Nuffnang Ads

Khamis, 31 Januari 2013

Hockey : The Sultan Azlan Shah Cup 2013

Piala Sultan Azlan Shah 2013 merupakan kejohanan hoki jemputan antarabangsa di mana untuk edisi tahun ini ianya merupakan edisi kali ke 22. Untuk kejohanan tahun ini, 6 pasukan akan bertanding termasuk pasukan negara di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman Paul Revington. Negara-negara lain ialah juara edisi ke 21 New Zealand, Australia, Korea Selatan, India dan Pakistan. Kejohanan kali ini akan berlangsung mulai 9 Mac hingga 17 Mac 2013 di Ipoh, Perak. Pasukan manakah yang akan merangkul gelaran juara tahun 2013? Mampukah pasukan negara memberikan cabaran? Sama-sama kita ikuti Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2013 bermula 7 Mac 2013 akan datang.

Rabu, 30 Januari 2013

Football : 2013 K-League Classic Clubs

Liga Korea atau dikenali sebagai Liga K-League Classic merupakan saingan Liga Bola Sepak kebanggaan Korea. Musim 2013 ini merupakan musim ke 31 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1983. Saingan liga musim ini melibatkan 14 pasukan di mana Juara Liga K-League Classic 2012, FC Seoul pastinya akan cuba mempertahankan gelaran juara liga 2013. Berikut adalh 14 pasukan Liga K-League Classic musim 2013 akan datang :  

Selasa, 29 Januari 2013

Football : 2013 J.League Division 1 Clubs

Liga J-League merupakan antara liga yang menjadi tumpuan ramai di seluruh dunia. Saingan yang kompetitif serta pengurusan liga yang teratur dan terbaik menjadikan Liga Bola Sepak kebanggaan Jepun ini antara terbaik di Asia. Musim baru J.League 2013 akan memulakan sepak mula pada 2 Mac 2013 dan dijadualkan berakhir pada 7 Disember 2013. J.League 2012 lalu menyaksikan kelab Sanfrecce Hiroshima muncul juara dengan mengutip 64 mata meninggalkan pencabar terdekat iaitu kelab Vegalta Sendai di tangga kedua dengan perbezaan 7 mata. Untuk musim baru J.League 2013 akan datang, 18 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan. Berikut adalah 18 pasukan J.League Division 1 untuk musim 2013 akan datang :

Isnin, 28 Januari 2013

Football : 2012 Best Goalkeeper

International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) melalui pakar profesional serta jounalis-journalis seluruh dunia telah mengenalpasti penjaga gol terbaik di peringkat antarabangsa mahupun kelab untuk dinobatkan selaku penjaga gol terbaik bagi tahun 2012. Seperti dijangka, penjaga gol antarabangsa Sepanyol yang mewakili kelab bola sepak Real Madrid telah dinobatkan selaku penjaga gol tahunan terbaik oleh IFFHS setelah mendapat 224 undian meninggalkan Gianluigi Buffon (Itali/Juventus) serta Petr Cech (Republik Czech/Chelsea) ditangga kedua dan ketiga. Berikut adalah senarai 5 penjaga gol terbaik dunia bagi tahun 2012 :


Tennis : Australian Open 2013 Winners

Kejuaraan Tenis Grand Slam pertama tahun ini iaitu Terbuka Australia 2013 baru sahaja menamatkan saingannya di mana ia bermula pada 14 Januari sehingga 27 Januari 2013. Seperti dijangka, pemain pilihan utama kejohanan Djokovic dan Azarenka berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lalu. Berikut adalah juara Terbuka Australia 2013 mengikut kategori masing-masing :

Sabtu, 26 Januari 2013

Bola Sepak : Review Liga Malaysia 2013


Liga Malaysia 2013 telah pun memulakan sepak mulanya pada 5 Januari 2013 dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara juara treble musim 2012, Kelantan bertemu dengan naib juara Piala Malaysia 2012 dan Juara Liga Premier ATM FA berkesudahan dengan ATM FA menang melalui sepakan penalti 5-4 setelah kedudukan semasa perlawanan terikat dengan 1-1. Liga Premier 2013 memulakan saingan pada 7 Januari 2013 manakala Liga Super 2013 memulakan sepak mula pada 8 Januari 2013. Selepas 5 perlawanan dilangsungkan, saingan Liga Malaysia 2013 akan dihentikan buat seketika bagi membolehkan pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Datuk K. Rajagopal memfokuskan kepada pusingan kelayakan Piala Asia 2015. Berikut adalah antara sorotan menarik Liga Malaysia 2013 untuk tatapan kita bersama :

KEBANGKITAN TOK GAJAH DAN PDRM FA


Pasukan Pahang di bawah kendalian Dollah Salleh telah menunjukkan prestasi yang mengkagumkan dalam Liga Super 2013 sekaligus muncul sebagai pendahulu liga selepas 5 perlawanan dengan 13 mata. Bermula dengan menewaskan pasukan pilihan Darul Takzim FC 3-2, anak buah Dollah Salleh meneruskan momentum dengan mencapai 3 kemenangan dan 1 kekalahan kepada pasukan Selangor. Keupayaan pasukan Tok Gajah ini amat mengkagumkan apatah lagi kebanyakan perlawanan mereka menggunakan pemain-pemain tempatan.

Dalam saingan Liga Premier 2013 pula, pasukan PDRM FA pula unggul di carta liga dengan 13 mata hasil daripada 4 kemenangan dan 1 seri meninggalkan pasukan pilihan lain seperti Kedah, Sime Darby FC dan Sarawak. Dengan rekod tanpa kalah, pasukan PDRM FA dijangka akan meneruskan momentum mereka untuk perlawanan berikutnya seterusnya mara ke saingan Liga Super musim hadapan.

TUMPUAN KEPADA PEMAIN IMPORT


Kehadiran pemain import berkualiti musim 2013 merancakkan lagi saingan musim ini. Kehadiran nama-nama besar seperti Dani Guiza, Simone Del Nero, George Boateng dan Caleb Folan nyata menunjukkan kesungguhan pasukan-pasukan Liga Super menarik minat pemain import berkualiti. Selain itu, penjaring terbanyak musim lalu iaitu Francis Forkey Doe dan Effa Owana nyata bakal merancakkan saingan musim ini.

KEHEBATAN FAUZI ROSLAN

Nama Fauzi Roslan iaitu peledak berbisa pasukan Pahang semakin hari semakin meniti di bibir peminat bola sepak tempatan. Keupayaan serta sentuhan berbisa pemain ini menenggelamkan peledak kebangsaan seperti Safee Sali dan Nor Shahrul Idlan Talaha yang beraksi untuk pasukan Darul Takzim FC. Prestasi cemerlang ini juga membolehkan beliau dipanggil untuk aksi pasukan Harimau Malaya bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2015. Berdasarkan prestasi semasa, tidak mustahil beliau mampu menjadi peledak berbisa pasukan negara satu hari nanti.

JADUAL PERLAWANAN YANG PADAT

Jadual perlawanan yang padat nyata amat meletihkan pemain. Sesetengah perlawanan diadakan selang 3 hari menyebabkan pemain-pemain pasukan masing-masing gagal memberikan aksi terbaik akibat kepenatan. Perkara ini perlu dikaji bagi memastikan kecergasan serta keupayaan pemain berada ditahap yang terbaik dalam menghadapi saingan. 

KEPUTUSAN PENGADILAN YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN

Seperti tahun-tahun lalu, pengadil memainkan peranan yang penting bagi memastikan perlawanan berlangsung dengan baik serta lancar. Saingan musim ini juga, menyaksikan pengadil gagal membuat keputusan yang baik sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pasukan serta penyokong pasukan masing-masing. Jika perkara ini berterusan, ianya akan memberikan imej yang buruk kepada mutu pengadilan liga Malaysia. Sesuatu perlu dilakukan oleh FAM bagi memastikan tahap pengadil Malaysia mencapai tahap tertinggi dan terbaik. 

RASUAH BOLA SEPAK MALAYSIA

Rasuah ataupun mengatur keputusan perlawanan dalam bola sepak Malaysia merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian oleh badan induk bola sepak negara. Jika Rasuah berlaku, maka tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan imej bola sepak negara sentiasa bersih dan bebas daripada rasuah.

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Pusingan Kedua Piala FA 2013

Pusingan pertama Piala FA telah berlangsung pada 25 dan 26 Januari 2013 dengan pasukan pilihan meneruskan kemaraan ke pusingan kedua. Terdapat juga keputusan mengejut kekalahan pasukan-pasukan pilihan kepada lawan yang bermain di liga bawahan Malaysia. Seperti dijadualkan, pusingan kedua Piala FA dijangka akan diadakan pada 26 Februari 2013. Berikut adalah jadual perlawanan pusingan kedua Piala FA Malaysia 2013 :




Kelantan vs PKNS Selangor


Sarawak vs PBAPP FC


Pos Malaysia vs Negeri Sembilan


Pulau Pinang vs Terengganu


Kedah vs Darul Takzim FC


Sabah vs Selangor


Pahang vs Tentera Darat


T-Team vs Sime Darby FC

Khamis, 24 Januari 2013

Badminton : BWF World Team Ranking

Badan induk badminton dunia BWF telah mengeluarkan ranking kedudukan pasukan negara masing-masing. Pasukan Badminton China yang menjuarai banyak kejohanan berpasukan mahupun individu jelas menguasai carta pasukan terbaik dunia diikuti oleh gergasi badminton eropah Denmark yang berada di kedudukan ranking kedua dunia. Pasukan Malaysia pula berada pada kedudukan ke-6 terbaik dunia di belakang pasukan China, Denmark, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia. Berikut adalah kedudukan 20 pasukan badminton terbaik dunia mengikut laman web rasmi BWF http://www.bwfbadminton.org/ :

Football : French Ligue 1 2011/2012 Team of the Season

Kejuaraan Ligue 1 Perancis musim 2011/2012 yang lalu telah menyaksikan saingan hebat antara kelab Montpellier dan kelab yang berbelanja besar PSG sehingga ke penghujung musim. Saingan akhirnya memihak kepada kelab Montpellier dengan kelebihan 3 mata. Kejuaraan ini amat bermakna untuk kelab Montpellier menyaksikan 4 pemain utama mereka telah dipilih oleh laman web Goal.com selaku kesebelasan terbaik Ligue 1 Perancis. Lain-lain pemain adalah 3 dari Lille dan masing-masing 2 pemain dari PSG dan Toulouse. Berikut adalah kesebelasan terbaik Ligue 1 Perancis musim 2011/2012 : 

FORMASI PILIHAN : 4-2-3-1

PENJAGA GOL :

PERTAHANAN :

TENGAH BERTAHAN :


TENGAH :

PENYERANG :

Football : Dutch Eredivisie 2011/2012 Team of the Season

Liga Eredivisie Belanda musim 2011/2012 yang lalu menyaksikan saingan sengit melibatkan 4 kelab utama iaitu Ajax Amsterdam, Feyenoord Rotterdam, PSV Eindhoven dan Az Alkmaar. Bagaimanapun pada penghujung saingan, kelab Ajax memenangi kejuaraan Eredivisie Belanda dengan kelebihan 6 mata mengatasi kelab Feyenoord. Laman web Goal.com telah menyenaraikan pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang musim 2011/2012 di mana 3 pemain utama kelab AZ Alkmaar, 2 pemain masing-masing dari Ajax Amsterdam, Feyenoord Rotterdam dan SC Heerenveen dan masing-masing 1 dari kelab PSV Eindhoven dan Vitesse Arnhem terpilih dalam kesebelasan terbaik tahunan. Berikut adalah kesebelasan terbaik Liga Eredivisie Belanda Musim 2011/2012 :

FORMASI PILIHAN : 4-2-3-1

PENJAGA GOL :

PERTAHANAN :

TENGAH BERTAHAN :

TENGAH :

PENYERANG :

Rabu, 23 Januari 2013

Football : PFA Premier League 2011/2012 Team of the Season

Barclays Premier League (BPL) musim 2011/2012 lalu menyaksikan saingan sengit 2 kelab Manchester iaitu City dan United sehingga ke penghujung saingan. Kesudahannya menyaksikan kejuaraan dramatik Manchester City apabila jaringan Sergio Aguero membantu City muncul juara BPL setelah sekian lama menunggu. Musim 2011/2012 juga menyaksikan kecemerlangan kelab Manchester City apabila 4 pemainnya dipilih dalam PFA Premier League Team of the Year 2012. Pemain-pemain lain adalah 3 dari Tottenham, masing-masing satu dari Everton, Newcastle, Arsenal dan Manchester United. Berikut adalah kesebelasan terbaik tahunan musim lalu :
FORMASI PILIHAN : 4-4-2

PENJAGA GOL :

PERTAHANAN :

TENGAH :

PENYERANG :

Ahad, 20 Januari 2013

Football : Bundesliga 2011/2012 Team of The Season

Bundesliga Jerman musim 2011/2012 menyaksikan Borussia Dortmund menjadi juara menewaskan seteru utama FC Bayern Munich. Kecemerlangan pemain-pemain muda diadun dengan pemain-pemain berpengalaman merupakan resepi kejayaan pasukan Dortmund dalam Bundesliga. 3 pemain mereka menjadi pilihan laman web www.goal.com telah terpilih sebagai pasukan tahunan terbaik bersama-sama dengan 3 pemain FC Bayern Munich, 3 pemain Monchengladbach dan masing-masing seorang pemain dari FC Koln dan Schalke 04. Berikut adalah kesebelasan terbaik Bundesliga bagi musim 2011/2012 :

FORMASI : 3-4-3

PENJAGA GOL


PERTAHANAN


TENGAH


PENYERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa