Nuffnang Ads

Isnin, 3 Disember 2012

Football : FIFA Coach of the Year 2012

Daripada 10 orang jurulatih yang telah disenaraipendekkan oleh FIFA untuk memenangi anugerah jurulatih tahunan 2012, 3 jurulatih telah dipilih untuk merebut gelaran tersebut. 3 jurulatih tersebut ialah Jose Mourinho yang membimbing pasukan Real Madrid memenangi gelaran La Liga musim 2012, Josep Pep Guardiola bekas jurulatih FC Barcelona dan jurulatih pasukan kebangsaan Sepanyol, Vicente Del Bosque yang membimbing pasukan Sepanyol memenangi Piala Eropah 2012. Ketiga-tiga jurulatih ini mempunyai kelebihan masing-masing dan perebutan gelaran ini dijangka sengit.

Football : FIFA Ballon d'Or

Daripada 23 orang pemain yang telah disenarai pendekkan untuk memenangi anugerah FIFA Ballon d'Or 2012, 3 pemain akan bersaing merebut anugerah tersebut. 3 pemain tersebut ialah pemenang anugerah 3 kali berturut-turut Lionel Messi dari Argentina, pemain terbaik Eropah 2012, Andreas Iniesta dari Sepanyol dan juga pemenang Ballon d'Or 2008, Cristiano Ronaldo dari Portugal. Ketiga-tiga pemain ini, beraksi di Liga Primera Sepanyol mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia 2012. Sama-sama kita nantikan keputusan pada 7 Januari 2013 akan datang.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa