Nuffnang Ads

Khamis, 7 Jun 2012

Ranking FIFA : Malaysia Ke 154 Dunia


Jepun - Terbaik Asia
Kedudukan Ranking terbaru FIFA untuk pasukan bola sepak Malaysia jatuh satu anak tangga iaitu dari 153 pada bulan Mei kepada 154 pada bulan Jun.  Sepanyol masih mengekalkan kedudukannya di ranking pertama diikuti oleh Juara Copa Amerika 2011, Uruguay dan Jerman masing-masing ditempat kedua dan ketiga.
Vietnam - Terbaik ASEAN


Thailand - Kedua terbaik ASEAN
Di peringkat Zon Asia, Jepun merampas kedudukan ranking pertama Asia daripada Australia manakala Korea Selatan pula ditempat ketiga. Harimau Malaya pula jatuh ke kedudukan ke 27 Asia.  Di peringkat Asia Tenggara pula, pasukan Harimau Malaya sekadar berada di kedudukan kelima di belakang Vietnam, Thailand, Filipina dan Indonesia.

Filipina - Peningkatan Mendadak
Indonesia - Keempat ASEAN
Sesuatu harus dilakukan oleh skuad negara bagi memperbaiki kedudukan ranking pasukan seterusnya merampas kembali kedudukan selaku pasukan terbaik ASEAN daripada Vietnam. Semoga pasukan negara berjaya memperbaiki kedudukan ranking untuk bulan akan datang.  
Kedudukan - 154 Dunia, 27 Asia, 5 ASEAN

Preview : Singapura lwn Malaysia


8 Jun 2012 (Jumaat) ini, pasukan negara akan turun menentang pasukan jiran tetangga Singapura dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar, Singapura pada jam 7.30 petang. Pasukan negara atau Harimau Malaya pastinya akan cuba sedaya upaya untuk menewaskan pasukan Singapura atau The Lions setelah mencatatkan keputusan yang mengecewakan apabila sekadar seri 0-0 dengan pasukan Filipina atau The Azkals dalam aksi pada 1 Jun yang lalu.

Anak-anak buah K.Rajagopal pastinya akan melakukan sesuatu bagi membuktikan pasukan Harimau Malaya berada dalam landasan terbaik untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada edisi yang lalu. Walau bagaimanapun cabaran pasukan The Lions tidak boleh dipandang ringan oleh skuad negara apabila pasukan jiran tetangga ini telah mengecewakan pasukan negara pada Pusingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia yang lalu denagn kemenangan bergaya 5-3 ke atas skuad negara.
Perlawanan ini adalah salah satu daripada dua perlawanan yang dirancang oleh kedua-dua negara di mana selepas ini pada 12 Jun pasukan Singapura akan bertandang ke Malaysia bagi menghadapi siri kedua perlawanan antarabangsa ini.  Semoga pasukan negara bangkit dari lamunan dan menunjukkan sesuatu kepada penyokong-penyokong bola sepak negara dengan mempamerkan aksi serta persembahan memukau seterusnya menewaskan pasukan jiran tetanggga ini.  Kedua-dua pasukan pastinya akan menurunkan barisan pemain terbaik untuk mencapai kemenangan.

Semoga pasukan negara berjaya dalam misi membalas kekecewaan lalu dengan menumpaskan Singapura. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa