Nuffnang Ads

Sabtu, 12 Januari 2013

Bola Sepak : Senarai Pemain ATM FA 2013

Pasukan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah antara pasukan yang mungkin boleh memberikan saingan hebat untuk musim Liga Super 2013. Tampil selaku Juara Liga Premier 2012 serta Naib Juara Piala Malaysia 2012, ATM FA pastinya adalah pasukan yang digeruni lawan. Walaupun kehilangan tonggak utama mereka iaitu Aidil Zafuan, Zaquan Adha serta Azmi Muslim yang berhijrah ke pasukan Johor Darul Takzim FC, kemasukan pemain berpengalaman seperti Shukor Adan dan R.Surendren serta pemain-pemain baru yang lain dapat memantapkan pasukan ATM FA untuk saingan musim 2013. ATM FA mendapat tonik yang terbaik apabila menjuarai kejohanan pembuka tirai Piala Sumbangsih apabila menundukkan pasukan juara treble musim lalu, Kelantan. Masih dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, B. Santhianathan cabaran ATM FA untuk musim ini pastinya menjanjikan saingan terbaik musim ini. Berikut adalah senarai pemain ATM FA untuk musim 2013 :


PENJAGA GOL
Farizal Harun
G.Jeevanathan
Mohamad Hafizuddin Azuhar

PERTAHANAN
Muhammad Aizuddin Ismail
Nurfazly Alias
Abdul Rashid Mahmud
Irwan Fadzli Idrus
Amirizwan Taj Tajuddin

TENGAH
K.Reuben
Suhaimi Ishak
A.Varanthan
Bruno Martelotto
Muhammad Shukor Adan
Venice Elphi Dannykaya
Mohd. Fitri Omar
D.Christie Jayaseelan
Rizal Zambery Yahya

PENYERANG
R.Surendran
Marlon Alex James
Yusaini Hafiz Che Saad
Hairuddin Omar - Ketua Pasukan
Mohd. Nazri Akui

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa