Nuffnang Ads

Selasa, 29 Mei 2012

Transfer Rumours : Chelsea

Chelsea yang memenangi Piala FA dan Piala Liga Juara-Juara Eropah untuk tahun 2012 pastinya akan menguatkan semula pasukan mereka untuk persediaan menghadapi BPL musim 2012/2013 akan datang.  Dengan beberapa pemain yang telah berusia serta akan tamat kontrak pada penghujung musim ini, Chelsea di bawah pemiliknya dari Russia iaitu Roman Abramovich dijangka akan membelanjakan peruntukan kewangan mereka untuk membeli pemain-pemain baru berkualiti bagi menguatkan serta memantapkan pasukan untuk saingan di musim akan datang.  Berikut adalah pemain-pemain yang dijangka menyertai Chelsea musim depan :


Eden Hazard (Lille)
Tengah/Penyerang


Hulk (Porto)
Penyerang


Gregory Van Der Wiel (Ajax)
Pertahanan


 


Luka Modric (Tottenham)
Tengah


 


Edinson Cavani (Napoli)
Penyerang




Radamel Falcao (Atletico Madrid)
Penyerang

Eden Hazard Pilih Chelsea


Pemain muda berpotensi besar yang mewakili pasukan Ligue 1 Perancis,  Lille dan pasukan kebangsaan Belgium, Eden Hazard telah membuat keputusan untuk berpindah ke kelab Liga Perdana England, Chelsea berbanding berpindah ke 2 kelab Manchester iaitu Manchester United dan Manchester City.

Walaupun masih tiada pengumuman rasmi berhubung perpindahan ini, jumlah anggaran perpindahan ini dianggarkan berjumlah 35 juta euro ke 40 juta euro.  Dengan kehadiran Hazard ke Chelsea, pastinya pasukan Chelsea akan memberikan saingan hebat musim 2012/2013 akan datang terutamanya kepada kelab-kelab utama seperti Manchester City, Manchester United, Arsenal dan Liverpool selain mempertahankan kejuaraan Piala Juara-Juara Eropah yang dimenangi mereka musim ini. 

Euro 2012 : Pasukan Sepanyol


Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque telah menamakan senarai 23 pemain pasukan Sepanyol yang akan menggalas cabaran pasukan Juara Bertahan itu ke kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine bermula 8 Jun 2012.  Seperti dijangkakan penjaring hebat mereka iaitu David Villa (Barcelona) dan pemain pertahanan berpengalaman Charles Puyol (Barcelona) tiada dalam senarai kerana kecederaan yang dialami mereka masih belum pulih sepenuhnya. 

Fernando Torres (Chelsea) dijangka mengetuai jentera serangan Sepanyol pada kejohanan ini walaupun prestasi beliau di Liga Perdana England kurang memberangsangkan.  Sepanyol diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Itali, Croatia dan Rep. Ireland.  Berikut adalah senarai 23 pemain pasukan Sepanyol untuk Euro 2012 Poland-Ukraine :

Penjaga Gol : Iker Casillas (Real Madrid), Victor Valdes (Barcelona), Pepe Reina (Liverpool);

Pertahanan: Jordi Alba (Valencia), Raul Albiol, Alvaro Arbeloa, Sergio Ramos (Real Madrid), Juanfran (Atletico Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Javi Martinez (Athletic Bilbao);

Tengah: Xavi, Andres Iniesta, Sergio Busquets, Cesc Fabregas (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), David Silva (Manchester City), Santi Cazorla (Villarreal), Jesus Navas (Sevilla), Juan Mata (Chelsea);

Penyerang: Fernando Llorente (Athletic Bilbao), Fernando Torres (Chelsea), Alvaro Negredo (Sevilla), Pedro (Barcelona)

Hoki : Malaysia 2 - India 3

Pasukan negara mengalami kekalahan tipis 2-3 kepada pasukan India dalam kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak semalam.  Walaubagaimanapun anak buah jurulatih Tai Beng Hai mempamerkan aksi terpuji walaupun mengalami ketewasan ini.

Gol-gol pasukan Malaysia dijaringkan oleh pakar pukulan sudut penalti Muhammad Amin Rahim (m-40) dan Muhd Fitri Saari (m-59) manakala gol-gol pasukan India pula dijaringkan oleh  Danish Mujtaba (m-10), Shivendra Singh (m-13) dan Tushar Khandker (m-44).  Pada perlawanan seterusnya, pasukan negara akan bertemu dengan satu lagi pasukan terbaik Asia iaitu Pakistan.

Apa-apa pun, keserasian antara pemain senior dan pemain junior negara semakin baik dan tidak mustahil Malaysia mampu untuk bangkit semula menjadi kuasa hoki di peringkat Asia dan memberi saingan di peringkat dunia.  Semoga berjaya untuk pasukan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa