Nuffnang Ads

Khamis, 14 Jun 2012

Preview Euro 2012 : Itali, Sepanyol buru kemenangan

Malam ini, 2 lagi perlawanan Euro 2012 Poland-Ukraine akan dilangsungkan melibatkan pertemuan antara pasukan Itali bertemu Croatia manakala satu lagi perlawanan melibatkan pertemuan antara juara bertahan Sepanyol menentang Republik Ireland. Itali dan Sepanyol masing-masing mencari kemenangan setelah kedua-dua pasukan sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dalam pertemuan pertama. Republik Ireland juga pastinya mencari ramuan kemenangan setelah ditewaskan pasukan Croatia 1-3 dalam pertemuan pertama Kumpulan C. Kemenangan pasukan Croatia ke atas Itali pastinya membuka ruang pasukan Croatia mara ke pusingan suku akhir.

Untuk pertemuan malam ini, dijangkakan saingan sengit akan ditunjukkan oleh keempat-empat pasukan dengan pasukan Itali dan Sepanyol pastinya menjadi pasukan pilihan malam ini. Walau bagaimanapun, kekuatan pasukan Croatia dan Republik Ireland tidak boleh dipandang ringan kerana pasukan ini pastinya mencuba melakukan kejutan ke atas pasukan Itali dan Sepanyol. Malam ini, mampukah juga pemain-pemain seperti Fernando Torres, Mario Bolatelli, Robbie Keane dan Mario Mandzukic menyerlah untuk pasukan masing-masing. Sama-sama kita tunggu dan lihat saingannya malam ini.

Semoga aksi menarik ditunjukkan oleh keempat-empat pasukan ini dan semoga peminat-peminat seluruh dunia terhibur dengan aksi Euro 2012 Poland-Ukraine ini.

Euro 2012 : Kesebelasan Terbaik Perlawanan Pertama Kumpulan




Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine telah memasuki ke perlawanan kedua peringkat Kumpulan dengan setiap pasukan bertungkus lumus merebut slot ke pusingan suku akhir. Pada pandangan saya, berikut adalah kesebelasan terbaik kejohanan setelah pasukan menamatkan saingan dalam perlawanan pertama kumpulan :

Penjaga Gol


Joe Hart (England)









Pertahanan
Daniel Agger (Denmark)

Giorgio Chellini (Itali)








Matt Hummels (Jerman)


Simon Kjaer (Denmark)












Tengah
Alan Dzagoez (Russia)

Andrea Pirlo (Itali)

Andrei Arshavin (Russia)

Mesut Ozil (Jerman)















Penyerang
Mario Mandzukic (Croatia)

Andrey Shevchenko (Ukraine)


BPL : Nick Powell ke Manchester United

Nick Powell
Pemain muda berpotensi besar dari Kelab Divisyen 2 England Crewe Alexandra, Nick Powell, 18 tahun menjadi pembelian kedua kelab Manchester United selepas Shinji Kagawa apabila bersetuju untuk berpindah ke kelab tersebut musim depan. Powell yang beraksi di bahagian tengah kelab merupakan antara pemain muda England bawah 18 tahun dilihat mempunyai potensi besar untuk masa depan England. Beliau yang bermain untuk kelab Crewe menjaringkan 16 gol daripada 46 penampilan bersama kelab itu serta turut membantu kelabnya naik ke Divisyen 1 musim depan. Beliau turut menarik minat kelab-kelab Liga Perdana Inggeris yang lain namun Manchester United berjaya mendaptkannya terlebih dahulu dari kelab lain.

Shinji Kagawa - Belian Pertama Manchester United

Dengan pembelian Powell ini, Manchester United pastinya akan mempunyai pasukan muda yang akan menjadi pelapis kepada pemain-pemain yang telah berusia. Antara bintang-bintang muda Manchester United yang lain ialah Phil Jones, Tom Cleverley, Danny Wellbeck, David De Gea, Rafael Da Silva dan ramai lagi yang masih lagi mempunyai perjalanan jauh dalam karier sebagai pemain bola sepak. Semoga beliau berjaya menjadi antara pemain tengah terbaik di Manchester United dan England satu hari nanti.
 
David De Gea

Phil Jones



Danny Wellbeck


Tom Cleverly

Rafael Da Silva

Euro 2012 : Portugal Lega, Belanda Sengsara

Dua perlawanan Kumpulan B atau Group of Death semalam menyaksikan keputusan berbeza untuk dua lagi pasukan pilihan di mana Portugal menarik nafas lega apabila berjaya mendapatkan 3 mata berharga apabila menewaskan pasukan Denmark 3-2. Manakala harapan satu lagi pasukan pilihan Belanda bolehlah dianggap sudah berkubur apabila mereka tewas kepada satu pasukan pilihan Jerman 1-2 dalam perlawanan semalam. Kekalahan ini nyata mengecewakan mereka yang sebelum ini diletakkan sebagai calon favourite untuk menjadi juara edisi Euro 2012 Poland-Ukraine ini.

Dalam perlawanan antara Portugal dan Denmark, pasukan Portugal bernasib baik apabila gol 3 minit sebelum perlawanan tamat oleh pemain gantian mereka Silvestre Varela membantu kemenangan 3-2 mereka. Portugal pada satu ketika mendahului dengan 2-0 hasil jaringan pemain pertahanan Pepe di minit ke 24 serta jaringan Helder Postiga di minit ke 36. Pasukan Denmark bangkit menyamakan kedudukan hasil dua jaringan penyerang mereka Nicklas Bentdner di minit ke 40 dan 80 perlawanan sebelum jaringan Varela menceriakan kem Portugal. Dengan kemenangan ini, pasukan Portugal menghidupkan peluang mereka ke pusingan suku akhir manakala Denmark juga mempunyai peluang jika berjaya menewaskan Jerman dengan jaringan yang baik.

Satu lagi perlawanan yang menjadi tumpuan semalam, menyaksikan Mario Gomez muncul wira pasukan Jerman apabila dua jaringan membantu kemenangan pasukannya 2-1 menentang pasukan Belanda. Gol Mario Gomez dijaringkan pada minit ke 24 dan 38 manakala penyerang sensasi Belanda, Robin Van Persie menjaringkan gol saguhati pasukannya pada minit ke 72 permainan. Belanda harus menyalahkan diri sendiri berikutan kegagalan mereka menewaskan Denmark dalam perlawanan pertama. Dengan kekalahan ini, peluang pasukan Belanda untuk mara ke pusingan suku akhir adalah tipis dan hanya keajaiban sahaja yang mampu mengubah nasih pasukan Belanda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa