Nuffnang Ads

Isnin, 11 Jun 2012

Euro 2012 : England vs France

Berikut adalah senarai kesebelasan utama kedua-dua pasukan. Pemain manakah yang bakal menyerlah? Sama-sama kita nantikan perlawanan ini.

Pasukan England : Hart, Johnson, Lescott, Terry, Cole, Milner, Parker, Gerrard (capt), Oxlade-Chamberlain, Young, Welbeck.

Pasukan Perancis: Lloris (Capt), Debuchy, Evra, Rami, Mexès, Cabaye, Ribéry, Nasri, Malouda, Diarra, Benzema

Welbeck

Oxlade-Chamberlain

Ribéry

Benzema

Preview Euro 2012 : Kumpulan D


Malam ini, Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine akan menyaksikan perlawanan pembukaan untuk Kumpulan D menemukan 2 pasukan pilihan kumpulan D iaitu Perancis dan England manakala satu lagi pertemuan adalah antara pasukan tuan rumah bersama Ukraine bertemu Sweden. Perlawanan malam ini pastinya akan menyajikan aksi mendebarkan di mana setiap pasukan pasti ingin mencapai kemenangan yang akan menghidupkan peluang mereka ke pusingan suku akhir kejohanan ini.
Dalam perlawanan pertama, juara Eropah edisi 1984 dan 2000 Perancis akan bertemu dengan England yang kehilangan beberapa tonggak akibat kecederaan, penggantungan dan tidak terpilih menyertai pasukan. Jika dilihat daripada kekuatan pasukan, Perancis dilihat mempunyai kelebihan dengan bintang mereka Franck Ribery, Samir Nasri dan Karim Benzema mengetuai barisan hadapan skuad Les Blues itu. Namun begitu, cabaran skuad Three Lions itu tidak boleh dipandang mudah dengan Gerrard dan Parker akan menjadi tunjang pasukan di tengah padang. Penggantungan 2 perlawanan yang dikenakan kepada penyerang utama mereka, Wayne Rooney membolehkan seorang lagi pemain Manchester United, Danny Welbeck diturunkan untuk mengetuai jentera serangan pasukan England. Dijangkakan perlawanan ini dijangka berkesudahan dengan keputusan seri. 


Pertemuan antara pasukan tuan rumah, Ukraine dan Sweden juga dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan pastinya inginkan kemenangan bagi mencabar kedua-dua pasukan pilihan ini. Shevchenko dan Ibrahimovic dijangka akan memainkan watak penting pasukan masing-masing dalam merobek kubu pihak lawan. Ukraine mungkin dilihat berkelebihan bermain di gelanggang sendiri selain sokongan padu penyokong bola sepak mereka yang mengharapkan pasukan mereka mencapai kemenangan mutlak ke atas Sweden. Dijangkakan perlawanan ini akan memihak kepada Ukraine dengan kemenangan tipis ke atas Sweden.


Semoga kita dapat menyaksikan persembahan yang berkualiti daripada keempat-empat pasukan ini seterusnya kehangatan saingan terus membara di kalangan peminat-peminat bola sepak seluruh dunia.

Euro 2012 : Perancang Pasukan

Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine yang telah bermula pada 8 Jun lalu bakal menyaksikan aksi saingan mendebarkan 16 pasukan terbaik Eropah untuk merebut kejuaraan pada 1 Julai nanti. Setiap pasukan pastinya merancang strategi serta taktikal pasukan masing-masing di bawah jurulatih negara mereka. Dalam merencanakan gerakan serta serangan, pastinya terdapat pemain yang berperanan menjadi perancang pasukan dengan umpanan serta lambungan terbaik untuk disudahkan oleh penyerang masing-masing. Berikut adalah antara pemain yang berperanan sebagai perancang utama pasukan :

Andrey Arshavin (Russia)

Jakub Blaszczykowski (Poland)

Giorgos Karagounis (Greece)

Tomas Rosicky (Republik Czech)

Arjen Robben (Belanda)

Christian Eriksen (Denmark) 

Mesut Ozil (Jerman)

Nani (Portugal)

Andrea Pirlo (Itali)

Andreas Iniesta (Sepanyol)

Aiden McGready (Republik Ireland)

Luka Modric (Croatia)

Ashley Young (England)

Franck Ribery (Perancis)

Kim Kallstrom (Sweden)

Oleg Gusev (Ukraine)

Euro 2012 : Sepanyol, Itali terikat, Croatia hebat


Perlawanan Kumpulan C antara juara bertahan Sepanyol dan Itali semalam berkesudahan dengan kedua-dua pasukan berkongsi mata apabila terikat dengan keputusan 1-1. Manakala dalam satu lagi perlawanan Croatia berjaya menang selesa 3-1 menentang Ireland. Dengan keputusan ini, Croatia mendahului Kumpulan C dengan 3 mata diikuti oleh Itali dan Sepanyol berkongsi 1 mata manakala Ireland di tangga terakhir tanpa sebarang mata.
Dalam perlawanan antara Sepanyol dan Itali, penyerang gantian Itali Antonio Di Natale membuka jaringan apabila berjaya menyudahkan hantaran perancang Itali Andrea Pirlo pada minit ke 60. Gol tersebut hanya bertahan selama 4 minit apabila pada minit ke 64, Cesc Febregas berjaya menyamakan kedudukan untuk mengikat kedudukan 1-1. Itali juga harus berterima kasih kepada penjaga gol berpengalaman serta ketua pasukan mereka, Gianluigi Buffon di atas ketangkasannya menyelamatkan percubaan-percubaan merbahaya pasukan Sepanyol terutamanya di babak akhir perlawanan. Benteng Itali yang diketuai oleh Giorgio Chiellini, Daniele De Rossi dan Leonardo Bonucci beraksi cemerlang mematahkan gerakan-gerakan pasukan Sepanyol.
Croatia melaungkan amaran kepada pesaing mereka dalam Kumpulan C apabila menundukkan pasukan Ireland dengan jaringan selesa 3-1. Gol-gol pasukan Croatia dijaringkan oleh gandingan berbisa serangan mereka iaitu Mario Mandzukic (2 gol) dan Nikica Jelavic. Gol saguhati pasukan Ireland dijaringkan oleh Sean St. Leadger. Keputusan akhir Croatia 3 manakala Ireland 1.

Untuk perlawanan seterusnya pada 14 Jun ini, Sepanyol akan menentang Ireland manakala Itali akan menentang Croatia.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa