Nuffnang Ads

Ahad, 20 Mei 2012

Nicol David juarai Squash Terbuka British 2012


Seperti dijangka, Nicol David yang diletakkan sebagai pilihan pertama berjaya menjuarai Kejohanan Squash Terbuka British 2012 menewaskan bintang muda sensasi Mesir Nour Al Sherbini dengan keputusan 11/6, 11/6, 11/6 dalam masa 27 minit.  Dengan kemenangan ini, Nicol David terus menambah koleksi kejuaraan beliau seterusnya mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.
Semoga kejayaan ini, dijadikan contoh oleh atlet negara untuk terus berjuang mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.  Tahniah diucapkan atas kejayaan bermakna ini. 

Moto3 : Zulfahmi Khairuddin gagal tamatkan perlumbaan

Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin gagal menamatkan perlumbaan dalam Moto3 apabila beliau terjatuh sekaligusnya menjejaskan peluangnya menamatkan perlumbaan di Litar Le Mans, Perancis.  Beliau yang bermula di petak ke 10 memulakan perlumbaan dengan baik dan pada satu ketika beliau berada di tempat pertama dan kedua sebelum masalah mekanikal ke atas jenteranya.


Apa-apa pun syabas untuk Zulfahmi Khairuddin kerana beliau semakin hari semakin matang dalam perlumbaan Moto3.  Semoga impian beliau untuk menjadi anak Malaysia pertama menaiki podium akan tercapai.  Teruskan usaha anda tanpa berputus asa.

Piala Thomas 2012 : Pemain negara sudah bersedia


Kejohanan Piala Thomas dan Uber akan bermula hari ini sehingga 27 Mei 2012 di Wuhan, China.  Pasukan negara diletakkan dalam Kumpulan C bersama juara Eropah, Denmark dan juara Afrika, Afrika Selatan.  Peluang negara untuk mara ke peringkat suku akhir dilihat cerah namun cabaran kedua-dua pasukan tidak boleh dipandang ringan oleh skuad negara.

Skuad negara akan diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei selaku ketua pasukan, Hafiz Hashim, Liew Darren dan Chong Wei Feng selaku pemain perseorangan manakala pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Lim Kim Wah-Goh V Shem dan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong selaku pasangan bergu.

Skuad negara akan turun ke gelanggang menentang Afrika Selatan pada 21 Mei 2012 sebelum menentang Denmark pada 22 Mei 2012.  Semoga pasukan negara berjaya menempuh cabaran di peringkat kumpulan seterusnya berjaya ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan jika mampu ke peringkat akhir.  Malaysia Boleh.. 


Lagu Semangat Pasukan Malaysia


Jom Layan lagu semangat Pasukan Negara..

Penjaring Terbanyak Liga-Liga Eropah

Liga Perdana England : Robin Van Persie (Arsenal) - 30 Gol


  


La Liga Sepanyol : Lionel Messi (FC Barcelona) - 50 Gol


Serie A Itali : Zlatan Ibrahimovic (AC Milan) - 28 Gol
Bundesliga Jerman : Klass-Jan Huntelaar (Schalke 04) - 29 Gol




Ligue 1 Perancis : Nene (PSG) dan Oliver Giroud (Montpellier) - 21 Gol







 

Eradivise Belanda : Bas Dost (Heerenveen) - 32 Gol 
  

Tenis Terbuka Itali : Djokovic ke perlawanan akhir



Pemain tenis lelaki no. 1 dunia, Novak Djokovic dari Serbia melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Tenis Terbuka Itali apabila menewasjan Roger Federer dari Switzeland dengan keputusan 6/2, 7/6 untuk bertemu dengan pemain no. 2 dunia, Rafael Nadal dari Sepanyol di perlawanan akhir.  Nadal sebelum itu menewaskan rakan senegara David Ferrer dengan keputusan 7/6, 6/0.

Dalam kategori wanita pula, pemain sensasi dari Russia Maria Sharapova mara ke perlawanan akhir dan akan bertemu dengan Juara Terbuka Perancis 2011, Li Na dari China.  Sharapova menewaskan pemain yang sedang meningkat naik dari Jerman, Angelique Kerber dengan 6/3, 6/4 manakal Li Na tidak perlu turun ke gelanggang apabila lawannya dari Ameika Syarikat, Sarena Williams menarik diri kerana kecederaan yang dialaminya. 

Jika dilihat prestasi semasa, Novak Djokovic dan Maria Sharapova dilihat berpeluang cerah menjuarai kategori masing-masing.  Namun begitu, cabaran Rafael Nadal dan Li Na juga tidak boleh dipandang sepi oleh mereka.

Ligue 1 Perancis : Montpellier atau PSG Juara??


Saingan Kejuaraan Liga-Liga utama Eropah semuanya telah pun menutup tirai kecuali Ligue 1 Perancis di mana penentuan kejuaraan adalah di antara kelab Montpellier dan Paris Saint Germain (PSG).  Montpellier dilihat berpeluang cerah menjuarai Ligue 1 Perancis kerana berkelebihan 3 mata berbanding pencabar terdekatnya PSG.
Pasukan Montpellier akan bertandang ke gelanggang lawan menentang pasukan yang telahpun tercicir ke Ligue 2 musim hadapan iaitu Auxerre manakala PSG akan menentang Lorient di gelanggang lawan. 






PSG yang berbelanja besar nyata mengidamkan kejuaraan Ligue 1 Perancis mengharapkan pasukan Montpellier tewas kepada kelab Auxerre dan mereka pula berjaya menewaskan pasukan Lorient.  Penentuan di saat-saat akhir ini pastinya dramatik seperti yang berlaku pada saingan Liga Perdana England di mana Manchester City muncul juara di saat-saat akhir.  Semoga berjaya kepada kedua-dua pasuakan ini.

Chelsea Juara UCL 2012


Juara 2012 : Chelsea
Pasukan Chelsea di bawah bimbingan pengurus sementara Roberto Di Matteo menjuarai Piala Juara-Juara Eropah setelah menewaskan pasukan dari Jerman, Bayern Munich 4-3 hasil sepakan penalti setelah kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.  Lebih menggembirakan lagi, ini merupakan kejuaran pertama Chelsea dalam kejohanan kelab berprestij Eropah ini.
Walaupun sepanjang perlawanan ini kelab Bayern Munich banyak melakukan serangan demi serangan ke kubu Chelsea, penjaga gol Chelsea Petr Cech dan pertahanan Chelsea diketuai Ashley Cole berjaya mengekang setiap asakan tersebut.  Bayern membuka tirai jaringan pada minit ke 83 setelah Thomas Muller bijak menanduk masuk sepakan Toni Kroos menewaskan Petr Cech.  Ketika kejuaraan dilihat hampir menjadi milik Bayern Munich, Didier Drogba yang berkemungkinan beraksi kali terakhir bersama Chelsea muncul wira pasukannya sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila menanduk kencang sepakan penjuru dari Juan Mata sekaligus menewaskan penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer.
Jaringan itu nyata menyentap semangat pasukan Bayern Munich yang dahagakan kejuaraan setelah hanya muncul sebagai naib juara Busdesliga Jerman dan Piala FA Jerman kepada pasukan Borussia Dortmund.  Perlawanan yang diheret sehingga masa tambahan jelas menunjukkan penguasaan pasukan Bayern Munich.  Bayern Munich berpeluang menamatkan cabaran Chelsea apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke 95 masa tambahan kepada pasukan Bayern Munich kerana kekasaran yang dilakukan oleh Didier Drogba ke atas Franck Ribery.  Arjen Robben yang diberikan tugas mengambil sepakan tersebut gagal memanfaatkan sepakan penalti tersebut setelah sepakannya berjaya ditepis dengan cemerlang oleh Petr Cech.

Kubu pasukan Chelsea terus diserang bertalu-talu oleh Bayern Munich namun Chelsea berjaya mengekang asakan tersebut seterusnya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.  Sepakan penalti Chelsea telah disempurnakan oleh David Luiz, Ashley Cole, Frank Lampard dan Didier Drogba yang berjaya menyempurnakan penalti yang membawa kejayaan kepada pasukannya.  Juan Mata gagal dalam sepakan penalti pertama Chelsea apabila sepakannya ditepis oleh Manuel Neuer.  Sepakan penalti Bayern Munich pula disempurnakan oleh Philip Lamn, Mario Gomez dan Manuel Neuer manakala kegagalan Ivica Olic dan Bastian Schweinsteiger nyata membawa padah kepada pasukannya.

Apa-apa pun kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi yang baik dan kemenangan Chelsea ini sekaligus menafikan tiket pasukan Tottenham ke Liga Juara-Juara Eropah untuk musim akan datang.  Tahniah kepada pasukan The Blues Chelsea atas kejayaan ini. 

Chelsea atau Bayern Munich??

Perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah telah pun bermula dan telah tamat separuh masa pertama.  Bayern Munich jelas menguasai perlawanan dengan cubaan demi cubaan ke gawang Chelsea.  Siapa yang akan menjuarai piala berprestij kelab Eropah ini. Chelsea atau Bayern Munich??  Berikut adalah kesebelasan pemain kedua-dua pasukan:

Bayern Munich :
Manuel Neuer, Anatoliy Tymoschuk, Jarome Boateng, Diego Contento, Philip Lahm, Toni Kroos, Bastian Schweinsteiger, Franck Ribery, Arjen Robben, Mario Gomez, Thomas Muller.

Pemain Simpanan :
Hans-Jorg Butt, Danijel Pranjic, Rafinha, Daniel Van Buyten, Ivica Olic, Nils Petersen, Takashi Usami

Chelsea :
Petr Cech, David Luiz, Gary Cahill, Ashley Cole, Jose Bosingwa, Frank Lampard, John Obi Mikel, Ryan Bertrand, Solomon Kalou, Didier Drogba, Juan Mata

Pemain Simpanan :
Michael Essien, Florent Malouda, Paulo Ferreira, Fernando Torres, Ross Turnbull, Daniel Sturridge, Oriol Romeu

Semoga berjaya untuk kedua-dua pasukan.

Juara Piala-Piala Utama England 2012

Liga Perdana England akan memulakan musim baru pada 18 Ogos 2012 akan datang. Dengan saingan pembuka tirai kejuaraan Piala Kemasyarakatan akan menemukan antara Juara Liga Perdana England, Manchester City bertemu dengan Juara Piala FA, Chelsea yang dijadualkan pada 12 Ogos 2012, saingan musim 2012/2013 pastinya menarik. Berikut adalah Juara Piala-Piala utama dalam Liga Inggeris musim 2011/2012 yang lalu:

 
Premier League : Manchester City










Community Shield: Manchester United








 



League Cup : Liverpool








 

Juara Piala FA : Chelsea







West Ham kembali ke saingan BPL

Pasukan The Hammers West Ham kembali ke saingan utama Liga Perdana England apabila mereka menewaskan pasukan The Tengerines Blackpool pada penentuan playoff dengan kemenangan 2-1.  Dengan kemenangan ini mereka bakal mengiringi pasukan Reading dan Southamton ke BPL untuk musim akan datang.

Pasukan West Ham di bawah bimbingan Sam Allardyce mendahului lawan hasil jaringan oleh Carlton Cole pada minit ke-35 sebelum disamakan oleh Thomas Ince pada minit ke-48.  Tiga minit sebelum saingan tamat, Ricardo Vaz Te muncul wira pasukan West Ham dengan jaringan sekaligus mengecewakan pasukan Blackpool di bawah bimbingan Ian Holloway.

Tahniah diucapkan kepada pasukan West Ham yang berjaya kembali ke saingan utama Liga Perdana England musim hadapan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa