Nuffnang Ads

Jumaat, 9 November 2012

Football : Barclays Premier League Team Manager

Pengurus pasukan memainkan peranan penting dalam memastikan pasukan yang dibimbing berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pengurusan tertinggi kelab. Musim 2011/2012 yang lalu menyaksikan beberapa pengurus dipecat oleh pihak pengurusan kerana masalah prestasi serta kemerosotan pasukan. Untuk musim 2012/2013 ini, Pengurus Chelsea Roberto Di Matteo yang membawa pasukan Chelsea menjuarai Piala FA dan Piala Liga Juara-Juara Eropah musim lalu menjadi pengurus pertama yang dipecat oleh pasukannya. Tempat beliau kini telah digantikan oleh bekas Pengurus Liverpool iaitu Rafael Benitez. Mark Hughes menjadi pengurus kedua dipecat berikutan prestasi hambar pasukan QPR di persada liga. Tempat beliau kini telah digantikan oleh Harry Redknapp. Kemungkinan terdapat lagi pengurus pasukan yang mungkin dipecat selepas ini berikutan prestasi hambar pasukan mereka. Berikut adalah 20 orang pengurus pasukan dalam Barclays Premier League 2012/2013 : 

Bola Sepak : Mampukah Malaysia Pertahankan Piala AFF Suzuki 2012

Saingan Piala AFF Suzuki 2012 akan bermula pada 24 November 2012 sehingga 22 Disember 2012 di mana Malaysia dan Thailand menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan kali ini. 8 negara ASEAN yang akan menyertai pertandingan edisi kali ini ialah Thailand, Vietnam, Filipina dan Myanmar dalam Kumpulan A manakala pasukan Malaysia pula diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Indonesia, Singapura dan Laos.

Pasukan Harimau Malaya selaku juara bertahan edisi 2010 pastinya tidak akan diberikan jalan mudah untuk mempertahankan piala ini. Sejak kebelakangan ini, prestasi turun naik pasukan negara di bawah bimbingan Datuk K. Rajagopal pastinya menggusarkan peminat bola sepak tanah air. Terbaru kekalahan berturut-turut kepada pesaing terdekat Vietnam (0-1) dan Thailand (0-2) selain keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong dan Bangladesh dua pasukan di bawah ranking pasukan negara. Situasi ini jelas menunjukkan prestasi yang mengecewakan bagi pasukan negara. Kedudukan ranking FIFA untuk pasukan negara juga terus menunjukkan penurunan di mana pasukan negara jatuh satu lagi anak tangga dari tangga 162 pada bulan Oktober ke tangga 163 pada bulan November. Kedudukan ini adalah di bawah pasukan Vietnam, Thailand, Filipina dan Myanmar. Pelbagai alasan yang diberikan oleh pengendali pasukan negara berhubung kemerosotan prestasi ini. Semoga pasukan negara bangkit menyajikan aksi terbaik seterusnya berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. Persoalannya mampukan skuad kendalian K.Rajagopal bangkit daripada prestasi semasa. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Berikut adalah jadual perlawanan skuad negara dalam mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012 :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa