Nuffnang Ads

Khamis, 24 Mei 2012

Liga Perdana Malaysia 2012 : ATM, Pahang bersaing sengit


Liga Perdana Malaysia 2012 melibatkan 12 pasukan telah masuk ke perlawanan ke-15 dan ke-16.  Untuk saingan tahun ini, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pahang jelas bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat ke Liga Super musim depan.

Kesungguhan pasukan ATM jelas ditunjukkan apabila pasukan bimbingan B.Santhianathan ini berbelanja besar untuk mendapatkan bintang-bintang bola sepak negara seperti Hairuddin Omar, pasangan kembar sensasi Aidil dan Zaquan, Irwan Fadli Idrus serta pemain import hebat iaitu Marlon Alex James dan Bruno Sebastian Martellotto.
Bagaimanapun pasukan Pahang di bawah bimbingan Dollah Salleh jelas memberikan saingan hebat kepada ATM dengan membariskan bintang mereka seperti Azamuddin Akil serta pemain-pemain muda berkualiti untuk mengangkat semula martabat pasukan Pahang selaku gergasi bola sepak Malaysia.
Saingan yang berbaki beberapa perlawanan ini pastinya lebih sengit dan kedua-dua pasukan ini tidak harus mencicirkan mata berharga jika mahu ke saingan Liga Super musim depan.  

Piala AFC 2012 : Kelantan 3 - Terengganu 2

Kelantan berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir kejohanan Piala AFC 2012 apabila berjaya menewaskan Terengganu dengan kemenangan tipis 3-2 dalam perlawanan malam tadi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.  Di hadapan ribuan penyokong Gomo Kelate Gomo, Kelantan yang turun tanpa kelibat pemain-pemain utama seperti penjaring terbanyak Piala AFC mereka , Muhammad Ghaddar selain tidak menurunkan Nor Shahrul Idlan Talaha dan S.Chanturu.
Perlawanan terpaksa dimulakan lewat dari jadual asal akibat keadaan padang yang becak setelah hujan lebat.  Bagaimanapun semangat kedua-dua pasukan harus dipuji kerana mempamerkan persembahan yang menghiburkan.  Kelantan di bawah kendalian Bojan Hodak jelas menguasai separuh masa pertama apabila mendahului Terengganu dengan jaringan 3-0.  Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Nor Farhan Mohammad (2 gol) dan sepakan percuma cantik pemain pertahanan Rizal Fahmi

Terengganu di bawah bimbingan Peter Butler cuba bangkit di separuh masa kedua dan hasilnya mereka berjaya mendapatkan gol hasil jaringan memukau Ismail Faruqi dan sepakan penalti Francis Frokie Doe.  Serangan demi serangan yang dilakukan oleh Terengganu ke kubu Kelantan yang terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Obina Nweneri dibuang padang gagal membuahkan jaringan penyamaan sekaligus mereka tewas dengan keputusan 3-2.
Tahniah kepada kedua-dua pasukan atas persembahan yang menghiburkan.  Semoga pasukan Kelantan meneruskan aksi cemerlang di peringkat suku akhir nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa