Nuffnang Ads

Isnin, 16 September 2013

Bola Sepak : Keputusan Penuh Pestabola Merdeka 2013

Kejohanan bola sepak jemputan Pestabola Merdeka 2013 telahpun melabuhkan tirainya pada 14 September 2013 yang lalu dengan pasukan negara Harimau Muda A di bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee membuktikan bahawa pasukan negara berada di tahap persediaan terbaik untuk mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2013 Myanmar akan datang. 

Dalam perlawanan akhir, pasukan negara berjaya menewaskan pasukan Myanmar dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Rozaimi Abdul Rahman dan Junior Eldstal. Kejayaan ini amat manis kepada pasukan negara apatah lagi pemain yang berkelana di kelab Divisyen 3, FC Ryukyu Wan Zack Haikal Wan Noor dipilih sebagai pemain terbaik dan pemain paling bernilai manakala Md. Rozaimi Ab. Rahman pula dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Berikut adalah keputusan penuh kejohanan Pestabola Merdeka 2013 yang telah berlangsung pada 7 hingga 14 September 2013 yang lalu :

Juara : Malaysia
Naib Juara : Myanmar
Tempat Ketiga : Singapura
Tempat Keempat : Thailand
Pemain Terbaik : Wan Zack Haikal Wan Noor
Pemain Paling Bernilai : Wan Zack Haikal Wan Noor
Penjaring Terbanyak : Md. Rozaimi Ab. Rahman (3 Gol)
Keputusan Perlawanan :

7 September 2013 (Sabtu)
MALAYSIA lwn Singapura (1-0)
Thailand lwn Myanmar (1-1)

9 September 2013 (Isnin)
Thailand lwn Singapura (1-0)
MALAYSIA lwn Myanmar (2-1)

11 September 2013 (Rabu)
Singapura lwn Myanmar (0-2)
MALAYSIA lwn Thailand (3-0)

14 September 2013 (Sabtu)
Penentuan Tempat Ketiga/Keempat
Thailand lwn Singapura (1-2)

Penentuan Juara/Naib Juara
MALAYSIA lwn Myanmar (2-0)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa