Malaya terus maju jaya seterusnya kembali menggegarkan persada bola sepak Asia setanding dengan negara-negara kuasa besar Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia.

Penulis yakin, skuad Harimau Malaya tidak akan menghampakan peminat bola sepak negara serta mampu memberikan saingan kepada kedua-dua pasukan yang akan ditentang negara.  Harimau Malaya Pantang Undur.. Bangun Harimau Bangun.. Selamanya Harimau Malaya..

Nazmi Faiz : Permata baru Bola Sepak Malaysia



Mohd. Nazmi Faiz Mansor merupakan antara pemain muda sensasi negara yang mempunyai bakat yang besar dalam bola sepak.  Bakatnya mula terserlah setelah mula mewakili Pasukan Bola Sepak negara ke Sukan SEA di Indonesia di mana beliau merupakan salah seorang pemain yang memainkan peranan besar dalam kejayaan mengekalkan emas bola sepak.

SC Beira Mar

Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang anggota pasukan Harimau Muda yang beraksi di Liga Singapura di bawah kendalian jurulatih berwibawa Ong Kim Swee.  Bakat beliau telah menarik minat pencari bakat kelab Eropah di mana beliau kini sedang menjalani latihan bersama kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira Mar.

Semoga Nazmi Faiz berjaya dalam kerjaya bola sepaknya seterusnya menjadi antara pemain negara yang hebat serta mengangkat semula martabat bola sepak negara setanding dengan gergasi Asia yang lain seperti Jepun dan Korea Selatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa