Nuffnang Ads

Selasa, 17 September 2013

Hoki : Piala Sultan Johor 2013

Pasukan Hoki bawah 21 tahun negara akan mengharungi cabaran Hoki Jemputan Antarabangsa Piala Sultan Johor 2013 yang merupakan edisi kali ke-3 kejohanannya. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 29 September 2013. Kejohanan ini melibatkan penyertaan 6 negara iaitu pasukan negara, Argentina, England, India, Pakistan dan Korea Selatan. Kejohanan ini merupakan antara persiapan pasukan hoki negara di bawah kendalian jurulatih Dharma Raj Abdullah untuk menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia bawah 21 tahun di India yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember 2013. Semoga persembahan pasukan hoki bawah 21 tahun negara di kejohanan edisi kali ini memberikan suntikan semangat pasukan negara dalam menghadapi Piala Dunia Remaja akan datang. 

Hockey Sultan of Johor Cup 2013

22 September 2013 (Ahad)
16:05 Korea lwn Pakistan
18:05 England lwn India
20:05 Malaysia lwn Argentina

23 September 2013 (Isnin)
4:05pm England lwn Pakistan
6:05pm Argentina lwn India
8:05pm Malaysia lwn Korea

25 September 2013 (Rabu)

4:05pm Argentina lwn Korea
6:05pm Malaysia lwn England
8:05pm India lwn Pakistan

26 September 2013 (Khamis)
4:05pm England lwn Argentina
6:05pm Korea lwn India
8:05pm Malaysia lwn Pakistan

28 September 2013 (Sabtu)
4:05pm Argentina lwn Pakistan
6:05pm India lwn Malaysia
8:05pm Korea lwn England

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa