Nuffnang Ads

Sabtu, 7 Julai 2012

Liga Super Malaysia 2012 : Keputusan Perlawanan

Juara bertahan Liga Super Malaysia 2011, Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super 2012 apabila bergaya membelasah pasukan tempat ketiga, Perak 6-0 dalam perlawanan malam tadi di gelanggang sendiri. Tempat ketiga Liga Super kini dirampas oleh pasukan Selangor apabila berjaya menewaskan Kuala Lumpur 4-0 di gelanggang lawan. Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Super 2012 yang berlangsung malam tadi:

 
KELANTAN VS PERAK
(6-0)



KUALA LUMPUR VS SELANGOR (0-4)


 

PKNS VS FELDA UNITED (0-1)




 

T-TEAM VS
JOHOR FC
(1-1)



 

SABAH VS TERENGGANU (1-3)



 


KEDAH VS NEGERI SEMBILAN (0-2)



Tennis : Wimbledon Final Federer vs Murray



Kejohanan Tenis Grand Slam Wimbledon 2012 akan sampai ke kemuncaknya apabila pilihan ketiga Roger Federer (Switzerland) akan bertemu pilihan keempat Andy Murray (Great Britain) pada perlawanan akhir esok. Federer menewaskan pemain pilihan pertama Novak Djokovic (Serbia) dengan 6-3, 3-6, 6-4, 6-3 manakala Murray menewaskan pilihan kelima Jo Wilfreid-Tsonga (Perancis) 6-3, 6-4, 3-6, 7-5. Perlawanan esok dijangka sengit dengan kedua-dua pemain dilihat berpeluang cerah merangkul gelaran Grand Slam Wimbledon 2012 ini. Semoga esok kita dapat menyaksikan perlawanan epik antara kedua-dua pemain ini.




ROGER FEDERER VS ANDY MURRAY

Liga Super Malaysia 2012 : Pemain Import Terbaik

Liga Super Malaysia 2012 semakin menghampiri kemuncaknya dengan perlawanan berbaki 2 dan 3 perlawanan untuk pasukan masing-masing. Dengan perebutan kejuaraan liga tertumpu kepada dua pasukan iaitu Kelantan dan Lions XII di mana kelebihan memihak kepada pasukan The Red Warriors. Perebutan tempat ketiga juga berlangsung dengan rancak dengan Perak, Selangor dan Terengganu hanya dibezakan dengan 2 ke 4 mata sahaja.

Untuk musim 2012 ini, apa yang menarik adalah kehadiran semula pemain import untuk mewarnai semula saingan liga. Terdapat pemain import yang betul-betul berkualiti tinggi dan terdapat juga pemain import yang gagal menunjukkan kehebatan mereka di persada liga. Kehadiran pemain-pemain import dilihat sedikit sebanyak membantu pasukan selain boleh juga mencurahkan kemahiran kepada pemain-pemain tempatan. Berikut adalah antara pemain import yang boleh dianggap berjaya untuk pasukan masing-masing:


Mohammad Ghaddar (Kelantan)


Effa Owana (Negeri Sembilan)


Michal Kubala (Perak)


Bosko Balaban (Selangor)


Francis Forkey Doe (Terengganu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa