Nuffnang Ads

Selasa, 28 Mei 2013

Bola Sepak : Penjaring Terbanyak Liga-Liga Eropah Musim 2012/2013

Liga-Liga utama Eropah telahpun menuju ke penghujung musim 2012/2013. Dengan sepak mula musim baru dijangka akan memulakan saingan pada bulan Ogos, setiap pasukan yang bersaing di liga masing-masing pastinya giat mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan musim baru akan datang. Dengan nama-nama besar bola sepak dijangka menjadi buruan kelab-kelab bagi memperkuatkan saingan musim akan datang di samping Kejohanan Piala Dunia Brazil 2014 tahun hadapan, pastinya saingan Liga musim depan dinanti-nantikan oleh seluruh peminat bola sepak dunia. Bagi musim 2012/2013, peledak berbisa atau penjaring prolifik memainkan peranan membantu pasukan masing-masing. Berikut adalah peledak berbisa bagi Liga-Liga Utama Eropah untuk musim 2012/2013 :

Isnin, 27 Mei 2013

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2013 (Jun & Julai 2013)

Liga Super Malaysia 2013 semakin menghampiri penghujungnya dengan baki 4 perlawanan lagi sebelum menentukan kejuaraan untuk musim 2013 ini. Dengan Lions XII terus unggul di carta liga, saingan terdekat mereka ialah pasukan Darul Takzim FC dan ATM FA masing-masing dipisahkan dengan jurang mata yang tipis. Walaubagaimanapun, berdasarkan prestasi semasa, Lions XII dilihat berada pada kedudukan yang selesa untuk merampas kejuaraan Liga Super 2013 musim ini. Baki 4 perlawanan ini adalah amat penting bagi kesemua pasukan bersaing untuk memastikan pasukan mereka menamatkan saingan di kedudukan yang baik. Berikut adalah jadual perlawanan Liga Super Malaysia 2013 bagi bulan Jun dan Julai 2013 akan datang :

21 Jun 2013 (Jumaat)
Felda United lwn T-Team
Terengganu lwn Kelantan
Selangor lwn ATM FA

22 Jun 2013 (Sabtu)
Lions XII lwn Darul Takzim FC
Pahang lwn Perak
Negeri Sembilan lwn PKNS FC

25 Jun 2013 (Selasa)
T-Team lwn Negeri Sembilan
PKNS FC lwn Selangor
ATM FA lwn Terengganu
Kelantan lwn Pahang
Darul Takzim FC lwn Felda United
Perak lwn Lions XII

2 Julai 2013 (Selasa)
Terengganu lwn PKNS FC
Lions XII lwn Felda United
Selangor lwn T-Team
Negeri Sembilan lwn Darul Takzim FC
Perak lwn Kelantan
Pahang lwn ATM FA

6 Julai 2013 (Sabtu)
T-Team lwn Terengganu
Felda United lwn Negeri Sembilan
Darul Takzim FC lwn Selangor
PKNS FC lwn Pahang
ATM FA lwn Perak
Kelantan lwn Lions XII

Ahad, 19 Mei 2013

Football : UEFA Champions League 2013 Final

Liga Juara-Juara Eropah 2013 semakin hampir ke penghujungnya dengan 2 pasukan dari Liga Bundesliga Jerman akan berentap pada pentas perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mei 2013 di Stadium Wembley, England. Kejayaan 2 kelab Jerman ini iaitu FC Bayern Munich dan Borussia Dortmund pastinya amat membanggakan arena bola sepak Jerman berikutan kejayaan mengenepikan 2 kelab gergasi Sepanyol Real Madrid dan FC Barcelona.  Perlawanan akhir tahun ini pastinya menjanjikan aksi perlawanan yang menarik dan mendebarkan. 




Rabu, 1 Mei 2013

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2013 (Mei 2013)

Saingan liga bola sepak berprestij Malaysia Liga Super 2013 telah memasuki pusingan kedua dengan penguasaan pasukan Lions XII dengan 28 mata berkelebihan 3 mata mengatasi pencabar terdekat Darul Takzim FC yang mengumpul 25 mata. Manakala pasukan ATM FA, Selangor dan Pahang mengekori rapat pasukan Lions XII dan Darul Takzim FC. Pasukan juara bertahan, Kelantan berada di kedudukan ke 9 Liga Super sekadar mengumpul 17 mata berikutan kemerosotan prestasi mereka dalam saingan Liga Super musim ini. Pasukan Negeri Sembilan masih mencari rentak kemenangan berada di kedudukan terbawah liga sekadar mengumpul 7 mata daripada 14 perlawanan. Perlawanan-perlawanan seterusnya amat penting bagi kesemua pasukan bagi memastikan pungutan mata berterusan untuk saingan musim 2013 ini. Berikut adalah jadual perlawanan Liga Super Malaysia 2013 bagi bulan Mei 2013 :

3 Mei 2013 (Jumaat)

Felda United lwn Perak
T-Team lwn ATM FA

7 Mei 2013 (Selasa)

Perak lwn Negeri Sembilan
Terengganu lwn Lions XII
Pahang lwn Selangor
PKNS lwn T-Team 
ATM FA lwn Darul Takzim FC
Kelantan lwn Felda United

11 Mei 2013 (Jumaat)

Selangor lwn Perak
Negeri Sembilan lwn Kelantan

12 Mei 2013 (Sabtu)

Terengganu lwn Pahang
Felda United lwn ATM FA
Lions XII lwn T-Team
Darul Takzim FC vs PKNS

17 Mei 2013 (Jumaat)

Perak lwn Terengganu
T-Team lwn Darul Takzim FC
Pahang lwn Lions XII

18 Mei 2013 (Sabtu)

ATM FA lwn Negeri Sembilan
Kelantan lwn Selangor
PKNS lwn Felda United

22 Mei 2013 (Rabu) 

Darul Takzim FC lwn Kelantan
Selangor lwn Terengganu
Negeri Sembilan lwn Pahang
Lions XII lwn PKNS

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2013

Saingan berprestij Piala FA 2013 semakin hampir menuju ke peringkat kemuncak saingan dengan 4 pasukan meneruskan saingan di peringkat separuh akhir bagi merebut 2 slot ke perlawanan akhir. Untuk saingan tahun ini, penguasaan hebat pasukan-pasukan dari Pantai Timur diketuai oleh pasukan juara bertahan Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala Darul Takzim FC juga berjaya meneruskan kemaraan menyekat pasukan Selangor The Red Giant. Peringkat separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 25 dan 28 Mei secara timbal balik di mana pasukan yang berkelebihan agregat akan meneruskan saingan ke peringkat akhir merebut Piala FA 2013. Pasukan manakah yang bakal meneruskan kemaraan ke peringkat akhir? Mampukan pasukan Kelantan mengekalkan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu? Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir Piala FA 2013 (tertakluk kepada perubahan) :

25 MEI 2013 (SABTU)



28 MEI 2013 (SELASA)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa