Nuffnang Ads

Rabu, 30 Mei 2012

Euro 2012 : Pasukan Jerman

Pemenang tempat ketiga Piala Dunia 2010, Jerman di bawah bimbingan jurulatih Joachim Loew pastinya akan menjadi pasukan pilihan menjuarai Euro 2012 Poland-Ukraine.  Jerman yang diletakkan dalam kumpulan B atau kumpulan maut bersama juara 1988 Belanda, Juara 1992 Denmark serta naib juara 2004 Portugal pastinya akan menurunkan barisan pemain terbaik mereka seperti Mesut Ozil, Mario Gomez dan bintang-bintang mereka yang lain.  Berikut adalah senarai 23 pemain pasukan Jerman yang akan menggalas cabaran negara mereka ke kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine bermula 8 Jun 2012 :
Jerman - Pasukan Pilihan menjadi Juara Euro 2012

Penjaga Gol:

Manuel Neuer - Bayern Munich
Tim Wiese - Werder Bremen

Ron-Robert Zieler - Hannover

Pertahanan:
Holger Badstuber - Bayern Munich Jerome Boateng - Bayern Munich
Benedikt Howedes - Schalke
Mats Hummels - Dortmund
Philipp Lahm - Bayern Munich
Per Mertesacker - Arsenal
Marcel Schmelzer - Dortmund

Tengah:
Lars Bender - Leverkusen
Mario Gotze - Dortmund
Ilkay Gundogan - Dortmund
Sami Khedira - Real Madrid
Toni Kroos - Bayern Munich
Mesut Ozil - Real Madrid
Bastian Schweinsteiger - Bayern Munich

Penyerang:
Mario Gomez - Bayern Munich
Miroslav Klose - Lazio
Thomas Muller - Bayern Munich
Lukas Podolski - Koln
Marco Reus - Monchengladbach
Andre Schurrle - Leverkusen

Hoki : Malaysia 3 - Pakistan 2

Pasukan Hoki negara berjaya mencatatkan kemenangan pertama di Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk menewaskan pasukan Pakistan dengan keputusan 3-2.  Anak-anak buah Tai Beng Hai mempamerkan aksi yang memukau dan terpuji untuk menewaskan pasukan Pakistan.  Gol-gol pasukan negara dijaringkan oleh Amir Farid Fuzi (m-34), Faizal Shaari (m-48) dan Razie Rahim (m-68) manakala gol-gol pasukan Pakistan dijaringkan oleh Umar Bhutta (m-4) dan Ihalqal Rasool (m-12). 

Dengan kemenangan ini, pasukan negara mengutip 5 mata hasil daripada 1 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan.  Esok skuad negara dijadualkan bertemu dengan New Zealand.  Semoga pasukan hoki negara meneruskan kecemerlangan permainan mereka.

Euro 2012 : Pasukan Perancis

Pasukan Perancis merupakan salah sebuah pasukan yang menjadi pilihan untuk menjuarai kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine.  Dalam mempersiapkan skuad Perancis, jurulatih berpengalaman mereka Laurent Blanc telah memilih barisan pemain terbaik mereka bagi menghadapi kejohanan bola sepak berprestij Eropah ini.  Perancis yang diletakkan dalam kumpulan D bersama-sama pasukan tuan rumah Ukraine, England dan Sweden akan membuka cabaran di Kejohanan Euro 2012 menentang England pada 12 Jun 2012.  Berikut adalah senarai 23 pemain pasukan Perancis ke Euro 2012 Poland-Ukraine :
Penjaga Gol : Hugo Lloris (Olympique Lyon), Steve Mandanda (Olympique Marseille), Cedric Carrasso (Girondins Bordeaux)

Pertahanan : Gael Clichy (Manchester City), Patrice Evra (Manchester United), Laurent Koscielny (Arsenal), Philippe Mexes (AC Milan), Adil Rami (Valencia), Mathieu Debuchy (Lille), Anthony Reveillere (Olympique Lyon)

Tengah : Yohan Cabaye (Newcastle United), Florent Malouda (Chelsea), Samir Nasri (Manchester City), Alou Diarra (Olympique Marseille), Yann M'vila (Stade Rennes), Marvin Martin (Sochaux), Blaise Matuidi (Paris St Germain)

Penyerang : Hatem Ben Arfa (Newcastle United), Karim Benzema (Real Madrid), Franck Ribery (Bayern Munich), Olivier Giroud (Montpellier), Jeremy Menez (Paris St Germain), Mathieu Valbuena (Olympique Marseille).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa