Nuffnang Ads

Jumaat, 6 September 2013

Bola Sepak : Senarai Nama Pemain Malaysia ke Pestabola Merdeka 2013

Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 akan berlangsung pada 7 September - 14 September 2013 di Pahang Darul Makmur. Kejohanan tahun ini melibatkan 4 pasukan bawah 23 tahun iaitu Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Thailand dan Myanmar. Kejohanan ini merupakan antara platfom terbaik pasukan Harimau Muda A dalam usaha mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2013 di Myanmar Disember ini. 

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee telah memanggil 25 orang pemain bagi persiapan pasukan ke kejohanan ini dengan beberapa pemain negeri dipanggil bersama-sama menjalani latihan serta pemilihan. Harapan yang diletakkan kepada Harimau Muda A oleh peminat-peminat bola sepak negara amat besar dan pastinya hadiah kejuaraan amat penting buat anak-anak buah Ong Kim Swee. Daripada senarai 25 pemain yang dipanggil ini, hanya 22 pemain telah disenaraipendekkan bagi menghadapi kejohanan ini. Berikut adalah senarai 22 pemain Harimau Muda A yang bakal menggalas cabaran negara pada kejohanan kali ini :

K. Reuben - ATM
Shahrul Mohd Saad - HMA
Mohamad Fadhli Shas - HMA 

Muhd Ariff Farhan Md. Isa - HMA 
D. Saarvindran - HMA
Mohd Irfan Fazail - HMA
Muhammad Ferris Danial Mat Masir - HMA
Thamil Arasu Ambumamee - HMA 

Wan Zack Haikal Wan Nor - FC Ryukyu     
Md. Rozaimi Ab. Rahman - HMA
S.Sivanesan - N. Sembilan
Putera Nadher Amarhan Maderner @ Junior Eldstal - Sarawak
Muhd Zubir Azmi - Terengganu
Nik Mohd Shahrul Azim Ab. Halim - Kelantan
Mohamad Firdaus Muhammad - HMB

Nazirul Naim Che Hashim - FC Ryukyu
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham - HMA
Muhammad Nazmi Mansor - Pkns FC
Mohd Izham Tarmizi Roslan - HMA 
Mohammad Nasir Basharuddin - Perak
Saiful Ridzuwan Selamat - HMA
Syahrul Azwari Ibrahim - HMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa