Nuffnang Ads

Jumaat, 6 Julai 2012

Olimpik 2012 : Bola Sepak

Sukan Olimpik London 2012 akan berlangsung pada 27 Julai sehingga 12 Ogos 2012 akan datang dengan antara acara yang ditunggu-tunggu adalah acara Bola Sepak Lelaki. Dengan pasukan seperti Great Britain, Sepanyol dan Brazil bertanding bagi merebut pingat emas bola sepak Olimpik, saingan dilihat sangat menarik.

Dengan pasukan-pasukan ini menyenaraikan pemain-pemain yang ternama seperti Ryan Giggs, Aaron Ramsey dan Craig Bellamy (Great Britain), Juan Mata, Jordi Alba dan Javi Martinez (Sepanyol), Neymar, Hulk dan Thiago Silva (Brazil) saingan perebutan pingat emas adalah sengit. Berikut adalah pasukan yang akan bertanding merebut pingat emas bola sepak lelaki mengikut kumpulan masing-masing:

Kumpulan A
Britain, Senegal, UAE & Uruguay
Kumpulan B
Mexico, Korea Selatan, Gabon & Switzerland
Kumpulan C
Brazil, Mesir, Belarus & New Zealand
Kumpulan D
Spain, Jepun, Honduras & Maghribi








Tennis Wimbledon 2012


Saingan Kejohanan Tenis Grand Slam Wimbledon 2012 semakin hampir ke kemuncaknya dengan saingan perseorangan lelaki telah masuk ke peringkat separuh akhir malam ini dengan pilihan pertama Novak Djokovic (Serbia) bertemu pemain pilihan ketiga Roger Federer (Switzerland) manakala pilihan keempat Andy Murray (Britain) bertemu pilihan kelima Jo Wilfried-Tsonga (Perancis). Jika dilihat daripada prestasi semasa, Novak Djokovic dan Andy Murray menjadi pilihan untuk mara ke perlawanan akhir. Namun cabaran Roger Federer dan Jo Wilfred-Tsonga pastinya sengit.


NOVAK DJOKOVIC VS ROGER FEDERER





ANDY MURRAY VS
JO WILFRIED-TSONGA




Saingan perseorangan wanita pula akan menemukan pemain pilihan ketiga, Agnieszka Radwanska (Poland) dan pemain pilihan keenam kejohanan Serena Williams (USA) di peringkat akhir Sabtu ini. Berdasarkan prestasi semasa dijangkakan Sarena Williams akan menjadi juara untuk kejohanan Wimbledon tahun ini. Sama-sama kita saksikan pertarungan kedua-dua pemain ini di gelanggang akhir esok.


AGNIESZKA RADWANSKA VS SERENA WILLIAMS 

Nazmi Faiz : Semoga berjaya di Portugal

Pemain berbakat besar negara, Nazmi Faiz Mansor yang telah berjaya mengikat kontrak bersama kelab Divisyen Satu Portugal, FC Beira Mar telah berlepas ke Portugal bagi menyertai kelab barunya itu. Sebagai anak muda Malaysia yang mencipta sejarah berjaya bermain di Liga Bola Sepak Eropah, kejayaan beliau adalah amat membanggakan negara.

Dengan usia yang masih muda serta bakat dan kemahiran yang baik, beliau mampu memberi impak besar serta membuktikan pemilihan beliau di kelab tersebut tidak akan sia-sia.

Bual Sukan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Saudara Nazmi Faiz Mansor dan semoga beliau berjaya mengembangkan bakatnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.  

Formula One 2012 : Kenali Pasukan Anda

Perlumbaan Formula 1 musim 2012 telah pun melepasi 8 sirkit daripada 20 sirkit perlumbaan yang dijadualkan tahun ini. Daripada 12 pasukan yang bertanding, 9 pasukan telah berjaya mengumpulkan mata manakala 3 lagi pasukan masih lagi berusaha untuk mengumpul mata. Berikut adalah 12 pasukan yang bertanding dalam kejuaraan Formula 1 untuk musim 2012 :
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa