Nuffnang Ads

Rabu, 23 Mei 2012

Piala Thomas 2012 : Cabaran Malaysia berakhir

Skuad Piala Thomas negara gagal dalam misi untuk layak ke peringkat separuh akhir apabila tewas kepada skuad tuan rumah China dengan keputusan 0-3.  Skuad negara tanpa Datuk Lee Chong Wei nyata bukan tandingan China yang dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Thomas 2012.

Liew Daren yang diletakkan sebagai perseorangan pertama negara menentang Lin Dan nyata bukan tandingan pemain China itu walaupun pada set pertama beliau memberikan tentangan sengit sebelu tewas 21-17, 9-21, 5-21.  Pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang diletakkan harapan untuk menewaskan pasangan berpengalaman China Cai Yun-Fu Haifeng bagaimanapun gagal apabila tewas 17-21, 18-21 seterusnya memberikan mata kedua China.
Perseorangan kedua negara, Hafiz Hashim seperti dijangka gagal memberikan saingan kepada pemain muda China yang juga pemain nombor tiga dunia Cheng Long dengan 10-21, 11-21 seterusnya menyerahkan kemenangan kepada China dengan 3-0.
Apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan negara.  Semoga selepas ini, lebih banyak pemain-pemain pelapis dapat dihasilkan bagi mengelakkan kebergantungan kepada Datuk Lee Chong Wei serta pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. 

Liga Super Malaysia 2012 : Kenali pasukan anda



Liga Super Malaysia 2012 sehingga kini telah masuk ke pusingan kedua dengan saingan sengit antara 2 pasukan iaitu Kelantan dan juga Lions XII.  Berikut adalah pasukan yang bersaing dalam Liga Super Malaysia 2012 : 




 
Kedah



Kelantan





 

Johor FC




Sabah
 

Lions XII



Terengganu

Sarawak


 
  
 

Perak
 
 

  


PKNS
  
 
Selangor


 




  


T-Team
 

Felda United




Kuala Lumpur
 



Negeri Sembilan


Euro 2012 : Negara Bertanding

Kejohanan Bola Sepak berprestij Eropah iaitu Euro 2012 Poland-Ukraine akan memulakan saingannya pada 8 Jun 2012 sehingga 1 Julai 2012.  Kejohanan ini akan disertai oleh 16 negara di mana 14 negara melalui pusingan kelayakan untuk mengiringi pasukan tuan rumah bersama Poland-Ukraine.  Berikut adalah 16 pasukan yang akan berentap untuk menentukan negara mana akan menjadi kuasa bola sepak di Eropah.  
Croatia












Sweden


Portugal


Rep. Ireland

England







Ukraine

Rep. Czech

 Perancis

Greece

Jerman

Sepanyol

Russia

Poland

Itali

Belanda

Denmark

Sukan Olimpik 2012 : Prospek Emas Malaysia

Sukan Olimpik 2012 di London akan bermula tidak kurang dari 3 bulan lagi.  Malaysia telah mengesahkan penyertaan dalam beberapa sukan seperti Badminton, Terjun Papan Anjal, Memanah, Lumba Basikal dan Lawan Pedang.

Malaysia dilihat mempunyai prospek cerah untuk memenangi emas pertama Olimpik melalui beberapa acara iaitu Badminton (Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Kiet-Tan Boon Heong), Terjun Papan Anjal (Bryan Nickson Lomas, Pandalela Rinong, Huang Qiang, Leong Mun Yee) serta acara Lumba Basikal (Azizulhasni Awang, Josiah Ng).  Tidak mustahil juga acara memanah akan menyumbang pingat kepada pasukan negara.
Dalam acara badminton, kecederaan yang dialami oleh Datuk Lee Chong Wei semasa Piala Thomas 2012 boleh menjejaskan harapan negara untuk memenangi pingat emas temasya Sukan Olimpik 2012.  Walau bagaimanapun, dengan fasiliti serta kemudahan perubatan yang baik, Datuk Lee Chong Wei dijangka akan pulih dari kecederaannya seterusnya kembali berlatih sebagai persediaan menghadapi temasya 4 tahun sekali itu.

Semoga Pasukan negara berjaya dalam mencapai pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik 2012.  Malaysia Boleh...  

EURO 2012 : Pemain mana bakal menyerlah?



Kejohanan Bola Sepak berprestij di Eropah Euro 2012 akan membuka tirainya pada 8 Jun 2012 dengan Poland dan Ukraine sebagai tuan rumah bersama.  Kejohanan ini melibatkan 16 negara Eropah iaitu Poland dan Ukraine selaku tuan rumah serta Perancis, Sepanyol, Jerman, Itali, England, Belanda, Portugal, Croatia, Republik Ireland, Russia, Denmark, Sweden, Greece dan Republik Czech.
Kejohanan ini juga bakal mengumpulkan bintang-bintang bola sepak Eropah seperti Wayne Rooney (England), Cristiano Ronaldo (Portugal), Arjen Robben (Belanda), Mario Gomez (Jerman), Andres Iniesta (Sepanyol), Samir Nasri (Perancis), Mario Balotelli (Itali), Luka Modric (Croatia), Zlatan Ibrahimovic (Sweden), Robert Lewandoski (Poland), Andriy Ashavin (Russia) dan ramai lagi.  Bintang manakah yang bakal menyinar.  Sama-sama kita tunggu dan lihat Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine bermula 8 Jun ini.


 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa