Nuffnang Ads

Khamis, 28 Februari 2013

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2013

Liga Super Malaysia 2013 semakin lama semakin rancak dengan 12 pasukan terlibat memberikan saingan sengit antara satu sama lain bagi memastikan penguasaan liga selain daripada menyelakkan penyingkiran ke Liga Premier untuk musim akan datang. Pasukan-pasukan pilihan seperti Kelantan, ATM FA, Pahang, Selangor, Darul Takzim FC dan Lions XII pastinya akan meneruskan momentum merebut penguasaan takhta liga manakala pasukan Perak, PKNS FC, Terengganu, Negeri Sembilan, T-Team dan Felda United memberi saingan hebat untuk terus bersaing dalam Liga Super Malaysia musim ini. Berikut adalah jadual 18 perlawanan bagi bulan Mac 2013 : 

1 Mac 2013 (Jumaat)
ATM FA vs Pahang
Kelantan vs Perak

2 Mac 2013 (Sabtu)
Felda United vs Lions XII
PKNS FC vs Terengganu
Darul Takzim FC vs Negeri Sembilan

5 Mac 2013 (Selasa)
T-Team vs Selangor

8 Mac 2013 (Jumaat)
Terengganu vs T-Team
Perak vs ATM FA
Pahang vs PKNS FC

9 Mac 2013 (Sabtu)
Lions XII vs Kelantan
Negeri Sembilan vs Felda United
Selangor vs Darul Takzim FC

29 Mac 2013 (Jumaat)
Felda United vs Selangor
Lions XII vs Negeri Sembilan
ATM FA vs Kelantan

30 Mac 2013 (Sabtu)
Darul Takzim FC vs Terengganu
T-Team vs Pahang
PKNS FC vs Perak

Bola Sepak : Jadual Suku Akhir Piala FA 2013

Kejohanan Bola Sepak Piala FA Malaysia 2013 telah masuk ke peringkat suku akhir di mana 7 pasukan telah mengesahkan kemaraan ke peringkat tersebut manakala pasukan Kelantan selaku juara bertahan bersama pasukan PKNS FC akan membuat perhitungan untuk satu slot lagi ke suku akhir. Perlawanan peringkat suku akhir akan berlangsung secara timbal balik di mana pasukan yang berjaya akan meneruskan perjuangan ke peringkat separuh akhir. Peringkat suku akhir akan dilangsungkan pada 6 dan 16 April 2013 akan datang. Berikut adalah jadual perlawanan suku akhir Piala FA Malaysia 2013 peringkat suku akhir :

Kelantan vs Sarawak


Negeri Sembilan vs Terengganu


Darul Takzim FC vs Selangor


Pahang vs Sime Darby FC

Ahad, 24 Februari 2013

Football : 2013 Major League Soccer Clubs

Musim baru Liga Bola Sepak Amerika atau Major League Soccer (MLS) melibatkan 19 kelab (16 kelab USA dan 3 kelab Kanada). Musim baru akan bermula tidak lama lagi. Musim lalu menyaksikan kelab LA Galaxy merangkul kejuaraan MLS Cup apabila mereka menewaskan Houston Dynamo dengan keputusan 3-1. Berikut adalah 19 kelab yang akan merebut kejuaraan MLS 2013 akan datang :


Sabtu, 23 Februari 2013

Badminton : All-England Badminton Championships 2013


Kejohanan Badminton berprestij dunia iaitu All-England Open Championships 2013 akan berlangsung pada 5 Mac hingga 10 Mac 2013 di Birmingham, England. Kejohanan tahunan ini adalah kejohanan buat kali ke 102 dan merupakan antara kejohanan yang menjadi tumpuan peminat badminton dunia selain Kejohanan Super Series dan Kejohanan Olimpik. Kejohanan tahun ini pastinya akan menjadi rebutan setiap pemain terutamanya pemain-pemain daripada China yang pastinya akan cuba menyapu bersih kategori utama yang dipertandingkan. Namun begitu, cabaran daripada pemain daripada Malaysia, Korea Selatan, Indonesia, Jepun, Denmark dan negara-negara lain pastinya tidak boleh dipandang mudah oleh lawan masing-masing. Saingan dalam acara perseorangan lelaki serta bergu lelaki pastinya sengit dengan wakil negara, Datuk Lee Chong Wei pastinya akan disaing oleh pemain perseorangan dari negara tembok besar China. Manakala dalam acara bergu lelaki, bergu Korea Selatan pastinya menjadi pilihan menjuarai kejohanan ini. Semoga peminat badminton dunia dapat menyaksikan aksi menarik dan mendebarkan daripada pemain yang bertanding. 


Jumaat, 22 Februari 2013

Football : UEFA Europa League 2013 Round of 16

Kejohanan Piala Europa 2013 telah masuk ke pusingan 16 pasukan terbaik. Pada pusingan terdahulu, beberapa kelab pilihan antaranya juara bertahan, Atletico Madrid, Liverpool, Dynamo Kiev dan Lyon tersingkir pada lawan masing-masing. Kelab-kelab pilihan lain seperti Chelsea, Inter Milan dan Tottenham meneruskan kemaraan untuk ke pusingan seterusnya. Pusingan 16 terbaik dijadualkan berlangsung pada 7 dan 14 Mac 2013. Berikut adalah jadual perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Europa 2013 :


PUSINGAN PERTAMA (7 MAC 2013)


PUSINGAN KEDUA (14 MAC 2013)

Rabu, 20 Februari 2013

Formula 1 : 2013 F1 Teams & Drivers

Musim baru perlumbaan F1 akan bermula pada bulan Mac 2013 di Australia dan berakhir pada bulan November 2013 di Brazil. Untuk musim 2013 ini, 11 pasukan akan mengambil bahagian di mana setiap pasukan menyenaraikan 2 orang pemandu. Berikut adalah senarai pasukan dan pemandu F1 untuk musim 2013 akan datang :











Selasa, 19 Februari 2013

Football : 2013 Chinese Super League Clubs

Liga Super China 2013 atau Chinese Super League 2013 (CSL) akan bermula bulan Mac ini dengan 16 pasukan akan bersaing untuk merebut gelaran juara liga musim 2013. Juara bertahan musim 2012, Guangzhou Evergrande pastinya akan mempertahankan gelaran mereka untuk musim baru liga. Berikut adalah 16 pasukan yang akan bersaing dalam CSL 2013 : 

Isnin, 18 Februari 2013

Football : FA Cup 2013 Round 6 Draw

Kejohanan Bola Sepak kalah mati tertua di England yang telah merupakan edisi ke 132 kali, Piala FA telah masuk ke pusingan ke 6 atau pusingan suku akhir di mana 8 pasukan terbaik akan bersaing merebut tempat ke pusingan ke 7 atau separuh akhir. Pasukan-pasukan pilihan seperti Liverpool, Arsenal dan Tottenham telah pun tersingkir. Kini pasukan pilihan yang akan meneruskan saingan ialah Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Everton  Dalam undian yang telah dilangsungkan pada 17 Februari 2013 berikut adalah keputusan undian Pusingan ke 6 Piala FA England yang dijadualkan berlangsung pada 9 dan 10 Mac 2013 akan datang :



Everton vs Wigan Athletic


Manchester City vs Barnsley


Manchester United vs Chelsea


Millwall vs Blackburn Rovers

Football : AFC Champions League 2013

Kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2013 telahpun memulakan saingan pusingan kelayakan pada 9 Februari yang lalu bagi menentukan 3 pasukan yang akan layak ke pusingan peringkat kumpulan yang dijadualkan bermuala pada 26 Februari 2013 ini. Kejohanan ini merupakan kejohanan berprestij kelab-kelab Asia buat kali ke 32 dan kali ke 11 di bawah nama Liga Juara-Juara Asia. Pastinya saingan musim ini sengit dengan kelab yang muncul juara akan mewakili Asia ke Kejohanan Kelab Dunia 2013 pada Disember 2013. Juara musim lalu, Ulsan Hyundai dari Korea Selatan pastinya akan cuba mengekalkan gelaran mereka musim ini. Saingan kelab-kelab Jepun, Arab Saudi, China, Iran, Uzbekistan dan Qatar pastinya menjanjikan perlawanan terbaik bagi menjadi Juara Kelab Asia. Berikut adalah 8 Kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2013 : 

KUMPULAN A


KUMPULAN B


KUMPULAN C


KUMPULAN D


KUMPULAN E


KUMPULAN F


KUMPULAN G


KUMPULAN H 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa