Nuffnang Ads

Khamis, 11 Julai 2013

Bola Sepak : Preview Piala Malaysia 2013

Kejohanan berprestij bola sepak negara Piala Malaysia 2013 akan bermula pada 20 Ogos 2013 ini melibatkan 16 pasukan. 10 pasukan Liga Super serta 4 pasukan Liga Premier telah mengesahkan penyertaan dalam Piala Malaysia 2013. Manakala 2 lagi pasukan bersaing dalam saingan kalah mati (2 pasukan tercorot Liga Super dan 2 pasukan di tangga 5 dan 6 Liga Premier) di mana dalam dalam saingan tersebut pasukan Negeri Sembilan dan Felda United berjaya mengesahkan kemaraan ke kelompok pasukan 16 terbaik. Undian kumpulan Piala Malaysia 2013 dijadualkan berlangsung pada 27 Julai 2013 di mana 16 pasukan ini akan diundi dalam 4 kumpulan. Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia 2013. 


Juara bertahan Piala Malaysia 2012, Kelantan pastinya akan berusaha mengekalkan kejuaraan manakala pasukan-pasukan lain seperti Juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII, Selangor (Naib Juara Liga Super 2013), Darul Takzim FC (Naib Juara Piala FA 2013), ATM FA (Juara Piala Sumbangsih 2013) serta pasukan-pasukan lain pastinya akan memberikan tentangan sengit untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2013. Semoga tahun ini kita dapat menyaksikan aksi terbaik setiap pasukan yang bersaing.  

Piala Malaysia

PASUKAN MANAKAH BAKAL MENJUARAI 
PIALA MALAYSIA 2013?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa