Nuffnang Ads

Rabu, 1 Mei 2013

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2013 (Mei 2013)

Saingan liga bola sepak berprestij Malaysia Liga Super 2013 telah memasuki pusingan kedua dengan penguasaan pasukan Lions XII dengan 28 mata berkelebihan 3 mata mengatasi pencabar terdekat Darul Takzim FC yang mengumpul 25 mata. Manakala pasukan ATM FA, Selangor dan Pahang mengekori rapat pasukan Lions XII dan Darul Takzim FC. Pasukan juara bertahan, Kelantan berada di kedudukan ke 9 Liga Super sekadar mengumpul 17 mata berikutan kemerosotan prestasi mereka dalam saingan Liga Super musim ini. Pasukan Negeri Sembilan masih mencari rentak kemenangan berada di kedudukan terbawah liga sekadar mengumpul 7 mata daripada 14 perlawanan. Perlawanan-perlawanan seterusnya amat penting bagi kesemua pasukan bagi memastikan pungutan mata berterusan untuk saingan musim 2013 ini. Berikut adalah jadual perlawanan Liga Super Malaysia 2013 bagi bulan Mei 2013 :

3 Mei 2013 (Jumaat)

Felda United lwn Perak
T-Team lwn ATM FA

7 Mei 2013 (Selasa)

Perak lwn Negeri Sembilan
Terengganu lwn Lions XII
Pahang lwn Selangor
PKNS lwn T-Team 
ATM FA lwn Darul Takzim FC
Kelantan lwn Felda United

11 Mei 2013 (Jumaat)

Selangor lwn Perak
Negeri Sembilan lwn Kelantan

12 Mei 2013 (Sabtu)

Terengganu lwn Pahang
Felda United lwn ATM FA
Lions XII lwn T-Team
Darul Takzim FC vs PKNS

17 Mei 2013 (Jumaat)

Perak lwn Terengganu
T-Team lwn Darul Takzim FC
Pahang lwn Lions XII

18 Mei 2013 (Sabtu)

ATM FA lwn Negeri Sembilan
Kelantan lwn Selangor
PKNS lwn Felda United

22 Mei 2013 (Rabu) 

Darul Takzim FC lwn Kelantan
Selangor lwn Terengganu
Negeri Sembilan lwn Pahang
Lions XII lwn PKNS

1 ulasan:

  1. Its like yοu read my thoughts! Yοu appeаг
    to κnow a lot appгoximately thiѕ, like yοu wгοtе the guide in it
    οr something. I fеel that you juѕt could do with a
    feω p.c. to power the message hоme a bit, but іnsteaԁ of that, this is great blog.
    A fantaѕtic гeаd. I'll certainly be back.

    Feel free to visit my web site; hcg diet plans

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa