Nuffnang Ads

Jumaat, 8 Jun 2012

Euro 2012 : Penjaga Gol Tumpuan

Debaran Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine sudah mula terasa.  Malam ini akan menyaksikan pasukan tuan rumah Poland bertemu Greece dalam perlawanan pembukaan tirai kejohanan yang akan berlangsung dari 8 Jun hingga 1 Julai 2012. Antara pemain yang akan menjadi tumpuan utama kejohanan ialah benteng terakhir pasukan iaitu penjaga gol. Penjaga Gol pastinya akan menunjukkan ketangkasan menangkis dan menepis serangan lawan sepanjang kejohanan bagi memastikan gawang tidak dibolosi lawan. Berikut adalah penjaga gol utama setiap pasukan:

Andres Isaksson (Sweden)

Gianluigi Buffon (Itali)

Hugo Lloris (Perancis)

Iker Casillas (Sepanyol)

Joe Hart (England)

Maarten Stekelenburg (Belanda)

Manuel Neuer (Jerman)

Petr Cech (Rep. Czech)

Shay Given (Rep. Ireland)

Stipe Platikosa (Croatia)

Thomas Sorensen (Denmark)

Wojciech Szczesny (Poland)

Igor Akinfeev (Russia)

Kostas Chalkias (Greece)

Rui Patracio (Portugal)

Andriy Pyatov (Ukraine)

Preview Euro 2012 : Kumpulan A

Malam ini akan menyaksikan Kejohanan Bola Sepak berprestij Eropah Euro 2012 Poland - Ukraine akan membuka saingan dengan pasukan dalam Kumpulan A akan melakukan sepak mula kejohanan. Perlawanan pertama kejohanan menyaksikan pasukan tuan rumah Poland akan menentang Juara Euro 2004, Greece manakala perlawanan kedua pula menyaksikan Russia menentang Republik Czech. Pastinya saingan sengit akan dapat disaksikan oleh peminat-peminat bola sepak di seluruh negara.  
Untuk saingan pembukaan ini, pasukan tuan rumah Poland diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menang menentang Greece. Bagaimanapun saingan pasukan Greece tidak harus dipandang ringan oleh Poland kerana mereka telah membuktikan pada tahun 2004 di mana mereka telah berjaya melakukan kejutan sekaligus menjuarai kejohanan Euro 2004 Portugal dengan mengejutkan pasukan-pasukan handalan Eropah yang lain.
Dalam perlawanan kedua pula, kekuatan pasukan Russia dan Rep. Czech dilihat seimbang. Walau bagaimanapun, Russia pastinya diletakkan sebagai pilihan ekoran kejayaan mereka menewaskan Itali dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan persahabatan yang lalu. Rep. Czech pastinya akan menyandarkan harapan kepada ketua pasukan Tomas Rosicky untuk menggerakkan pasukan selain Milan Baros yang dijangka diturunkan mengetuai jentera serangan pasukan.  Selain itu, ketangkasan Petr Cech pastinya ditagih oleh pasukannya dalam menjaga gawangnya dari dibolosi oleh pasukan Russia yang diketuai oleh ketua pasukannya, Andrey Ashavin.
Untuk perlawanan kumpulan A pada malam ini, pasukan tuan rumah Poland dijangka mencapai kemenangan dengan pasukan Greece manakala bagi perlawanan antara Russia dan Rep. Czech pula, keputusan yang dijangkakan adalah keputusan seri.

Selamat menonton aksi mendebarkan Euro 2012 Poland-Ukraine untuk semua peminat bola sepak.

Bola Sepak Persahabatan : Malaysia 2 - Singapura 2

 
Pasukan negara gagal mempertahankan kelebihan 2 gol apabila pasukan Singapura bangkit menjaringkan 2 gol dalam minit-minit akhir perlawanan.  Pasukan negara nyata bersemangat apabila Azamuddin Akil menjaringkan gol menarik serta jaringan memukau sepakan percuma Safiq Rahim membolehkan pasukan negara mendahului 2-0 sepanjang 86 minit perlawanan.

Singapura cuba bangkit apabila mendapat penalti kontroversi daripada pengadil perlawanan dari Hong Kong. Bagaimanapun sepakan tersebut berjaya ditepis kemas oleh penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat.  Namun satu lagi keputusan kontroversi pengadil memberikan sepakan percuma dalam kotak penalti negara nyata merentap semangat anak-anak buah K.Rajagopal apabila sepakan minit 87 itu disempurnakan oleh Shahdan Sulaiman.


Gol tersebut nyata menaikkan semangat pasukan The Lions apabila lorongan sepakan percuma pada minit ke 93 disempurnakan oleh Qiu Li sekaligus mengikat kedudukan 2-2. Walau bagaimanapun, persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan Harimau Malaya bolehlah dibanggakan dengan pemain-pemain seperti Azamuddin, Fadhli Saas dan Azmi Muslim menunjukkan permainan yang baik.

Pasukan negara sekali lagi akan menentang Singapura pada 12 Jun ini di Stadium Shah Alam. Harimau Malaya pastinya akan melakukan sesuatu untuk mencapai keputusan yang membanggakan peminat bola sepak tempatan. Tahniah kepada pasukan negara.

Euro 2012 : Ketua Pasukan


Debaran Kejohanan Bola Sepak berprestij Eropah, Euro 2012 Poland-Ukraine makin terasa. Perlawanan pembukaan bakal menyaksikan pasukan tuan rumah Poland bertemu dengan juara Euro 2004 Greece. Jurulatih pasukan telah melantik pemain yang menjadi pencetus semangat selaku pemain yang akan membawa peranan sebagai ketua pasukan. Berikut adalah ketua pasukan yang dilantik untuk memimpin pasukan masing-masing:



Andrey Ashavin (Russia)
Andriy Shevchenko (Ukraine)
Cristiano Ronaldo (Portugal)
Daniel Agger (Denmark)
Darijo Srna (Croatia)
Gianluigi Buffon (Itali)
Giorgos Karagounis (Greece)
Hugo Lloris (Perancis)
Iker Casillas (Sepanyol)
Jakub Blaszczykowski (Poland)
Mark Van Bommel (Belanda)
Philipp Lahm (Jerman)
Robbie Keane (Ireland)
Steven Gerrard (England)
Tomas Rosicky (Rep. Czech)
Zlatan Ibrahimovic (Sweden)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa