Nuffnang Ads

Khamis, 25 Oktober 2012

Bola Sepak : Perlawanan Persahabatan Malaysia November 2012

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengatur 3 perlawanan antarabangsa untuk pasukan bimbingan Datuk K. Rajagopal pada bulan November 2012 sebagai rangka persiapan pasukan Harimau Malaya mempertahankan Piala AFF Suzuki yang telah dimenangi pada edisi 2010 yang lalu. Bermula pada 3 November ini, pasukan negara akan bertandang ke Vietnam sebagai misi membalas dendam kekalahan 0-2 pada perlawanan persahabatan yang diadakan pada 11 September 2012 di Stadium Shah Alam. Skuad Harimau Malaya seterusnya dijadualkan menentang pasukan terbaik dalam ranking ASEAN, Thailand pada 7 November di Chiang Mai manakala pada 14 November pula dijadualkan bertemu pasukan Hong Kong di Stadium Shah Alam. Berikut adalah senarai 28 pemain yang terpilih menyertai kem negara bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 :

Calon Pemain Utama :

Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah); Mohd Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor); Mohd Farizal Marlias, S Kunanlan (Negeri Sembilan); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S Subramaniam, Nik Shahrul Azim Abdul Halim (Kelantan); Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Faizal Muhamad (Terengganu); Azamuddin Mohd Akil, R Gopinathan (Pahang); Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A); Amiridzwan Taj Tajudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohd Azmi Muslim (ATM); Ahmad Fakri Saarani, Yong Kuong Yong (FELDA United); dan Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya).

Calon Pemain Simpanan:

Mohd Amri Yahyah (Selangor), Ahmad Shakir Mohd Ali (Negeri Sembilan), D. Christie Jayaselan, Irwan Fadzli Idrus (ATM); Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A).



Football : African Cup of Nations 2013 Groups

 
African Cup of Nations
2013 Groups

Undian Kumpulan Piala Juara-Juara Afrika telahpun dijalankan di Durban, Afrika Selatan pada 24 Oktober 2012 yang lalu. Saingan akan bermula pada 19 Januari 2013 sehingga 10 Februari 2013. Ivory Coast, Ghana dan Juara bertahan Zambia dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan ini. Namun begitu, cabaran daripada pasukan lain juga tidak harus dipandang mudah. Berikut ialah kedudukan kumpulan untuk kejohanan Edisi ke 29 akan datang :

GROUP A :

GROUP B : 

GROUP C :

GROUP D :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa