Nuffnang Ads

Khamis, 31 Mei 2012

Preview : Malaysia vs Filipina


Harimau Malaya akan bertemu dengan pasukan Filipina atau The Azkals dalam perlawanan persahabatan antarabangsa esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.  Kali terakhir pasukan negara bertemu dengan Filipina ialah pada 29 Februari 2012 di Manila di mana pasukan negara sekadar mencatat   keputusan seri 1-1.

Cabaran pasukan Filipina tidak boleh dipandang ringan oleh anak-anak buah K.Rajagopal kerana mereka jelas menunjukkan peningkatan demi peningkatan di peringkat Asean dengan membuat kejutan mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki yang lalu.  Mereka juga bakal menggunakan pemain-pemain yang beraksi di liga-liga luar negara seperti  Patrick Deyto, Stephan Schrock dan Denis Wolf.

Perlawanan ini adalah antara 3 perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan dihadapi pasukan negara selain 2 perlawanan bertemu pasukan Singapura pada 8 Jun dan 12 Jun ini.  Perlawanan persahabatan antarabangsa ini merupakan antara rangka persiapan pasukan negara bagi mempertahankan Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada 24 November 2012 yang pasukan negara menjadi tuan rumah bersama dengan Thailand.

Pastinya perlawanan persahabatan ini akan dimanfaatkan oleh barisan pemain negara untuk menunjukkan sesuatu kepada penyokong-penyokong bola sepak negara.  Esok pastinya kita akan menyaksikan Datuk K.Rajagopal menurunkan kesebelasan terbaik negara dengan kemungkinan gandingan pemusnah Safee Sali dan Nor Shahrul Idlan Talaha digandingkan bersama.  Semoga Pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan Filipina esok.  Harimau Malaya Pantang Undur.. 
 

Euro 2012 : Away Jersey


Berikut adalah away jersey yang akan digunakan pasukan-pasukan yang bertanding pada kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine yang akan bermula pada 8 Jun 2012 ini.   


Croatia
England
Perancis
Belanda
Itali
Jerman
Portugal
Russia
Sepanyol
Ukraine
Republik Ireland
Greece
Sweden
Poland
Denmark
Republik Czech

Euro 2012 : Home Jersey


Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine semakin hampir membuka tirainya.  Seluruh dunia pasti akan tertumpu kepada kejohanan berprestij bola sepak Eropah.  Kejohanan ini akan bermula pada 8 Jun ini dan akan berakhir pada 1 Julai 2012.  Berikut adalah jersi pasukan bertanding:







Sweden


Greece


Ukraine


Russia

Croatia


Republik Czech 


Denmark


England


Perancis


Belanda


Republik Ireland


Itali


Jerman


Poland


Portugal


Sepanyol

Euro 2012 : Pasukan Portugal

Naib juara 2004, Pasukan Portugal hadir membawa cabaran ke Euro 2012 Poland-Ukraine antara pasukan yang berpotensi menjadi juara.  Walau bagaimanapun, mereka menghadapi cabaran getir untuk ke peringkat suku akhir apabila dijangka menghadapi saingan sukar dalam Kumpulan B atau Group of Death kerana diletakkan bersama-sama juara 3 kali Jerman, Juara 1988 Belanda dan Juara 1992 Denmark.  Jurulatih mereka Paulo Bento begitu optimis pasukan Portugal akan berjaya melepasi saingan kumpulan ini.  Dengan menyenaraikan pemain terbaik mereka Cristiano Ronaldo dibantu bintang-bintang seperti Nani, Joao Mautinho dan ramai lagi, tidak mustahil Portugal mampu mencapai kejayaan dalam Euro 2012 Poland-Ukraine.  Berikut adalah 23 orang pemain yang disenaraikan oleh jurulatih Bento bagi menghadapi kejohanan ini.
Penjaga Gol: Rui Patricio (Sporting Lisbon), Eduardo (Benfica), Beto (CFR-Cluj)

Pertahanan: Bruno Alves (Zenit Saint-Petersburg), Fabio Coentrao (Real Madrid), Joao Pereira (Sporting Lisbon), Pepe (Real Madrid), Ricardo Costa (Valencia), Rolando (FC Porto), Miguel Lopes (Sporting Braga)

Tengah: Carlos Martins (Granada), Joao Moutinho (FC Porto), Custodio (Sporting Braga), Miguel Veloso (Genoa), Raul Meireles (Chelsea), Ruben Micael (Real Zaragoza)

Penyerang: Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Hugo Almeida (Besiktas), Helder Postiga (Real Zaragoza), Nani (Manchester United), Nelson Oliveira (Benfica), Ricardo Quaresma (Besiktas), Silvestre Varela (FC Porto)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa