Nuffnang Ads

Khamis, 21 Jun 2012

Euro 2012 : Players to Watch

Petr Jiracek



Cristiano Ronaldo






Mesut Ozil












 

Georgios Samaras


David Silva

Karim Benzema














Wayne Rooney




Andrea Pirlo

Euro 2012 : Quarter Final Teams



EURO 2012 POLAND-UKRAINE QUARTER FINAL TEAMS
Czech Republic

Portugal

Germany

Greece

Spain

France

England

Italy

Euro 2012 : Czech Republic vs Portugal


Pagi ini saingan suku akhir Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine akan bermula. Perlawanan pertama malam ini melibatkan juara Kumpulan A, Republik Czech bertemu naib juara Kumpulan B, Portugal. Saingan dijangka sengit tetapi jika dilihat atas kertas, pasukan Portugal bolehlah dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mara ke Separuh Akhir Kejohanan Euro 2012 bertemu sama ada Sepanyol atau Perancis. Namun begitu, saingan pasukan Republik Czech tidak boleh dipandang ringan kerana kekuatan berpasukan mereka sangatlah digeruni lawan. Sama-sama kita saksikan suku akhir pertama antara kedua-dua pasukan pagi ini.

 


 

Kelayakan Piala AFC U22 : Senarai Pemain Malaysia

Pasukan Harimau Muda akan mengharungi cabaran Kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun di Myanmar bermula 22 Jun sehingga 3 Julai ini. Pasukan negara di bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee diletakkan dalam Kumpulan G bersama pasukan pilihan Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Filipina dan Chinese Taipei. Dua pasukan teratas Kumpulan G ini akan mara ke pusingan akhir kejohanan yang dijangka berlangsung pada tahun 2013.

Korea
Peluang pasukan negara untuk menempatkan diri ke pusingan akhir berdepan laluan sukar di mana pasukan negara dijangka menghadapi saingan sengit daripada pasukan Korea Selatan, Vietnam dan Myanmar. Pasukan negara akan memulakan saingan dengan bertemu pasukan gergasi Asia, Korea Selatan pada 22 Jun, diikuti oleh Filipina (25 Jun), Chinese Taipei (28 Jun), Vietnam (30 Jun) dan perlawanan terakhir bertemu pasukan tuan rumah Myanmar (3 Julai).

Pasukan negara telah melakukan persiapan rapi termasuk menjalani latihan dan mengharungi perlawanan persahabatan di Hungary. Selain itu, beberapa siri perlawanan persahabatan turut diadakan seperti menentang pasukan Bawah 22 tahun China dan Qatar. Dengan persiapan rapi tersebut, pasukan negara diharap mampu memberikan impak positif kepada arena bola sepak negara.
Dengan pemain-pemain berbakat seperti Nazmi Faiz Mansor, ketua pasukan Irfan Fazail, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fadhli Mohd Shas, Ahmad Hazwan Bakri dan ramai lagi, pasukan negara mampu memberikan saingan di peringkat yang lebih tinggi lagi. Berikut adalah senarai 23 pemain bawah 22 tahun negara yang akan menggalas cabaran Kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun di Myanmar.
Penjaga Gol : Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Farhan Abu Bakar, Muhamad Ilham Amirullah Razali

Pertahanan : Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohammad Amer Saidin, Mohamad Fandi Othman, Shahrul Mohd Saad, Mohd Aminuddin Mohd Noor, Nazirul Naim Che Hashim

Tengah : Mohd Irfan Fazail (kapten), Mohd Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor, D. Saarvindran, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Gary Steven Robbat, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Azzizan Nordin, Ashri Chuchu, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa

Penyerang : A. Thamil Arasu, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Ahmad Hazwan Bakri

Chinese Taipei
Myanmar

Vietnam

Filipina












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa