Nuffnang Ads

Khamis, 6 September 2012

Bolasepak : Persahabatan Antarabangsa Malaysia vs Vietnam


Pasukan Malaysia di bawah bimbingan jurulatih Datuk K. Rajagopal dijadualkan menentang pasukan kebangsaan Vietnam pada 11 September 2012 (Selasa) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan  ini adalah sebagai sebahagian daripada rangka persiapan kedua-dua pasukan dalam menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 yang dijadualkan berlangsung di Malaysia - Thailand pada 24 November 2012 sehingga 22 Disember 2012 akan datang. Dari segi kedudukan ranking yang dikeluarkan oleh FIFA pada 5 September 2012, Malaysia berada pada kedudukan ke 156 dunia manakala Vietnam berada di tangga ke 146 dunia.
Pasukan Harimau Malaya membariskan gabungan pemain-pemain baru dan lama sebagai persiapan rapi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi Piala AFF Suzuki 2010 yang lalu. Pemain-pemain seperti Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat, Safiq Rahim dan Nor Shahrul Idlan Talaha adalah antara pemain-pemain yang dipanggil untuk menghadapi cabaran pasukan Vietnam yang diletakkan dalam kumpulan A Piala AFF Suzuki 2012 bersama-sama pasukan Thailand dan Filipina selain menunggu pasukan juara pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki 2012.

Semoga pasukan negara dapat mempamerkan persembahan terbaik menentang Vietnam pada 11 September 2012 ini.

Badminton : BWF World Ranking

BWF Men's & Women's Single Ranking (Top 10)

Badminton merupakan salah satu sukan yang digemari ramai. Kedudukan ranking pemain dunia juga sering berubah-ubah kerana pencapaian pemain tersebut dalam kejohanan siri Super yang disertai oleh pemain-pemain badminton. Kedudukan ranking badminton dunia jelas menyaksikan penguasaan pemain-pemain dari Asia khususnya pemain-pemain dari China. Berikut ialah kedudukan senarai 10 pemain badminton terbaik dunia bagi kategori perseorangan lelaki dan perseorangan wanita. 

Hockey : FIH Men's World Ranking

FIH Men's World Ranking (Top 20)


Football : FIFA Ranking

FIFA Ranking - World (Top 10)




FIFA Ranking - UEFA
(Top 10)


FIFA Ranking - CONMEBOL



FIFA Ranking - CAF/AFRICA
(Top 10)



FIFA Ranking - CONCACAF
(Top 10)

FIFA Ranking - AFC/ASIA
(Top 10)


 


FIFA Ranking - AFF/ASEAN 


FIFA Ranking - OFC/OCENIA




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa