Nuffnang Ads

Selasa, 23 Julai 2013

Cycling : Le Tour de France 2013 Winners

Kejohanan Berbasikal Jelajah yang tersohor di dunia Le Tour de France 2013 merupakan edisi kali ke 100. Jelajah tahun ini bermula pada 29 Jun dan berakhir pada 21 Julai 2013 di mana melibatkan 21 peringkat saingan. 4 jersi menjadi taruhan iaitu Jersi Kuning untuk juara keseluruhan, Jersi Hijau untuk raja pecut, Jersi Polka Dot untuk raja bukit dan Jersi Putih untuk pelumba muda. Untuk tahun ini, juara Le Tour de France 2012, Bradley Wiggins terpaksa menarik diri kerana kecederaan yang dialaminya. Kesempatan ini diambil oleh Naib Juara edisi lalu, Chris Froome dari Britain yang mewakili pasukan Sky ProCycling muncul juara keseluruhan untuk edisi ke 100 kali ini. Raja pecut musim lalu, Peter Sagan dari Slovakia yang mewakili pasukan Cannodale sekali lagi berjaya mengekalkan jersi hijau edisi kali ini. Manakala pelumba dari Colombia Nairo Quintana yang mewakili pasukan Movistar mengungguli 2 jersi iaitu selaku raja pecut dan pelumba muda terbaik keseluruhan. Berikut adalah pemenang edisi ke 100 Le Tour de France 2013 : 

Le Tour de France

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa