Nuffnang Ads

Khamis, 15 Ogos 2013

Hoki : Jadual Perlawanan Hoki Piala Asia 2013

Kejohanan Hoki Piala Asia 2013 dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos 2013 sehingga 1 September 2013 melibatkan 8 buah negara. Kejohanan kali ini merupakan kejohanan buat kali ke 9 di mana juara kejohanan ini akan menempah tiket ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda. Kejohanan ini akan dilangsungkan di Stadium Hoki Sultan Azlan shah di Ipoh, Perak. Pasukan negara yang kini dalam rangka persiapan menghadapi kejohanan ini diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama dengan Pakistan, Jepun dan Taiwan manakala Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan Korea Selatan, India, Bangladesh dan Oman. Pasukan negara pastinya akan berusaha memenangi kejohanan ini setelah kehilangan pemain berpengalaman, Chua Boon Huat yang maut akibat kemalangan pada 1 Ogos 2013 yang lalu.

Berikut adalah jadual perlawanan Hoki Piala Asia 2013 yang akan bermula pada 24 Ogos hingga 1 September 2013 :


KUMPULAN A

24 Ogos 2013 (Sabtu)
Pakistan lwn Jepun
MALAYSIA lwn Taiwan

25 Ogos 2013 (Ahad)
Jepun lwn Taiwan
MALAYSIA lwn Pakistan

27 Ogos 2013 (Selasa)
Pakistan lwn Taiwan
MALAYSIA lwn Jepun







KUMPULAN B

24 Ogos 2013 (Sabtu)
India lwn Oman

25 Ogos 2013 (Ahad)
Korea Selatan lwn Bangladesh

27 Ogos 2013 (Selasa)
Bangladesh lwn Oman
India lwn Korea Selatan

28 Ogos 2013 (Rabu)
Korea Selatan lwn Oman
India lwn Bangladesh





PENENTUAN TEMPAT 5-8

30 Ogos 2013 (Jumaat)
Jepun lwn Bangladesh
Oman lwn Taiwan

SEPARUH AKHIR

30 Ogos 2013 (Jumaat)
Pakistan lwn Korea Selatan
India lwn Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa