Nuffnang Ads

Khamis, 25 Julai 2013

Football : New Manager of the Clubs Season 2013/2014

Musim 2013/2014 akan datang menyaksikan banyak kelab-kelab gergasi Eropah melantik pengurus baru menggantikan pengurus lama yang sama ada telah bersara, berpindah kelab ataupun digantikan akibat prestasi hambar kelab pada musim lalu. Antara pengurus-pengurus yang dimaksudkan ialah Sir Alex Furgeson (Manchester United) yang telah mengumumkan persaraannya pada penghujung musim lalu, jurulatih berpengaruh kelab Jerman FC Bayern Munich Jupp Heynckes, jurulatih FC Barcelona Tito Villanova (berundur kerana masalah kesihatan) serta Roberto Mancini (Manchester City) yang dipecat pada penghujung musim lalu.

Musim 2013/2014 akan menyaksikan 2 kelab gergasi Sepanyol iaitu FC Barcelona dan Real Madrid masing-masing melantik jurulatih baru bagi menerajui kelab masing-masing. Kelab-kelab lain yang turut melantik pengurus baru ialah Manchester United, Manchester City dan Chelsea (England), kelab juara treble dari Jerman musim lalu FC Bayern Munich, juara Liga Perancis musim lalu PSG dan Naib Juara Liga Itali Napoli serta kelab Inter Milan. Berikut adalah pengurus baru kelab-kelab gergasi eropah untuk musim 2013/2014 akan datang :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa