Nuffnang Ads

Isnin, 9 Julai 2012

Olimpik 2012 : Pasukan Bola Sepak Brazil

Pasukan Bola Sepak Olimpik Brazil merupakan salah satu pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas Olimpik 2012 London. Pasukan Brazil membariskan pemain-pemain berbakat seperti Neymar, Hulk, Thiago Silva, Marcelo dan Pato dalam usaha memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki. Brazil dilihat kemungkinan tidak menghadapi masalah melepasi peringkat kumpulan apabila diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama Mesir, Belarus dan New Zealand.
Berikut adalah senarai pemain Brazil yang akan menggalas cabaran bola sepak Olimpik 2012:

Penjaga Gol: Rafael Cabral (Santos), Neto (Fiorentina)
Pertahanan: Marcelo (Real Madrid), Rafael (Manchester United), Danilo (Porto), Alex Sandro (Porto), Thiago Silva (AC Milan), Juan (Inter Milan), Bruno Uvini (Sao Paulo)
Tengah: Romulo (Vasco da Gama), Ganso (Santos), Oscar (Internacional), Sandro (Tottenham Hotspur), Lucas (Sao Paulo)
Penyerang: Neymar (Santos), Alexandre Pato (AC Milan), Leandro Damiao (Internacional), Hulk (Porto).

Tennis : Federer Juara Wimbledon 2012

Pemain No. 3 dunia, Roger Federer dari Switzerland berjaya menjuarai acara perseorangan lelaki kejohanan Tenis Wimbledon 2012 apabila berjaya menewaskan pemain No. 4 dunia, Andy Murray dari Britain dalam pertarungan 4 set 4-6, 7-5, 6-3, 6-4. Dengan kemenangan ini Roger Federer berjaya menjuarai Wimbledon untuk kali ketujuh menyamai rekod kejuaraan lagenda tenis Pete Sampras dari Amerika Syarikat. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan Grand Slam beliau yang ke-17 sepanjang karier beliau. Selain kejayaan manis ini, beliau juga berjaya merampas kedudukan sebagai pemain tenis No. 1 dunia daripada Novak Djokovic dari Serbia. 

ROGER FEDERER BT ANDY MURRAY

(4-6, 7-5, 6-3, 6-4)



Olimpik 2012 : Pasukan Bola Sepak Great Britain

Saingan Bola Sepak Sukan Olimpik 2012 menjadi salah satu daripada acara yang pasti menjadi tumpuan oleh peminat-peminat bola sepak seluruh dunia. Dengan pasukan pilihan seperti Brazil dan Sepanyol membariskan barisan pemain terkuat, pasukan Great Britain di bawah bimbingan jurulatih Stuart Peace juga tidak ketinggalan membariskan barisan pemain terbaik mereka. Antara pemain yang memperkuatkan pasukan Britain adalah pemain veteran Ryan Giggs dari Manchester United yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan, Graig Bellamy dari Liverpool serta Aaron Ramsey dari kelab Arsenal.

Pasukan Britain diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Senegal, UAE dan Uruguay. Mereka dijangka tidak berdepan masalah untuk ke pusingan seterusnya kecuali daripada pasukan Uruguay dan mungkin saingan sengit akan dihadapi di pusingan suku akhir dan separuh akhir.
Senarai pemain yang akan menggalas cabaran pasukan Great Britain dalam acara bola sepak Olimpik 2012 adalah :
 
Penjaga Gol: Jack Butland (Birmingham), Jason Steele (Middlesbrough)
 
Pertahanan: Ryan Bertrand (Chelsea), Steven Caulker (Tottenham), Craig Dawson (West Brom), Micah Richards (Manchester City), Neil Taylor (Swansea), James Tomkins (West Ham)
 
Tengah: Joe Allen (Swansea), Tom Cleverley (Manchester United), Jack Cork (Southampton), Ryan Giggs (Manchester United), Aaron Ramsey (Arsenal), Danny Rose (Tottenham), Scott Sinclair (Swansea)

Penyerang: Craig Bellamy (Liverpool), Marvin Sordell (Bolton), Daniel Sturridge (Chelsea)

Olimpik 2012 : Pasukan Bola Sepak Sepanyol

Sukan Olimpik London 2012 akan bermula hujung bulan ini mengjangkakan saingan sengit dalam acara-acara yang dipertandingkan. Antara acara yang menjadi tumpuan adalah Bola Sepak Lelaki di mana setiap pasukan terutamanya pasukan pilihan seperti Sepanyol, Brazil dan Britain membariskan pemain-pemain ternama negara masing-masing.

Pasukan Juara Euro 2012 tidak ketinggalan membariskan 3 pemain yang beraksi di Euro 2012 yang lalu iaitu Jordi Alba, Juan Mata dan Javi Martinez. Memperkuatkan lagi barisan Sepanyol adalah penjaga gol muda mereka yang bermain untuk Manchester United, David De Gea serta beberapa pemain muda dari kelab-kelab utama seperti Barcelona serta pemain dari kelab Athletic Bilbao yang kelab mereka ke perlawanan akhir Piala Europa musim lalu. Sepanyol yang diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama Jepun, Honduras dan Morocco dijangka tidak menghadapi masalah melepasi pusingan Kumpulan.

Berikut adalah senarai pemain Sepanyol yang dijangka beraksi untuk bola sepak Olimpik 2012 akan datang:
Penjaga Gol: David De Gea (Manchester United), Diego Marino (Villarreal), Joel Robles (Atletico Madrid)
Pertahanan: Jordi Alba (Barcelona), Cesar Azpilicueta (Marseille), Alberto Botia (Sporting Gijon), Alvaro Dominguez (Borussia Monchengladbach), Inigo Martinez (Real Sociedad), Javi Martinez, Mikel San Jose (Athletic Bilbao), Martin Montoya (Barcelona)
Tengah: Cristian Tello (Barcelona), Ander Herrera (Athletic Bilbao), Isco (Malaga), Koke (Atletico Madrid), Juan Mata, Oriol Romeu (Chelsea)
Penyerang: Adrian Lopez (Atletico Madrid), Iker Muniain (Athletic Bilbao), Rodrigo (Benfica), Alvaro Vazquez (Espanyol).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa