Nuffnang Ads

Sabtu, 31 Ogos 2013

Football : UEFA Europa League 2013/2014 Group

Berikut adalah kedudukan kumpulan bagi Liga Europa musim 2013/2014 akan datang :









Group A: Valencia CF (ESP), Swansea City AFC (ENG), FC Kuban Krasnodar (RUS), FC St Gallen (SUI)

Group B: PSV Eindhoven (NED), GNK Dinamo Zagreb (CRO), FC Chornomorets Odesa (UKR), PFC Ludogorets Razgrad (BUL)

Group C: R. Standard de Liège (BEL), FC Salzburg (AUT), IF Elfsborg (SWE), Esbjerg fB (DEN)

Group D: FC Rubin Kazan (RUS), Wigan Athletic FC (ENG), NK Maribor (SVN), SV Zulte Waregem (BEL)

Group E: ACF Fiorentina (ITA), FC Dnipro Dnipropetrovsk (UKR), FC Paços de Ferreira (POR), CS Pandurii Târgu Jiu (ROU)

Group F: FC Girondins de Bordeaux (FRA), APOEL FC (CYP), Eintracht Frankfurt (GER), Maccabi Tel-Aviv FC (ISR)

Group G: FC Dynamo Kyiv (UKR), KRC Genk (BEL), SK Rapid Wien (AUT), FC Thun (SUI)

Group H: Sevilla FC (ESP), SC Freiburg (GER), Estoril Praia (POR), FC Slovan Liberec (CZE)

Group I: Olympique Lyonnais (FRA), Real Betis Balompié (ESP), Vitória SC (POR), HNK Rijeka (CRO)

Group J: SS Lazio (ITA), Trabzonspor AŞ (TUR), Legia Warszawa (POL), Apollon Limassol FC (CYP)

Group K: Tottenham Hotspur FC (ENG), FC Anji Makhachkala (RUS), FC Sheriff (MDA), Tromsø IL (NOR)

Group L: AZ Alkmaar (NED), PAOK FC (GRE), Maccabi Haifa FC (ISR), FC Shakhter Karagandy (KAZ)

Jumaat, 30 Ogos 2013

Football : UEFA Champions League 2013/2014 Group

Kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah musim 2013/2014 akan memulakan saingan peringkat Kumpulan pada minggu ketiga September 2013. Saingan kumpulan tahun ini menyaksikan 32 pasukan yang layak dibahagikan kepada 8 kumpulan di mana setiap kumpulan terdapat 4 pasukan. Untuk saingan tahun ini, jika dilihat daripada undian yang dijalankan, Kumpulan F dan Kumpulan H dilihat sebagai kumpulan yang menarik. Kumpulan-kumpulan lain juga dijangka sengit dengan hanya 2 pasukan daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan 16 terbaik. Berikut adalah keputusan undian Liga Juara-Juara Eropah musim 2013/2014 yang telah berlangsung di Monaco malam tadi : 


KUMPULAN A
KUMPULAN B 
KUMPULAN C
KUMPULAN D

KUMPULAN E
KUMPULAN F
KUMPULAN G
KUMPULAN H

Khamis, 29 Ogos 2013

Football : UEFA Champions League 2013/2014 Pot

Undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim 2013/2014 akan berlangsung malam ini di Monaco, Perancis di mana 32 pasukan kelab daripada 18 buah negara telah mengesahkan penyertaan untuk edisi kali ini. Pasukan juara bertahan musim lalu, FC Bayern Munich pastinya akan ditentang sengit dalam kejohanan musim ini dengan pencabar-pencabar utama adalah kelab-kelab seperti FC Barcelona, Real Madrid, Manchester United, Chelsea, Juventus serta pasukan-pasukan lain. Undian di bahagikan kepada 8 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan. Untuk undian kali ini, 32 pasukan ini dibahagikan kepada 4 balang/pot utama berdasarkan status pasukan pilihan serta kriteria-kriteria lain dalam penentuan kedudukan pasukan masing-masing. Berikut adalah 4 balang untuk pengundian yang akan dilangsungkan pada malam ini :

BALANG 1


BALANG 2

BALANG 3


BALANG 4

Selasa, 27 Ogos 2013

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2013 (27 Ogos 2013)

Kerancakan saingan Watsons Piala Malaysia 2013 semakin mendebarkan dengan malam tadi berlangsungnya perlawanan ketiga bagi semua pasukan. Beberapa kejutan berlaku dengan pasukan pilihan utama iaitu pasukan Selangor semakin tertekan dengan kekalahan kali kedua berturut-turut kali ini kepada pasukan Sime Darby FC. Selain itu juga, pasukan juara Liga Super 2013, Lions XII juga semakin ketinggalan apabila tewas kepada pasukan Perak. Apa pun saingan ke suku akhir masih terbuka dengan berbaki 3 perlawanan dalam pusingan kedua. Berikut adalah keputusan Piala Malaysia 2013 yang berlangsung pada 27 Ogos 2013 :

KUMPULAN A


KUMPULAN B


KUMPULAN C

KUMPULAN D

Ahad, 25 Ogos 2013

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2013 (24 Ogos 2013)

Kerancakan saingan Watsons Piala Malaysia 2013 semakin terasa dengan semalam 24 Ogos 2013 telah berlangsungnya perlawanan kedua melibatkan 8 perlawanan. Seperti perlawanan pusingan pertama, beberapa kejutan telah berlaku di mana juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII serta juara terbanyak Piala Malaysia dalam sejaran, Selangor mengalami kekalahan mengejut kepada lawan masing-masing. Pasukan juara bertahan 2012, Kelantan serta Darul Takzim FC mencapai kemenangan dengan lawan masing-masing. Berikut adalah keputusan perlawanan Watsons Piala Malaysia 2013 bagi perlawanan 24 Ogos 2013 semalam :

KUMPULAN A :


KUMPULAN B :


KUMPULAN C :


KUMPULAN D :

Selasa, 20 Ogos 2013

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2013 (20 Ogos 2013)

Saingan Watsons Piala Malaysia 2013 telah bermula malam tadi dengan sepak mula perlawanan pertama melibatkan 16 pasukan dari 4 kumpulan di mana 8 perlawanan telah berlangsung malam tadi. Dalam saingan malam tadi, beberapa kejutan telah berlaku kepada pasukan pilihan seperti Lions XII, Darul Takzim FC dan ATM FA. Berikut adalah keputusan perlawanan pertama Piala Malaysia 2013 :






20 OGOS 2013 (SELASA)

KUMPULAN A



KUMPULAN B


KUMPULAN C


KUMPULAN D

Ahad, 18 Ogos 2013

Football : UEFA Super Cup 2013

UEFA Super Cup atau Piala Super Eropah merupakan perlawanan bola sepak yang diadakan setiap tahun melibatkan pertembungan juara 2 piala utama kelab Eropah iaitu Liga Juara-Juara Eropah atau Champions League serta Liga Europa atau Europa League. Untuk tahun ini, kelab Jerman FC Bayern Munich selaku juara Liga-Liga Eropah akan bertemu dengan kelab England Chelsea yang muncul juara Liga Europa musim lalu. Pertembungan kedua-dua pasukan ini akan dilangsungkan pada 30 Ogos 2013 di Stadium Prague, Republik Czech.

Pertembungan ini dijangka sengit apatah lagi kedua-dua pasukan kini di bawah bimbingan pengurus batu iaitu Josep Guardiola dan Jose Mourinho yang mengendalikan Chelsea untuk kali kedua. Pertembungan ini juga mengulangi pertembungan Liga Juara-Juara Eropah 2012 di mana ketika itu, Chelsea berjaya merangkul kejuaraan menewaskan pasukan FC Bayern Munich dalam pertembungan yang cukup dramatik. Kedua-dua pasukan ini masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri dan terpulanglah kepada pasukan untuk mempamerkan aksi yang menghiburkan untuk tatapan peminat bola sepak dunia.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Bola Sepak : Pemain Tumpuan Piala Malaysia 2013

Sepak mula Piala Malaysia 2013 akan berlangsung pada 20 Ogos 2013 di mana 16 pasukan akan bersaing merebut piala kejuaraan ulung bola sepak Malaysia. Dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana 2 pasukan terbaik akan layak ke peringkat suku akhir. Dalam keempat-empat kumpulan tersebut, Kumpulan C dilihat sebagai "Kumpulan Maut" di mana pasukan juara bertahan Kelantan diundi bersama-sama dengan gergasi pantai timur yang lain iaitu Pahang dan Terengganu selain juara edisi 2011, Negeri Sembilan. 

Untuk edisi kali ini, pada pengamatan bual sukan 16 pemain ini dijangka bakal menjadi teraju utama ataupun key player kepada pasukan masing-masing dalam usaha menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2013. Ini adalah berdasarkan prestasi serta kelebihan masing-masing dalam membantu pasukan menjulang kejuaraan edisi kali ini. 16 pemain yang dimaksudkan ialah :  

KUMPULAN A


KUMPULAN B


KUMPULAN C


KUMPULAN D

Khamis, 15 Ogos 2013

Bola Sepak : Pestabola Merdeka 2013

Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 merupakan kejohanan buat kali ke 41 di mana pada kejohanan pada tahun ini melibatkan 4 pasukan bawah 23 tahun dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Myanmar. Kejohanan ini akan berlangsung pada 7 hingga 14 September 2013 dengan Kuantan dan Temerloh di negeri Pahang akan menjadi tempat berlangsungnya kejohanan ini. 

Kejohanan ini pastinya menjadi medan kepada pasukan Harimau Muda A di bawah bimbingan Ong Kim Swee menguji kemampuan pasukan negara dalam usaha mempertahankan pingat emas Sukan SEA akan datang. Kejohanan kali ini diadakan dalam format liga di mana 2 pasukan teratas akan bersaing menentukan kejuaraan manakala 2 pasukan di tangga ketiga dan keempat bersaing merebut tempat ketiga ataupun keempat. 

Berikut adalah jadual perlawanan Pestabola Merdeka 2013 akan datang :




7 September 2013 (Sabtu)
MALAYSIA lwn Singapura
Thailand lwn Myanmar

9 September 2013 (Isnin)
Thailand lwn Singapura
MALAYSIA lwn Myanmar

11 September 2013 (Rabu)
Singapura lwn Myanmar
MALAYSIA lwn Thailand

14 September 2013 (Sabtu)
Penentuan Tempat Ketiga/Keempat
Pasukan Tangga Ketiga lwn Pasukan Tangga Keempat

Penentuan Juara/Naib Juara
Pasukan Tangga Pertama lwn Pasukan Tangga Kedua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa