Nuffnang Ads

Sabtu, 23 Februari 2013

Badminton : All-England Badminton Championships 2013


Kejohanan Badminton berprestij dunia iaitu All-England Open Championships 2013 akan berlangsung pada 5 Mac hingga 10 Mac 2013 di Birmingham, England. Kejohanan tahunan ini adalah kejohanan buat kali ke 102 dan merupakan antara kejohanan yang menjadi tumpuan peminat badminton dunia selain Kejohanan Super Series dan Kejohanan Olimpik. Kejohanan tahun ini pastinya akan menjadi rebutan setiap pemain terutamanya pemain-pemain daripada China yang pastinya akan cuba menyapu bersih kategori utama yang dipertandingkan. Namun begitu, cabaran daripada pemain daripada Malaysia, Korea Selatan, Indonesia, Jepun, Denmark dan negara-negara lain pastinya tidak boleh dipandang mudah oleh lawan masing-masing. Saingan dalam acara perseorangan lelaki serta bergu lelaki pastinya sengit dengan wakil negara, Datuk Lee Chong Wei pastinya akan disaing oleh pemain perseorangan dari negara tembok besar China. Manakala dalam acara bergu lelaki, bergu Korea Selatan pastinya menjadi pilihan menjuarai kejohanan ini. Semoga peminat badminton dunia dapat menyaksikan aksi menarik dan mendebarkan daripada pemain yang bertanding. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa