Nuffnang Ads

Ahad, 28 Julai 2013

Bola Sepak : Undian Piala Malaysia 2013

Piala Malaysia 2013 akan bermula pada 20 Ogos ini dengan 16 pasukan yang layak dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana 2 pasukan teratas akan mara ke peringkat suku akhir. Undian Piala Malaysia 2013 menyaksikan pasukan juara bertahan musim lalu, Kelantan diundi dalam "Kumpulan Maut" iaitu Kumpulan C bersama-sama dengan Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan. Berikut adalah kedudukan kumpulan berdasarkan undian yang telah diadakan pada 27 Julai 2013 :



KUMPULAN A

KUMPULAN B

KUMPULAN C

KUMPULAN D

Khamis, 25 Julai 2013

Football : New Manager of the Clubs Season 2013/2014

Musim 2013/2014 akan datang menyaksikan banyak kelab-kelab gergasi Eropah melantik pengurus baru menggantikan pengurus lama yang sama ada telah bersara, berpindah kelab ataupun digantikan akibat prestasi hambar kelab pada musim lalu. Antara pengurus-pengurus yang dimaksudkan ialah Sir Alex Furgeson (Manchester United) yang telah mengumumkan persaraannya pada penghujung musim lalu, jurulatih berpengaruh kelab Jerman FC Bayern Munich Jupp Heynckes, jurulatih FC Barcelona Tito Villanova (berundur kerana masalah kesihatan) serta Roberto Mancini (Manchester City) yang dipecat pada penghujung musim lalu.

Musim 2013/2014 akan menyaksikan 2 kelab gergasi Sepanyol iaitu FC Barcelona dan Real Madrid masing-masing melantik jurulatih baru bagi menerajui kelab masing-masing. Kelab-kelab lain yang turut melantik pengurus baru ialah Manchester United, Manchester City dan Chelsea (England), kelab juara treble dari Jerman musim lalu FC Bayern Munich, juara Liga Perancis musim lalu PSG dan Naib Juara Liga Itali Napoli serta kelab Inter Milan. Berikut adalah pengurus baru kelab-kelab gergasi eropah untuk musim 2013/2014 akan datang :

Rabu, 24 Julai 2013

Football : 2013/2014 Portuguese Primeira Liga Clubs

Liga Bola Sepak Portugal atau Portugal Primeira Liga musim baru 2013/2014 akan bermula pada 18 Ogos 2013 ini melibatkan 16 pasukan yang akan bersaing merebut kejuaraan Liga musim 2013/2014. Pasukan juara musim lalu, FC Porto pastinya sekali lagi menjadi pilihan untuk mengekalkan kejuaraan dengan saingan terdekat mereka adalah daripada pasukan Benfica. Pasukan-pasukan lain juga pastinya akan memberikan saingan sengit dalam mencabar kejuaraan Primeira Liga musim ini. Berikut adalah 16 pasukan yang akan bersaing untuk musim kejuaraan 2013/2014 akan datang : 

Portuguese Primeira Liga

Selasa, 23 Julai 2013

Cycling : Le Tour de France 2013 Winners

Kejohanan Berbasikal Jelajah yang tersohor di dunia Le Tour de France 2013 merupakan edisi kali ke 100. Jelajah tahun ini bermula pada 29 Jun dan berakhir pada 21 Julai 2013 di mana melibatkan 21 peringkat saingan. 4 jersi menjadi taruhan iaitu Jersi Kuning untuk juara keseluruhan, Jersi Hijau untuk raja pecut, Jersi Polka Dot untuk raja bukit dan Jersi Putih untuk pelumba muda. Untuk tahun ini, juara Le Tour de France 2012, Bradley Wiggins terpaksa menarik diri kerana kecederaan yang dialaminya. Kesempatan ini diambil oleh Naib Juara edisi lalu, Chris Froome dari Britain yang mewakili pasukan Sky ProCycling muncul juara keseluruhan untuk edisi ke 100 kali ini. Raja pecut musim lalu, Peter Sagan dari Slovakia yang mewakili pasukan Cannodale sekali lagi berjaya mengekalkan jersi hijau edisi kali ini. Manakala pelumba dari Colombia Nairo Quintana yang mewakili pasukan Movistar mengungguli 2 jersi iaitu selaku raja pecut dan pelumba muda terbaik keseluruhan. Berikut adalah pemenang edisi ke 100 Le Tour de France 2013 : 

Le Tour de France

Badminton : Cabaran Malaysia ke Kejohanan Dunia 2013


Badminton Kejohanan Dunia 2013 akan berlangsung di Guangzhou, China pada 5 - 11 Ogos 2013 akan datang. Cabaran Malaysia akan diketuai oleh pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei. Turut serta adalah 2 pemain perseorangan lelaki, 4 pasangan bergu lelaki, seorang pemain perseorangan wanita, 4 pasangan bergu wanita serta 3 pasangan bergu campuran. Untuk kejohanan kali ini, Datuk Lee Chong Wei pastinya akan dijadikan sandaran utama untuk merangkul kejuaraan ditambah prestasi semasa yang semakin meningkat. Namun begitu, cabaran pastinya akan ditempuhi penuh ranjau daripada pemain perseorangan China yang pastinya akan menyekat hasrat Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul kejuaraan 2013. Berikut adalah senarai pemain negara yang akan beraksi pada Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China :

Football : 2013/2014 Scottish Premier League Clubs

Liga Perdana Scotland musim 2013/2014 akan bermula pada 17 Ogos 2013 di mana 12 pasukan akan beraksi merebut kejuaraan terulung Liga Scotland. Juara musim lalu, Celtic sekali lagi pastinya menjadi pilihan ramai untuk mencatat kejayaan muncul juara musim ini. Namun begitu saingan 11 pasukan lain tidak boleh dipandang mudah kerana setiap musim pastinya menjanjikan saingan sengit untuk mencabar kejuaraan. Berikut adalah 12 kelab yang akan bersaing merebut kejuaraan musim baru Liga Scotland 2013/2014 akan datang :  

SPL

Isnin, 22 Julai 2013

Football : 2013/2014 Russian Premier League Clubs

Sepak mula Liga Russia musim 2013/2014 telahpun berlangsung dengan 16 kelab bersaing merebut mahkota kejuaraan bagi musim ini. Juara bertahan musim lalu, CSKA Moscow pastinya akan diberi tentangan sengit oleh kelab-kelab seperti Anzhi, Zenit St. Petersburg, Spartak Moscow dan Rubin Kazan manakala kelab-kelab lain juga pastinya memberi saingan sengit untuk merampas kejuaraan Liga Musim 2013/2014. Berikut adalah 16 kelab yang akan bersaing dalam Liga Premier Russia bagi musim 2013/2014 :


Russian Premier League

Ahad, 21 Julai 2013

Profil : "Kapten Marvel" Mohd Badhri Mohd Radzi

Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih dikenali dengan nama panggilan "Piya" merupakan kapten pasukan bola sepak "The Red Warriors" Kelantan. Beliau merupakan antara pemain berpengaruh tinggi dalam pasukan. Piya juga merupakan antara pemain terbaik Liga Malaysia kerana hantaran serta sentuhannya yang amat mengkagumkan di tengah padang. Sebagai seorang "Janeral" di tengah padang, beliau amat dikagumi oleh pasukannya mahupun pasukan lawan kerana kepimpinannya yang menjadi kekuatan pasukan Kelantan. Dalam aksi akhir Piala Malaysia 2012 yang lalu hantaran serta umpanan beliau membolehkan pasukannya menjaringkan gol-gol penting selain sumbangannya dalam perlawanan akhir Piala FA 2013 yang lalu. Kemuncak kejayaan beliau adalah apabila membantu pasukan Kelantan menjulang treble pada musim lalu. Namun begitu, dalam peringkat kebangsaan beliau sering diketepikan oleh jurulatih negara, Datuk K.Rajagopal yang lebih menggemari pemain lain untuk skuad negara. Berikut adalah serba ringkas profil beliau untuk tatapan kita semua :

Nama Penuh : Mohd Badhri Mohd Radzi

Tarikh Lahir : 2 Jun 1982 (31 Tahun)

Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan

Tinggi : 1.73 m

Pasukan : Kelantan

No. Jersi : 16

Jumaat, 19 Julai 2013

Football : 2013/2014 Italian Serie A Clubs

Liga Kejuaraan Bola Sepak Itali atau dikenali dengan Serie A Itali akan bermula tidak lama lagi melibatkan 20 pasukan. Juara bertahan, Juventus pastinya sekali lagi menjadi pilihan untuk mengekalkan kejuaraan mereka musim lalu. Namun begitu saingan sengit pastinya berlaku terutamanya pasukan-pasukan gergasi Liga Itali seperti AC Milan, Inter Milan, Napoli, Roma dan Lazio serta pasukan-pasukan lain yang pastinya akan bersaing untuk mencapai kejuaraan serta mengelakkan terjerumus ke saingan Serie B pada musim akan datang. Untuk musim akan datang, kelibat pemain seperti Carlos Tevez (Juventus), Fernando Llorente (Juventus) serta Mario Gomez (Fiorentina) akan mewarnai saingan Serie A dengan penjaring terbanyak musim lalu Edinson Cavani telah berhijrah ke Liga Perancis. Berikut adalah 20 pasukan yang akan bersaing untuk merebut kejuaraan musim 2013/2014 :

Serie A

Football : 2013/2014 Dutch Eredivisie Clubs

Musim baru Liga Kejuaraan Bola Sepak Belanda akan bermula pada awal bulan Ogos ini dengan 18 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan liga utama Belanda musim ini. Pasukan juara bertahan musim 2012/2013, Ajax Amsterdam pastinya sekali lagi menjadi pasukan tumpuan merebut kejuaraan musim ini. Namun begitu, saingan merebut kejuaraan pastinya akan diberikan oleh kelab-kelab lain seperti PSV, FC Twente, Feyernoord dan pasukan-pasukan lain. Berikut adalah 18 pasukan yang akan bersaing dalam Liga Kejuaraan Belanda musim 2013/2014 ini :

Dutch Eredivisie

Khamis, 18 Julai 2013

Football : 2013/2014 Ligue 1 France Clubs

Musim baru Liga Perancis akan bermula pada bulan Ogos ini. 20 Pasukan akan bersaing merebut kejuaraan terunggul bola sepak Perancis dengan pasukan juara bertahan, PSG pastinya akan disaing hebat oleh 19 pasukan lain. Kejuaraan Liga Perancis pada musim ini sangat menarik perhatian berikutan penyertaan ramai pemain-pemain bertaraf bindang menyertai pasukan masing-masing. Antaranya ialah penyerang sensasi Edinson Cavani (PSG) dan Radamel Falcao (AS Monaco). Berikut adalah 20 pasukan yang akan bersaing merebut kejuaraan Liga Perancis musim 2013/2014 :

Ligue 1 France

Football : 2013/2014 Germany Bundesliga Clubs

Liga-Liga utama Bola Sepak Eropah akan memulakan sepak mula Liga masing-masing pada bulan Ogos ini. Kebanyakan pasukan kini dalam fasa memperkukuhkan pasukan dengan mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan selain mencari pemain-pemain baru di jendela perpindahan pemain. Antara saingan liga yang pastinya akan menjadi tumpuan peminat ialah Bundesliga Jerman. Pasukan juara bertahan FC Bayern Munich yang segar dengan kejayaan treble musim lalu pastinya menjadi pilihan apatah lagi dengan perlantikan pengurus baru iaitu bekas pengurus FC Barcelona, Josep Guardiola yang menggantikan pengurus berpengaruh mereka Jupp Heynckes yang membawa kejayaan bermakna pasukan mereka musim lalu. Saingan terdekat mereka pastinya pasukan Naib Juara musim lalu Borussia Dortmund dan Bayer Leverkusen. Berikut adalah 18 pasukan yang akan bersaing merebut kejuaraan Bundesliga Jerman musim 2013/2014 akan datang :   

Germany Bundesliga

Rabu, 17 Julai 2013

Football : 2013/2014 Spanish Primera Liga Clubs

Musim baru Liga Bola Sepak Eropah akan bermula pada bulan Ogos ini dengan setiap pasukan sedang giat mempersiapkan pasukan masing-masing dengan mengadakan perlawanan pemanas badan serta mencari pemain-pemain baru untuk memperkuatkan pasukan masing-masing. Antara liga bolasepak yang mendapat tumpuan adalah La Liga Sepanyol. Untuk musim depan antara 3 pasukan baru dari Liga Segunda bakal bersaing dengan 17 kelab lain iaitu UD Almeria, Elche dan Villareal CF. Musim yang panjang pastinya menjadi saingan sengit dengan pasukan-pasukan terkuat seperti juara La Liga musim lalu FC Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid dan Valencia pastinya akan dicabar sehingga ke penghujung saingan. Berikut adalah 20 kelab Liga Primera Sepanyol yang akan bersaing merebut kejuaraan musim 2013/2014 akan datang : 

La Liga

Khamis, 11 Julai 2013

Bola Sepak : Preview Piala Malaysia 2013

Kejohanan berprestij bola sepak negara Piala Malaysia 2013 akan bermula pada 20 Ogos 2013 ini melibatkan 16 pasukan. 10 pasukan Liga Super serta 4 pasukan Liga Premier telah mengesahkan penyertaan dalam Piala Malaysia 2013. Manakala 2 lagi pasukan bersaing dalam saingan kalah mati (2 pasukan tercorot Liga Super dan 2 pasukan di tangga 5 dan 6 Liga Premier) di mana dalam dalam saingan tersebut pasukan Negeri Sembilan dan Felda United berjaya mengesahkan kemaraan ke kelompok pasukan 16 terbaik. Undian kumpulan Piala Malaysia 2013 dijadualkan berlangsung pada 27 Julai 2013 di mana 16 pasukan ini akan diundi dalam 4 kumpulan. Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia 2013. 


Juara bertahan Piala Malaysia 2012, Kelantan pastinya akan berusaha mengekalkan kejuaraan manakala pasukan-pasukan lain seperti Juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII, Selangor (Naib Juara Liga Super 2013), Darul Takzim FC (Naib Juara Piala FA 2013), ATM FA (Juara Piala Sumbangsih 2013) serta pasukan-pasukan lain pastinya akan memberikan tentangan sengit untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2013. Semoga tahun ini kita dapat menyaksikan aksi terbaik setiap pasukan yang bersaing.  

Piala Malaysia

PASUKAN MANAKAH BAKAL MENJUARAI 
PIALA MALAYSIA 2013?

Football : 2012/2013 UEFA Best Player Nominees

Anugerah Pemain Terbaik UEFA 2012/2013 bagi pemain yang beraksi di Eropah merupakan anugerah yang diadakan buat kali ketiga di mana pada musim 2010/2011 dimenangi oleh Lionel Messi dari Argentina yang mewakili FC Barcelona manakala anugerah musim 2011/2012 pula dimenangi oleh Andres Iniesta dari Sepanyol yang juga mewakili kelab FC Barcelona. Untuk tahun ini, UEFA telah menyenaraikan 26 orang pemain sebelum disenaraipendekkan menjadi 10 orang pemain. Daripada 10 orang pemain ini, 3 pemain akan disenarai pendekkan pada 6 Ogos 2013 seterusnya diundi untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik Eropah musim 2012/2013. Anugerah ini dijadualkan berlangsung pada 5 September 2013 di House of European Football di Nyon, Switzerland. Berikut ialah senarai 10 pemain yang dipilih untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik Eropah musim 2012/2013 :

Rabu, 10 Julai 2013

Football : 2013/2014 Barclays Premier League Managers

Musim baru Liga Perdana Inggeris akan bermula pada 17 Ogos 2013 ini menyaksikan setiap pasukan sedang giat mempersiapkan pasukan masing-masing dengan membeli pemain-pemain baru bagi memperkuatkan pasukan untuk saingan akan datang. Pada musim ini, saingan Liga Perdana Imggeris pastinya sengit dengan 5 daripada 20 kelab akan menggunakan khidmat pengurus baru. Paling mencuri tumpuan ialah pelantikan bekas pengurus Everton musim lalu, David Moyes menggantikan pengurus lagenda Sir Alex Ferguson yang mengumumkan persaraannya musim lalu. Selain itu kehadiran semula "The Special One" Jose Mourinho membimbing Chelsea serta bekas pengurus Malaga musim lalu Manuel Pellegrini menggantikan Roberto Mancini yang akan membimbing pasukan Manchester City. Dua lagi pengurus baru ialah Roberto Martinez (Everton) dan Mark Hughes (Stoke City). Berikut ialah 20 pengurus pasukan Liga Perdana Inggeris musim 2013/2014 akan datang :

BPL

Selasa, 9 Julai 2013

Bola Sepak : Penjaring Terbanyak Liga Malaysia 2013

Liga Super 2013 dan Liga Premier 2013 telahpun menutup saingan dengan pasukan Singapore Lions XII dan pasukan Sarawak berjaya dalam perubatan takhta Liga musim 2013. Untuk musim 2013, sekali lagi menampakkan keunggulan penyerang-penyerang import pasukan masing-masing berbanding dengan penyerang tempatan. Walaubagaimanapun, sumbangan pemain penyerang tempatan tidak dinafikan apabila banyak membantu pemain import pasukan masing-masing dalam mendapatkan jaringan. Berikut adalah senarai 3 penjaring terbanyak Liga Super 2013 dan 3 penjaring terbanyak Liga Premier 2013 :

PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2013


PENJARING TERBANYAK LIGA PREMIER 2013

Isnin, 8 Julai 2013

Tennis : Wimbledon 2013 Winners

Kejohanan Tenis Grand Slam Wimbledon 2013 telahpun melabuhkan tirainya pada 7 Julai 2013. Kejohanan tahun ini menyaksikan banyak kejutan berlaku di mana juara bertahan bagi tahun 2012 bagi kategori lelaki iaitu Roger Federer dan kategori wanita iaitu Maria Sharapova terkandas kepada pemain di ranking rendah. Berikut adalah pemenang siri ketiga Grand Slam 2013 :
Winners

Bola Sepak : Pasukan-Pasukan Liga Malaysia 2014

Liga Super 2013 dan Liga Premier 2013 telah pun melabuhkan tirai saingan pada 5 dan 6 Julai yang lalu. Dalam saingan Liga Super 2013, pasukan jemputan iaitu Singapore Lions XII di bawah bimbingan Ketua Jurulatih V.Sundramoorthy unggul dengan merampas kejuaraan daripada pasukan juara treble musim lalu Kelantan dengan kelebihan 3 mata mengatasi saingan pasukan naib juara Selangor dan pasukan yang berbelanja besar Johor Darul Takzim FC. Pasukan Felda United dan Negeri Sembilan pula akan bersaing dalam Liga Premier 2014 setelah menamatkan saingan masing-masing di tempat ke 11 dan 12.

Saingan Liga Premier 2013 pula menyaksikan pasukan Sarawak muncul juara dengan mengumpul 58 mata mengatasi pasukan Sime Darby FC. Lebih membanggakan lagi adalah kejayaan pasukan Sarawak di bawah bimbingan Robert Alberts mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dan gelanggang lawan dalam saingan Liga Premier 2013. Ini merupakan satu rekod di mana mengharungi cabaran Liga Premier tanpa kekalahan. Dengan kejayaan ini, pasukan Sarawak akan diiringi oleh pasukan Sime Darby FC bersaing dalam Liga Super 2014 akan datang.
Bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang, 12 pasukan akan bersaing dalm Liga Super manakala 12 pasukan lagi akan bersaing dalam Liga Premier. Musim depan juga menyaksikan nama pasukan Pos Malaysia FC ditukar kepada DRB Hicom FC manakala 2 pasukan yang dinaikkan ke Liga Premier 2014 ialah Pulau Pinang dan PBAPP FC yang menamatkan saingan Liga FAM 2013 masing-masing di tangga pertama dan kedua. Berikut adalah 12 pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier 2014 akan datang :

PASUKAN LIGA SUPER 2014



PASUKAN LIGA PREMIER 2014

Khamis, 4 Julai 2013

Bola Sepak : Juara Liga dan Piala Bola Sepak Malaysia 2013

Pertandingan Liga utama Malaysia serta kejohanan piala-piala utama bola sepak tempatan telahpun menuju ke saingan terakhir dengan 3 kejuaraan liga Malaysia iaitu Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM serta 2 kejuaraan piala bola sepak Malaysia iaitu Piala FA 2013 serta Piala Sumbangsih 2013 telahpun menobatkan juara di kejohanan masing-masing. Manakala saingan Liga Piala Presiden juga menjanjikan saingan sengit antara Perak dan Johor dengan saingan hanya berbaki 2 ke 3 perlawanan. Saingan Piala Malaysia 2013 pula hanya akan bermula pada bulan Ogos 2013 dan pastinya saingan piala kebanggaan negara ini menjanjikan saingan sengit sehingga ke kemuncaknya. Berikut adalah juara liga dan piala bola sepak Malaysia  bagi tahun 2013 :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa