Nuffnang Ads

Jumaat, 1 Jun 2012

Bola Sepak Persahabatan : Malaysia 0 - Filipina 0

Pasukan negara atau Harimau Malaya gagal menggunakan kesempatan perlawanan persahabatan apabila sekadar seri 0-0 menentang Pasukan Filipina atau gelarannya The Azkals.  Walaupun pasukan negara menguasai keseluruhan perlawanan tersebut, pasukan negara gagal menggunakan serta memanfaatkan peluang menjaringkan gol ke atas pasukan lawan.  Selain itu, jentera tengah negara yang dikemudikan oleh Ketua Pasukan Safiq Rahim, gagal merancang gerakan-gerakan menarik untuk mencipta peluang kepada penyerang negara Safee Sali dan Nor Shahrul Idlan Talaha menjaringkan gol.
Filipina yang satu ketika dulu adalah antara pasukan belasahan membuktikan mereka kini sedang mara selangkah untuk mencabar kuasa bola sepak ASEAN seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam.  Pasukan negara seterusnya akan menentang musuh tradisi iaitu Singapura dalam dua perlawanan yang dijadualkan pada 8 Jun dan 12 Jun ini.

Semoga anak buah K.Rajagopal meningkatkan lagi prestasi supaya skuad negara dapat menunjukkan prestasi sebenar dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki tahun ini.  

Brendan Rodgers Pengurus baru Liverpool

Pengurus Swansea City, Brendan Rodgers akan dinamakan sebagai pengurus baru pasukan Liverpool untuk musim 2012/2013 akan datang menggantikan Kenny Dalgish.  Pengurus yang mengemudikan pasukan Swansea musim ini berjaya menambat hati pihak pengurusan Liverpool dan dijangkakan pengumuman rasmi berhubung perkara ini akan dibuat dalam jangka masa terdekat.

Tugasan Rodgers nyata mencabar untuk mengembalikan status Liverpool antara gergasi bola sepak Liga Perdana England dan Eropah.  Selain itu, beliau juga perlu menyusun semula pasukan Liverpool dan ini memungkinkan beliau akan melakukan beberapa pembelian pemain selain menentukan nasib pemain-pemain yang dipinjamkan musim lalu seperti Joe Cole dan Alberto Aqualani serta pemain-pemain sedia ada seperti Dirk Kuyt, Jordan Handerson, Doni dan ramai lagi.

Dengan pelantikan beliau sebagai Pengurus baru Liverpool, pastinya penyokong-penyokong The Reds seluruh dunia mengharapkan pasukan Liverpool mampu melakukan sesuatu dan memberikan saingan untuk saingan musim akan datang.

Euro 2012 : Pasukan Belanda

Pasukan Belanda atau The Orange hadir ke Euro 2012 Poland-Ukraine selaku antara pasukan pilihan yang dilihat boleh melangkah jaun selain berjaya memenangi kejohanan berprestij Eropah ini.  Di bawah jurulatih Bert Van Marwijk, Belanda yang diletakkan dalam kumpulan B atau Group of Death bersama-sama Jerman, Portugal dan Denmark menyenaraikan ramai pemain-pemain bintang seperti Robin Van Persie, Wesley Sneijder , Rafael Van Der Vaart, Arjen Robben dan ramai lagi.  Berikut adalah senarai 23 pemain Belanda yang akan menggalas cabaran di Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine bermula 8 Jun ini.

Penjaga Gol: Maarten Stekelenburg (Roma), Tim Krul (Newcastle United), Michel Vorm (Swansea City)

Pertahanan: Khalid Boulahrouz (Stuttgart), Wilfred Bouma (PSV), John Heitinga (Everton), Joris Mathijsen (Malaga), Ron Vlaar (Feyenoord), Gregory van der Wiel (Ajax), Jetro Willems (PSV)

Tengah: Ibrahim Afellay (Barcelona), Mark van Bommel (PSV), Nigel de Jong (Manchester City), Stijn Schaars (Sporting), Wesley Sneijder (Inter Milan), Kevin Strootman (PSV, Rafael van der Vaart (Tottenham)


Penyerang: Klaas Jan Huntelaar (Schalke), Luuk de Jong (FC Twente), Dirk Kuyt (Liverpool), Luciano Narsingh (Heerenveen), Robin van Persie (Arsenal), Arjen Robben (Bayern Munich)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa