Nuffnang Ads

Jumaat, 28 Jun 2013

Bola Sepak : Piala FA 2013 : Kelantan atau Darul Takzim FC?

Perlawanan akhir Piala FA 2013 akan berlangsung pada 29 Jun 2013 bakal menemukan 2 pasukan gergasi bola sepak negara pada masa kini iaitu Kelantan atau The Reds Warriors bertemu Johor Darul Takzim FC atau Harimau Selatan. Pertembungan kedua-dua pasukan ini  amat dinanti-nantikan peminat bola sepak tanah air terutamanya penyokong kedua-dua pasukan yang pastinya mengharapkan pasukan mereka memenangi Piala FA 2013 ini. 

Pasukan Kelantan selaku juara bertahan pastinya akan berusaha sedaya upaya mempertahankan piala yang telah mereka menangi musim lalu setelah menewaskan pasukan berstatus kelab Sime Darby FC dengan kemenangan tipis 1-0. Pasukan Darul Takzim FC pastinya akan mengerahkan seluruh kekuatan mereka bagi merampas piala daripada pasukan Kelantan. Dengan kedua-dua pasukan akan membariskan ramai pemain bertaraf bintang, perlawanan malam esok pastinya menjanjikan aksi menarik sepanjang tempoh perlawanan.

Semoga perlawanan akhir esok berlangsung dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi sama ada melalui pasukan ataupun melalui penyokong masing-masing. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan atas kemampuan untuk mara ke perlawanan akhir esok. Majulah sukan untuk negara.

Ahad, 23 Jun 2013

Football : 2013/2014 Barclays Premier League Opening Fixtures

Musim baru Liga Perdana Inggeris akan bermula pada 17 Ogos 2013 akan datang. 20 pasukan akan bersaingan bagi merebut kejuaraan musim 2013/2014 akan datang. Saingan musim baru ini pastinya menjanjikan satu saingan yang mendebarkan. Berikut adalah jadual perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris bagi musim 2013/2014 akan datang :








Arsenal v Aston Villa 







Chelsea v Hull 






Crystal Palace v Tottenham 






Liverpool v Stoke 







Man City v Newcastle 






Norwich v Everton 






Sunderland v Fulham 






Swansea v Man Utd 







West Brom v Southampton 






West Ham v Cardiff 

Football : 2013/2014 Barclays Premier League Clubs

Musim baru Liga Bola Sepak England atau English Premier League bagi musim 2013/2014 pastinya menjanjikan saingan sengit daripada kelab-kelab yang bertanding. Musim 2012/2013 lalu menyaksikan bagaimana pasukan Manchester United di bawah pengurus lagenda mereka yang mengumumkan persaraan Sir Alex Furgeson menjulang kejuaraan buat kali ke 20 dalam sejarah kelab mereka. Saingan lalu juga menyaksikan bagaimana 3 pasukan tersingkir ke Liga Kejuaraan ialah juara Piala FA musim 2013 Wigan, Reading dan QPR. 3 pasukan dari Liga Kejuaraan yang akan bersaing dalam Liga Perdana Inggeris musim 2013/2014 ialah Cardiff City, Hull City dan Crystal Palace. Saingan musim hadapan pastinya menyaksikan pengurus baru bagi kelab-kelab seperti Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Everton. Selain itu juga, saingan musim 2013/2014 pastinya akan menyaksikan pemain-pemain baru beraksi dalam saingan untuk pasukan masing-masing. Berikut adalah 20 pasukan untuk saingan Liga Perdana Inggeris musim 2013/2014 akan datang :

BPL

Ahad, 16 Jun 2013

Football : 2013 FIFA Confederations Cup Schedule

Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2013 akan bermula pada 15 Jun 2013 sehingga 30 Jun 2013 dengan tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini. 8 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan ini iaitu Brazil selaku tuan rumah, Sepanyol (Juara Piala Dunia 2010 & Piala Eropah 2012), Itali (Naib Juara Piala Eropah 2012), Jepun (Juara Piala Asia 2011), Uruguay (Juara Copa Amerika 2011), Mexico (Juara Concacaf Gold Cup 2011), Nigeria (Juara Piala Negara-Negara Afrika 2012) dan Tahiti (Juara Piala OFC 2012. Pasukan-pasukan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan saingan hebat dijangka berlaku dalam Kumpulan A melibatkan pasukan tuan rumah Brazil, Jepun, Mexico dan Itali manakala Kumpulan B melibatkan juara dunia Sepanyol, Uruguay, Nigeria dan Tahiti. Berikut adalah jadual perlawanan Piala Konfederasi FIFA 2013 :

15 Jun 2013
Brazil vs Japan

16 Jun 2013
Italy vs Mexico
Spain vs Uruguay

17 Jun 2013
Nigeria vs Tahiti

19 Jun 2013
Brazil vs Mexico
Italy vs Japan

20 Jun 2013
Spain vs Tahiti
Nigeria vs Uruguay

22 Jun 2013
Brazil vs Italy
Japan vs Mexico

23 Jun 2013
Spain vs Nigeria
Tahiti vs Uruguay

26 Jun 2013
Winner Group A vs Runner-Up Group B 

27 Jun 2013
Winner Group B vs Runner-Up Group A

30 Jun 2013 
Loser SF 1 vs Loser SF 2
Winner SF 1 vs Winner SF 2

Sabtu, 15 Jun 2013

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 2013

Piala FA Malaysia 2013 akan sampai ke kemuncaknya pada 29 Jun 2013 di mana ianya bakal menemukan 2 pasukan gergasi bola sepak Malaysia iaitu juara bertahan Piala FA, Kelantan dan pasukan Harimau Selatan, Darul Takzim FC. Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini dijangka akan berlangsung sengit dengan kehadiran puluhan ribu penyokong fanatik kedua-dua pasukan. Jika dilihat pada prestasi semasa, kedua-dua pasukan berada pada prestasi terbaik masing-masing. Semoga peminat bola sepak tempatan disajikan dengan aksi perlawanan terbaik kedua-dua pasukan seterusnya dapat meningkatkan prestasi bola sepak negara yang semakin hari semakin mendapat tumpuan ramai.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa