Nuffnang Ads

Selasa, 10 Julai 2012

Olimpik 2012 : Pasukan Bola Sepak Uruguay

Juara Copa Amerika 2011, Uruguay membariskan pemain-pemain muda dan berpengalaman untuk bersaing merebut pingat emas acara bola sepak sukan Olimpik 2012. Dengan pemain-pemain seperti Luis Suarez, Edinson Cavani, Abel Hernandez dan Nicolas Lodeiro, cabaran pasukan Uruguay dalam acara bola sepak ini tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan-pasukan lain.
Pasukan Uruguay diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dengan Great Britain, Senegal dan UAE. Berikut adalah senarai pemain pasukan Uruguay yang akan menggalas cabaran bola sepak Sukan Olimpik 2012 di London:
Penjaga Gol: Martín Campana, Leandro Gelpi
Pertahanan: Ramon Arias, Sebastian Coates, Alexis Rolin, Emiliano Albin, Diego Polenta, Matias Aguirregaray
Tengah: Maximiliano Calzada, Egidio Arevalo Rios, Diego Rodriguez, Gaston Ramirez, Nicolas Lodeiro
Penyerang: Luis Suarez, Edinson Cavani, Abel Hernandez, Tabare Viudez, Jonathan Urretaviscaya.

Liga Super Malaysia 2012 : Keputusan Perlawanan

Malam tadi berlangsung 7 lagi perlawanan Liga Super Malaysia 2012 di mana semua pasukan telah melengkapkan perlawanan ke 25 masing-masing. Dengan saingan kini hanya berbaki satu lagi perlawanan, pasukan The Red Warriors Kelantan telah mengesahkan kejuaraan Liga Super musim 2012. Berikut adalah keputusan perlawanan malam tadi:


SARAWAK VS PKNS
(0-0)


 



T-TEAM VS LIONS XII
(2-1)



 

SELANGOR VS SABAH
(3-2) 


PERAK VS KEDAH
(1-2)




 
NEGERI SEMBILAN VS KUALA LUMPUR
(1-1)


 

JOHOR FC VS TERENGGANU
(2-0)



FELDA UNITED VS KELANTAN
(1-0)

Cycling : Le Tour De France 2012

Jelajah Lumba Basikal berprestij dunia Le Tour De France 2012 telah bermula sejak 30 Jun 2012 yang lalu dan dijangka berakhir pada 22 Julai 2012. Saingan perlumbaan berprestij ini melibatkan 20 peringkat perlumbaan serta 1 peringkat prologue. Berikut adalah senarai jersi yang menjadi rebutan setiap pelumba bagi ditabalkan sebagai juara keseluruhan serta juara kategori masing-masing : 
Jersi Kuning - Juara Keseluruhan

Jersi Hijau - Raja Pecut

Jersi Polka Dot - Raja Bukit

Jersi Putih - Pelumba Muda Terbaik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa