Nuffnang Ads

Rabu, 4 Julai 2012

20 Kelab BPL Musim 2012/2013

Saingan Musim 2012/2013 akan datang akan bermula pada 18 Ogos 2012 akan datang. Juara bertahan musim 2011/2012, Manchester City pastinya akan cuba untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki. Namun begitu, mereka pastinya akan menghadapi saingan daripada seteru utama mereka seperti Manchester United, Arsenal, Chelsea, Liverpool, Newcastle dan Tottenham Hotspur. Selain itu kelab-kelab lain juga pasti akan cuba untuk memberikan saingan kepada pasukan-pasukan ini. 3 kelab yang sebelum ini bermain di Liga Kejuaraan iaitu Reading, West Ham dan Southampton pastinya akan cuba mempertahankan pasukan daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Pasukan-pasukan BPL kini sedang dalam rangka persiapan mengukuhkan semula pasukan masing-masing dengan membuat pembelian-pembelian pemain yang berkualiti untuk pasukan masing-masing. Pasukan manakah akan menjadi juara dan pasukan manakah bakl tersingkir? Sama-sama kita nantikan saingan musim 2012/2013 akan datang. Berikut adalah 20 kelab yang akan bersaing untuk musim 2012/2013 akan datang.

 

FIFA Rankings : Top Ten



Top Ten FIFA Rankings for July 2012 :





1. SPAIN


2. GERMANY



3. URUGUAY


4. ENGLAND


5. PORTUGAL



6. ITALY



7. ARGENTINA



8. NETHERLANDS


9. CROATIA


10. DENMARK

Ranking FIFA Bulan Julai : Malaysia Ke 157 Dunia

Ranking terbaru untuk bulan Julai 2012 yang dikeluarkan oleh FIFA pada 4 Julai 2012 menunjukkan Ranking Pasukan Negara terus merudum apabila Malaysia jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke 157 dunia berbanding 154 dunia pada bulan Jun. Juara Euro 2012, Sepanyol terus unggul di tangga pertama diikuti oleh Jerman, Uruguay, England dan Portugal di kedudukan 5 yang terbaik.

Bagi Ranking pasukan Asia pula, pasukan Jepun, Australia dan Korea Selatan masih unggul sebagai tiga pasukan terbaik Asia masing-masing di Ranking ke 20, 23 dan 28. Manakala pasukan Vietnam masih menjadi pasukan terbaik Asia Tenggara di Ranking yang ke 120 dunia dan yang ke 16 terbaik Asia diikuti oleh pasukan Thailand, Filipina dan Indonesia.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mencari jalan untuk meningkatkan kedudukan Ranking pasukan negara dengan mengaturkan perlawanan antarabangsa berkualiti dengan pasukan-pasukan antarabangsa yang lebih tinggi rankingnya bagi memastikan kedudukan pasukan negara dapat ditingkatkan untuk bulan akan datang. Semoga ranking pasukan negara berjaya ditingkatkan untuk bulan Ogos 2012.




Liga Super Malaysia 2012 : Keputusan Perlawanan 3 Julai 2012

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 3 Julai 2012 :










PERAK VS PKNS
(1-2)





  



NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN
(2-3)






  


 

SARAWAK VS T-TEAM (0-1)







 
SELANGOR VS KEDAH (1-1)











JOHOR FC VS SABAH
(2-1)




  



TERENGGANU VS KUALA LUMPUR
(2-1)



Bola Malaysia : Rozaimi Abdul Rahman Permata Baru Bola Sepak Malaysia

Sumber : Utusan Malaysia
Rozaimi Abdul Rahman satu nama baru dalam bola sepak Malaysia. Keupayaannya meledak hatrik dalam dua perlawanan kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun ketika menentang Filipina dan Vietnam telah membuktikan bahawa pasukan negara kini mempunyai seorang lagi penyerang berbisa yang bakal mewarnai persada bola sepak negara untuk masa depan. Berikut adalah serba sedikit profail pemain muda yang mula mendapat perhatian peminat bola sepak :

Sumber : Kosmo






Nama Penuh :  Mohammad Rozaimi Bin Abdul Rahman

Tarikh Lahir : 11 Jun 1992 (20 tahun)

Tampat Lahir : Bongawan,Sabah

Tinggi : 1.72m

Posisi : Penyerang/Tengah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa