Nuffnang Ads

Selasa, 1 Januari 2013

Sorotan Sukan Malaysia 2012

Tahun 2012 telah pun berlalu dengan membawa 1,001 kenangan suka duka kepada dunia sukan tanah air. Antara kejayaan yang pasti dikenang ialah kejayaan Kontinjen negara ke temasya Olimpik dengan membawa pulang 1 pingat perak melalui jaguh badminton dunia Dato' Lee Chong Wei serta 1 pingat gangsa melalui ratu terjun negara Pandelela Rinong. Selain itu kejayaan manis pasukan hoki remaja kebangsaan menjuarai Kejohanan Kelayakan Hoki Remaja Asia juga merupakan antara detik istimewa sukan hoki negara. Turut membanggakan adalah kejayaan pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin menjadi pelumba motosikal pertama negara menamatkan saingan di tempat Podium. Juga tidak dilupakan kejayaan pemain squash wanita nombor 1 dunia, Datuk Nicol David menjuarai serta mengungguli persada squash dunia buat sekalian kalinya. Kejayaan bintang bola sepak muda negara, Nazmi Faiz Mansor menambat perhatian kelab bola sepak Portugal, FC Beira Mar membuktikan bahawa pemain Malaysia mampu menarik minat kelab bola sepak peringkat tertinggi. Pasukan bola sepak muda negara, Harimau Muda A turut mencuri tumpuan apabila berjaya memenangi kejohanan jemputan di Vietnam dan Indonesia.  Sukan-sukan lain juga turut menyumbang kepada kenangan manis buat sukan negara antaranya kejayaan pasukan  Lumba Basikal, Karate-Do, Wusyu, Silat Olahraga dan Boling dalam kejohanan yang disertai di peringkat Asia mahupun Dunia.
 
Selain kenangan manis, terdapat juga kenangan yang tidak mahu dikenang oleh peminat sukan negara antaranya kegagalan pasukan bola sepak kebangsaan mempertahankan gelaran Piala AFF Suzuki 2012 serta prestasi tidak menentu dalam perlawanan sepanjang tahun 2012. Kegagalan ini nyata mengecewakan peminat bola sepak kebangsaan yang kebanyakannya menggesa perubahan dilakukan. Selain kegagalan ini, kekecewaan pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara dalam kelayakan Piala Asia juga amat mengecewakan. Selain kekecewaan ini, pasukan hoki (kelayakan olimpik), badminton (Piala Thomas), olahraga dan sepak takraw juga gagal memberikan impak terbaik kepada sukan negara.    
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa