Nuffnang Ads

Ahad, 27 Mei 2012

GP Monaco : Webber Juara

Mark Webber dari pasukan Red Bull Racing-Renault muncul juara perlumbaan di GP Monaco meninggalkan Nico Rosberg dari pasukan McLaren Mercedes dan Fernando Alonso dari pasukan Ferrari masing-masing di tempat kedua dan ketiga.  Dengan kemenangan itu, Webber menjadi pemenang keenam kejuaraan musim ini setelah perlumbaan sebelum ini dimenangi oleh 5 pelumba berlainan iaitu Jenson Banton (GP Australia), Fernando Alonso (GP Malaysia), Nico Rosberg (GP China), Sebastian Vettel (GP Bahrain) dan Pastor Maldonaldo (GP Sepanyol).

Dengan keputusan ini, Fernando Alonso berjaya merampas kedudukan pendahulu mata keseluruhan daripada juara bertahan Sebastian Vettel dengan mengumpul 76 mata diikuti oleh Vettel dan Webber masing-masing terikat dengan 73 mata.
Kedudukan berpasukan pula menyaksikan pasukan Red Bull Racing-Renault unggul dengan 146 mata diikuti oleh pasukan McLaren Mercedes 104 mata dan Ferrari serta Lotus-Renault terikat dengan 86 mata. 

Apa yang jelas untuk musim 2012, persaingan kejuaraan adalah semakin sengit antara pelumba-pelumba serta pasukan-pasukan yang bertanding merebut kejuaraan ini.

Rasuah.. Rasuah.. Rasuah..

Bola sepak Malaysia telah dikejutkan apabila seorang pengadil berpengalaman tinggi serta seorang bekas pemain bola sepak negara didakwa di makhamah Singapura atas dakwaan mengatur keputusan perlawanan Liga Super Malaysia melibatkan pertemuan antara Lions XII bertemu Sarawak di mana pada perlawanan tersebut, pasukan Lions XII menang 3-0.

Isu rasuah serta mengatur keputusan perlawanan ini nyata boleh menjejaskan imej bola sepak negara di mata dunia.  Seharusnya badan-badan berwajib, harus membawa mereka yang terlibat dalam perkara ini ke muka pengadilan dan mereka juga harus dikenakan tindakan tata tertib yang serius dalam menghukum mereka.  Semoga bola sepak Malaysia bebas rasuah dari peringkat atasan sehingga ke peringgat akar umbi.  Majulah Bola Sepak untuk negara.  Perangi dan Jauhi Rasuah..

Persiapan Euro 2012 : Rangkuman Perlawanan Persahabatan Antarabangsa

Negara-negara yang akan menyertai kejohanan bola sepak berprestij Eropah, Euro 2012 Poland-Ukraine, giat menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan bagi memantapkan lagi skuad masing-masing.  Perlawanan persahabatan ini juga dilihat sebagai platform negara-negara bertanding memilih kesebelasan utama serta menguji kemampuan pemain-pemain mereka sebagai persediaan menghadapi Euro 2012 Poland-Ukraine bermula 8 Jun ini.
Berikut adalah rangkuman keputusan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan negara-negara yang bertanding :

Norway 0 - England 1 (Ashley Young)

Sepanyol 2 (Adrian Lopez, Santi Cazorla ) - Serbia 0

Portugal 0 - Macedonia 0

Denmark 1 (Bendtner) - Brazil 3 (Hulk-2, Niki Zimling-gs)

Belanda 1 (Van Persie) - Bulgaria 2 (Ivelin Popov, Ilijan Micanski)

Switzerland 5 (Derdiyok-3, Lichtsteiner, Mehmedi) - Jerman 3 (Hummels, Schurrle, Reus)

Rep. Ireland 1 (Shane Long) - Bosnia 0

Rep. Czech 2 (Baros, Lafata) - Israel 1 (Stecher)

Greece 1 (Torosidis) - Slovenia 1 (Jasmin Kurtic)

Poland 1 (Demian Perquis) - Slovakia 0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa