Nuffnang Ads

Sabtu, 26 Mei 2012

Siapa Pengurus Liverpool Musim Depan?


Pasukan Liverpool merupakan antara pasukan gergasi dalam Liga Perdana England.  Namun sejak kebelakangan ini prestasi pasukan Liverpool dilihat sedikit merudum di mana mereka menamatkan musim 2011/2012 di kedudukan ke 7 di belakang kelab jiran mereka Everton. 

Dalglish
Kedudukan dalam liga ini nyata amat mengecewakan pengurusan tertinggi Liverpool serta peminat-peminat The Reds.  Pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk memecat pengurusnya Kenny Daglish walaupun beliau berjaya membawa pasukan Liverpool menjuarai Piala Liga dan ke perlawanan akhir Piala FA England.  Kenny Dalglish merupakan jurulatih ketiga meninggalkan Liverpool selepas Rafa Benitez dan Roy Hudgson menjadi mangsa kekecewaan pengurusan kelab. 
Paul Lambert

Josep Guardiola
Kekosongan jawatan tersebut kemungkinan akan diisi oleh beberapa nama seperti bekas Pengurus Chelsea Andre Villas Boas, Pengurus Norwich City Paul Lambert, Pengurus Wigan Roberto Martinez dan bekas jurulatih Barcelona iaitu Josep Pep Guardiola.  

Roberto Martinez
Andre Villas Boas
Apa yang pasti, pasukan Liverpool pastinya akan cuba bangkit untuk memberikan saingan sengit untuk musim depan.  Kemungkinan Liverpool juga akan membuat pembelian-pembelian pemain baru bagi menguatkan pasukan Liverpool musim depan.  

FC Barcelona Juara Copa Del Rey Sepanyol


FC Barcelona menghadiahkan trofi kejuaraan Copa Del Rey Sepanyol kepada pengurus hebat mereka Josep Pep Guardiola yang bakal meninggalkan FC Barcelona hujung musim ini apabila berjaya menumpaskan pasukan Athletic Bilbao dengan keputusan 3-0.  Ketiga-tiga gol pasukan FC Barcelona dijaringkan dalam separuh masa pertama iaitu melalui Pedro (2 gol) serta penyudah tajam pemain terbaik dunia Lionel Messi.
Dengan kemenangan ini, FC Barcelona telah berjaya merangkut 4 kejuaraan musim ini iaitu Piala Super Sepanyol, Piala Super Eropah, Piala Kelab-Kelab Dunia dan Copa Del Rey.  Lebih manis lagi, pemain mereka Lionel Messi berjaya memecahkan rekod jaringan semusim apabila menjaringkan 73 gol dalam semua saingan.

Untuk musim depan, pengganti Pep Guardiola iaitu Tito Vilanova pastinya kan membimbing skuad mantap FC Barcelona untuk kembali merampas kejuaraan liga daripada Real Madrid serta memenangi semula kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.  Pastinya kita juga kan melihat pembelian-pembelian pemain baru berkualiti untuk pasukan FC Barcelona untuk menguatkan barisan skuad mereka musim depan.

Hoki : Malaysia 3 - Great Britain 3

Skuad hoki negara yang membariskan muka lama dan muka baru, mencatat keputusan seri buat kali kedua apabila berjaya menyekat pasukan di ranking ke-4 dunia, Great Britain dengan keputusan 3-3 dalam kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-22 di Ipoh semalam. 

Anak buah jurulatih Tan Beng Hai yang mencatat keputusan seri 1-1 dengan pasukan Korea Selatan pada perlawanan pertama Khamis lalu ketinggalan 1-3 kepada Great Britain pada separuh masa pertama.  Namun, 2 gol pada minit-minit akhir permainan oleh pemain muda berpotensi besar, Faizal Shaari menyelamatkan pasukan negara dari mengalami kekalahan.  Gol-gol Great Britain dijaringkan oleh Glenn Kirkham (m-5), Ashley Jackson (m-20) dan Rob Moore (m-25) manakala gol pasukan negara dijaringkan oleh Azlan Misron (m-10) serta 2 gol Faizal Shaari (m-67 & m-68).
Sumber : www.azlanshahcup.com/
Dengan keputusan ini, skuad negara berjaya mengumpul 2 mata dari 2 perlawanan dan akan bertemu dengan pasukan India pada perlawanan ketiga pada Isnin ini.  Semoga skuad negara meneruskan kecemerlangan dalam perlawanan seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa