Nuffnang Ads

Jumaat, 25 Mei 2012

Arsenal bakal lepaskan 7 pemain

Pasukan Liga Perdana England, Arsenal atau The Gunners yang menamatkan saingan BPL ditempat ketiga dijangka melepaskan sehingga 7 orang pemainnya serta dijangka membuat beberapa pembelian baru untuk menguatkan pasukan mereka musim depan.
Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger dijangka akan melepaskan Manuel Almunia, Lukasz Fabianski, Sebastian Squalaci, Johan Djorou, Denilson, Carlos Vela dan Nicklas Bendtner dan dijangka akan membawa masuk pemain-pemain seperti Lukas Padolski, Oliver Giroud, Junior Hoillet, Steven N' Zonzi, Salomon Kalou dan Yann M'Villa. 
Bagaimanapun kedudukan pemain-pemain lain seperti Maroune Chamakh, Andriy Ashavin dan Emanuel Frimpong juga belum dapat dipastikan lagi manakala kedudukan ketua pasukan Arsenal Robin Van Persie juga belum pasti.

Musim depan, Arsenal pastinya akan cuba bangkit seterusnya memenangi satu kejuaraan setelah lama pasukan ini tidak mengecap trofi kejuaraan utama Liga England.

Olimpik 2012: Usain "Lightning" Bolt

Usain "Lightning" Bolt dari Jamaica merupakan atlet 100m dan 200m terpantas dunia masa kini dengan kepantasan larian 9.58s untuk 100m dan 19.19s untuk 200m.  Berikut adalah serba sedikit profil beliau:
Nama              :  Usain St. Leo Bolt
Tarikh Lahir    : 21 Ogos 1986
Tempat Lahir  : Trelawny, Jamaica
Negara            : Jamaica
Tinggi             : 1.95m
Berat              : 92kg

Untuk Olimpik 2012 London, beliau dijangka akan mendapat saingan sengit dari pelumba-pelumba pecut seperti Tyson Gay, Jason Gatlin dari USA serta rakan senegaranya Asafa Powell, Yohan Blake dan beberapa pelumba pecut lain.  Pastinya saingan untuk bergelar pelumba terpantas acara 100m dan 200m sengit dan mendebarkan untuk Olimpik 2012.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa