Nuffnang Ads

Isnin, 21 Mei 2012

Piala AFC : Kelantan lawan Terengganu

Setelah berjaya memenangi Piala FA pada Sabtu lepas, fokos Kelantan kini terarah kepada kejohanan Piala AFC menentang sebuah lagi pasukan negara iaitu Terengganu.  Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu pada 23 Mei 2012 (Rabu) jam 8.45 malam.

Kelantan mestinya masih segar dengan kejayaan mereka menjulang Piala FA setelah menewaskan Sime Darby FC 1-0 pada 19 Mei 2012 lalu.  Namun mereka kehilangan beberapa pemain tonggak akibat masalah kecederaan yang dialami semasa perlawanan tersebut seperti Daudsu Jamaluddin, S.Subramaniam dan Azizi Mat Rose yang mengalami kecederaan jangka panjang.

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak pastinya akan melakukan sedikit rombakan pada barisan kesebelasan utama pasukan Kelantan.  Manakala Terengganu di bawah bimbingan bekas jurulatih Kelantan Peter Butler pastinya akan menggunakan kesempatan di atas keletihan pemain Kelantan.

Semoga kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik dan terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya.  Semoga berjaya untuk kedua-dua pasukan. 

Michael Owen : Ke mana musim depan?


Owen
Aston Villa
Bekas pemain Manchester United, Newcastle, Real Madrid dan Liverpool, Michael Owen telah dilepaskan oleh kelab gergasi Liga Perdana England Manchester United setelah beberapa musim bersama dengan kelab tersebut.  Kecederaan yang dialami oleh pemain berusia 32 tahun itu nyata membataskan aksinya bersama pasukan United.
  
Stoke City

Southampton

West Ham
Dikhabarkan beberapa kelab Liga Perdana England berminat untuk mendapatkan Owen secara perpindahan percuma antaranya Stoke City, Aston Villa, West Ham dan juga Southampton.  Ke manakah Owen musim depan? Sama-sama kita tunggu perkembangannya.

Hoki : Piala Sultan Azlan Shah 2012


Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 untuk Edisi ke 21, akan bermula pada 24 Mei 2012 (Khamis) sehingga 3 Jun 2012 (Ahad).  Kejohanan ini akan melibatkan 7 buah negara iaitu Malaysia selaku tuan rumah, india, Pakistan, Korea Selatan, Argentina, New Zealand dan England.  Sekali lagi, Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh akan menjadi gelanggang kejohanan ini.

Pasukan Malaysia, di bawah kendalian jurulatih Tai Beng Hai pastinya akan cuba bangkit sedaya upaya setelah gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 pada Pusingan Kelayakan Olimpik 2012 di Rep. Ireland yang lalu.  Selain itu juga, pasukan kali ini adalah gabungan antara pemain senior dan junior kebangsaan di mana pasukan hoki remaja negara baru-baru ini telah menjuarai Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2012 baru-baru ini.

Semoga kejohanan ini dapat dijadikan platfom kebangkitan pasukan hoki negara seterusnya mengangkat semula martabat negara dalam hoki dunia.  Semoga berjaya dan selamat berjuang untuk pasukan hoki negara. Malaysia Boleh..

Eden Hazard : Chelsea atau Kelab Manchester?


Eden Hazard
Pemain terbaik tahunan Ligue 1 Perancis, Eden Hazard yang mewakili pasukan Lille dan Belgium telah menarik minat kelab-kelab gergasi Eropah untuk memperkuatkan pasukan mereka musim depan.  Sehingga kini, beliau telah menarik minat kelab Juara Piala Eropah 2012, Chelsea serta dua kelab Manchester iaitu City dan United dengan pengkhabaran terbaru mengatakan beliau ingin ke Chelsea pada musim hadapan.

Dalam perlawanan terakhir Ligue 1 Perancis antara pasukan Lille dan Nancy , beliau telah menjaringkan 3 gol sekaligus membantu kelabnya menamatkan saingan Ligue 1 di tangga ketiga di belakang juara Montpellier dan PSG.  Ini jelas menunjukkan kehebatan beliau dalam melakukan penyudah tajam serta membantu pasukan menjaringkan gol.

Beliau merupakan prospek cerah untuk masa depan dan dengan kerjaya bola sepak yang masih panjang tidak mustahil beliau mampu melakukan sesuatu dalam sukan bola sepak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa