Nuffnang Ads

Khamis, 15 Ogos 2013

Bola Sepak : Pestabola Merdeka 2013

Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 merupakan kejohanan buat kali ke 41 di mana pada kejohanan pada tahun ini melibatkan 4 pasukan bawah 23 tahun dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Myanmar. Kejohanan ini akan berlangsung pada 7 hingga 14 September 2013 dengan Kuantan dan Temerloh di negeri Pahang akan menjadi tempat berlangsungnya kejohanan ini. 

Kejohanan ini pastinya menjadi medan kepada pasukan Harimau Muda A di bawah bimbingan Ong Kim Swee menguji kemampuan pasukan negara dalam usaha mempertahankan pingat emas Sukan SEA akan datang. Kejohanan kali ini diadakan dalam format liga di mana 2 pasukan teratas akan bersaing menentukan kejuaraan manakala 2 pasukan di tangga ketiga dan keempat bersaing merebut tempat ketiga ataupun keempat. 

Berikut adalah jadual perlawanan Pestabola Merdeka 2013 akan datang :




7 September 2013 (Sabtu)
MALAYSIA lwn Singapura
Thailand lwn Myanmar

9 September 2013 (Isnin)
Thailand lwn Singapura
MALAYSIA lwn Myanmar

11 September 2013 (Rabu)
Singapura lwn Myanmar
MALAYSIA lwn Thailand

14 September 2013 (Sabtu)
Penentuan Tempat Ketiga/Keempat
Pasukan Tangga Ketiga lwn Pasukan Tangga Keempat

Penentuan Juara/Naib Juara
Pasukan Tangga Pertama lwn Pasukan Tangga Kedua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa