Nuffnang Ads

Khamis, 31 Oktober 2013

Football : Capital One Cup 2013 Quaterfinal Draw

Piala Liga 2013 atau Capital One Cup 2013 telah memasuki pusingan suku akhir dengan lapan pasukan akan bersaing pada 16 Disember 2013 untuk menentukan 4 pasukan yang kana mara ke pusingan separuh akhir. Pasukan-pasukan pilihan seperti Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Tottenham Hotspur berjaya mengelakkan daripada diundi bertemu sesama sendiri. Berikut adalah keputusan undian perlawanan suku akhir Capital One Cup 2013 akan datang :

Leicester City vs Manchester City
Stoke City vs Manchester United
Sunderland vs Chelsea
Tottenham Hotspur vs West Ham 
  

Football : FIFA Coach of The Year 2013 Nominees

Anugerah Jurulatih terbaik tahun 2013 memberi pengiktirafan kepada jurulatih pasukan kelab ataupun pasukan negara yang berjaya membawa pasukan ke tahap yang cemerlang. Anugerah berprestij bolasepak ini akan diadakan di ibu pejabat FIFA di Switzerland dengan 10 jurulatih terbaik telah disenaraipendekkan untuk merebut anugerah jurulatih terbaik tahun 2013. Antara jurulatih yang disebut-sebut bakal memenangi anugerah ini ialah bekas jurulatih FC Bayer Munich, Jupp Heynckes yang berjaya membawa kelabnya FC Bayern Munich menjuarai kejuaraan treble iaitu Bundesliga, Piala Juara-juara Eropah dan Piala Liga Jerman. 

Seramai 3 jurulatih akan disenaraipendekkan pada 29 November 2013 dan akan merebut anugerah jurulatih terbaik 2013 akan datang. Berikut adalah senaraipendek 10 jurulatih yang yang bakal merebut anugerah Jurulatih Tahunan 2013 akan datang : 

Carlo Ancelotti (Paris Saint-Germain/Real Madrid)
Rafael Benítez (Chelsea/Napoli)
Antonio Conte (Juventus)
Vicente Del Bosque (Spain)
Sir Alex Ferguson (Manchester United)
Jupp Heynckes (Bayern Munich)
Jürgen Klopp (Borussia Dortmund)
José Mourinho (Real Madrid/Chelsea)
Luiz Felipe Scolari (Brazil)
Arsène Wenger (Arsenal)

Football : FIFA Ballon d'Or 2013 Nominees

Anugerah berprestij Bola Sepak untuk pemain terbaik dunia 2013 atau Ballon d'Or 2013 akan berlangsung pada 7 Januari 2014 di Ibu Pejabat FIFA di Switzerland. Seramai 23 pemain telah disenaraipendekkan bagi menerima anugerah pemain terbaik dunia 2013. Ini termasuklah pemain terbaik dunia 4 kali berturut-turut sejak tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 iaitu Lionel Messi dari pasukan FC Barcelona dan pasukan kebangsaan Argentina. Antara pemain-pemain lain yang disenaraikan ialah Cristiano Ronaldo (Real Madrid/Portugal), pemain terbaik Eropah 2013 Franck Ribery (FC Bayern/Perancis), Zlatan Ibrahimovic (PSG, Sweden) dan Gareth Bale (Real Madrid/Wales). 

Untuk tahun ini, tiada pemain dari England yang disenaraipendekkan dalam Ballon d'Or 2013. Senaraipendek 3 pemain yang bakal merebut anugerah Ballon d'Or 2013 akan diumumkan pada 29 November 2013 ini. Berikut adalah senarai 23 pemain yang tercalon untuk anugerah Ballon d'Or 2013 akan datang :

Gareth Bale (Wales/Tottenham Hotspur/Real Madrid)
Edinson Cavani (Uruguay/Napoli/Paris Saint Germain)
Radamel Falcao (Colombia/Atletico Madrid/Monaco)
Eden Hazard (Belgium/Chelsea)
Zlatan Ibrahimović (Sweden/AC Milan/Paris Saint Germain)
Andrés Iniesta (Spain/Barcelona)
Philipp Lahm (Germany/Bayern Munich)
Robert Lewandowski (Poland/Borussia Dortmund)
Lionel Messi (Argentina/Barcelona)
Thomas Müller (Germany/Bayern Munich)
Manuel Neuer (Germany/Bayer Munich)
Neymar (Brazil/Santos/Barcelona)
Mesut Özil (Germany/Real Madrid/Arsenal)
Andrea Pirlo (Italy/Juventus)
Franck Ribéry (France/Bayern Munich)
Arjen Robben (Netherlands/Bayern Munich)
Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid)
Bastian Schweinsteiger (Germany/Bayern Munich)
Luis Suárez (Uruguay/Liverpool)
Thiago Silva (Brazil/Paris Saint Germain)
Yaya Touré (Ivory Coast/Manchester City)
Robin Van Persie (Netherlands/Manchester United)
Xavi (Spain/Barcelona).

Bola Sepak : Preview Pasukan Pahang

Perlawanan akhir Watsons Piala Malaysia 2013 akan menemukan 2 pasukan gergasi Pantai Timur iaitu Pahang dan Kelantan. Pasukan Pahang di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman Dollah Salleh berjaya mara ke perlawanan akhir dengan bergaya apabila berjaya mengenepikan pasukan pilihan lain. Nyata pasukan Pahang berada pada kelas yang tersendiri dengan gandingan mantap setiap pemain di setiap posisi.

Laluan pasukan Pahang ke perlawanan akhir dikira cukup berliku apatah lagi sama-sama diundi dengan finalis Piala Malaysia 2013, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan dalam Kumpulan C atau Kumpulan Maut. Berjaya melepasi halangan di saat-saat akhir hasil keputusan seri pasukan pencabar terdekat mereka iaitu Negeri Sembilan yang sekadar seri dengan Terengganu dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Mereka menamatkan cabaran di tempat kedua mengiringi pasukan Kelantan ke peringkat suku akhir dan diundi menentang pasukan PKNS FC.

Di peringkat suku akhir, Pahang tidak lagi menoleh ke belakang apabila berjaya menewaskan pasukan yang mencatat keputusan baik di peringkat Kumpulan B apabila berjaya menewaskan pasukan PKNS FC dengan agregat 5-3 hasil kemenangan 3-2 di tempat sendiri dan 2-1 di gelanggang lawan.

Di peringkat separuh akhir ujian lebih getir ditempuhi mereka apabila bertemu dengan pasukan juara Liga Premier 2013 yang sangat cemerlang dengan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri. Cabaran pasukan Sarawak berjaya diatasi apabila berjaya menundukkan mereka dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 3-1 di gelanggang sendiri dan 1-1 di gelanggang lawan.

Untuk perlawanan akhir, pasukan Pahang sememangnya bertuah apabila mempunyai seorang jurulatih yang berpengalaman mengatur corak permainan pasukan di samping mempunyai kombinasi pemain-pemain tempatan dan import yang sama-sama bekerja sebagai satu pasukan antaranya Damion Stewart, Razman Roslan, Jalaluddin Jaafar, Azamuddin Akil, Matias Conti, R. Gopinathan, R. Surendran, Amirul Hadi dan ramai lagi. Sememangnya kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 sangat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak tempatan dan semoga kita disajukan dengan corak permainan terbaaik kedua-dua pasukan.


PERINGKAT KUMPULAN

SUKU AKHIR



SEPARUH AKHIR 

Rabu, 30 Oktober 2013

Bola Sepak : Preview Pasukan Kelantan

Perlawanan Akhir Watsons Piala Malaysia 2013 akan mempertemukan 2 pasukan gergasi pantai timur iaitu Kelantan dan Pahang pada 3 November 2013 (Ahad) di Stadium Shah Alam. Kedua-dua pasukan ini masing-masing telah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang perlawanan untuk mara ke peringkat akhir Piala Malaysia 2013. 

Bagi pasukan Kelantan, laluan mereka ke perlawanan akhir sangat mencabar dengan mereka telah diundi dalam Kumpulan C bersama-sama pasukan Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan. Mereka berjaya menamatkan saingan Kumpulan C selaku juara kumpulan dengan mencatat 3 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan. Di peringkat Suku Akhir mereka diundi bertemu dengan pasukan Harimau Selatan iaitu Darul Takzim FC di mana pada peringkat pertama mereka mengalami kekalahan 2-4 di tempat lawan dan bangkit di stadium keramat mereka dengan membelasah Darul Takzim FC dengan jaringan kemenangan 6-1. 

Laluan di peringkat separuh akhir pula mempertemukan mereka dengan pasukan ATM FA di mana pada perlawanan pertama mereka berjaya menundukkan pasukan ATM FA di gelanggang lawan dengan jaringan 2-1 sebelum saingan lebih sengit diterima di stadium sendiri di mana anak-anak buah Bojan Hodak bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk mencatat keputusan seri 2-2 seterusnya mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-3 mengatasi ATM FA.

Pasukan Kelantan sangat bertuah kerana memiliki barisan pemain yang serba lengkap seperti ketua pasukan mereka Badhrul Radzi aka Piya, penjaga gol kebangsan Khairul Fahmi Che Mat aka Apek dan pemain-pemain seperti Nik Shahrul Azim, Obinha Nwaneri, Norfarhan, Indra Putra, Dickson Nwakame, Shakir Shaari serta pemain-pemain lain yang berjaya membentuk satu gandingan mantap memastikan kejayaan mereka mara ke Perlawanan Akhir Watsons Piala Malaysia 2013 menentang pasukan Pahang. 

PERINGKAT KUMPULAN 



SUKU AKHIR


SEPARUH AKHIR

  

Selasa, 22 Oktober 2013

Football : European 2014 World Cup Play-Offs Draw

Pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil telah memasuki peringkat penentuan 11 lagi pasukan yang bersaing dalam saingan play-off. Bagi zon eropah atau UEFA 8 pasukan naib juara terbaik peringkat kumpulan akan bersaing merebut 4 lagi tiket untuk pasukan Eropah. 9 pasukan daripada zon UEFA telah mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir Piala Dunia 2014. Dalam undian yang telah diadakan pada 21 Oktober 2013 yang lalu 8 pasukan telah diundi melibatkan pasukan Sweden, Ukraine, Greece, Croatia, Portugal, Perancis, Romania dan Iceland. Berikut adalah keputusan undian saingan play-off zon UEFA yang akan bermain secara timbal balik pada 15 dan 19 November 2013 akan datang :


Portugal vs Sweden



Ukraine vs France



Greece vs Romania



Iceland vs Croatia 

Ahad, 20 Oktober 2013

Bola Sepak : Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2013

Separuh akhir pertama Watsons Piala Malaysia 2013 telah berlangsung pada 18 dan 19 Oktober 2013 di mana pasukan ATM FA dan Pahang menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama kepada pasukan Kelantan dan Sarawak. Keputusan pusingan pertama menyaksikan kelebihan berpihak kepada 2 negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Pahang apabila masing-masing membawa bekalan kemenangan ke atas lawan masing-masing. Kelantan berjaya menewaskan pasukan ATM FA di stadium lawan dengan keputusan 2-1 manakala Pahang pula berjaya menewaskan pasukan Sarawak dengan 3-1. 

Perlawanan pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 25 dan 28 Oktober 2013 ini dengan pasukan Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada pasukan ATM FA manakala pasukan Sarawak menjadi tuan rumah kepada pasukan Pahang. Peluang kesemua pasukan masih ada dengan syarat meminimakan kesilapan serta menyempurnakan setiap peluang untuk menjaringkan gol ke atas lawan masing-masing. Semoga kita dapat menyaksikan aksi menarik keempat-empat pasukan dalam perlawanan kedua akan datang. 


Rabu, 16 Oktober 2013

Football : The teams that qualified for the 2014 World Cup

Kejohanan berprestij bola sepak antarabangsa, Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil telah memasuki fasa Play-Off di mana sehingga kini, 21 pasukan telah mengesahkan kemaraan ke peringkat akhir di Brazil (1 pasukan tuan rumah, 4 wakil AFC, 9 wakil UEFA, 3 wakil CONCACAF, 4 wakil CONMEBOL). 11 lagi pasukan akan menentukan nasib mereka dalam perlawanan play-off melibatkan 4 wakil UEFA, 5 wakil CAF manakala masing-masing 1 wakil dari pemenang Play-Off antara zon CONCACAF/OFC dan zon CONMEBOL/OFC. Berikut adalah 21 pasukan yang telah mengesahkan tempat ke peringkat akhir dan 22 pasukan yang bersaing dalam saingan Play-Off Piala Dunia 2014 :

Pasukan yang layak:
Tuan Rumah : Brazil
AFC : Jepun, Australia, Korea Selatan & Iran
UEFA : Belgium, Itali, Belanda, Switzerland, Bosnia, England, Sepanyol, Jerman & Russia 
CONCACAF : USA, Costa Rica & Honduras
CONMEBOL : Argentina, Colombia, Chile & Ecuador

Pasukan Play-Off
UEFA : Croatia, Portugal, Iceland, Perancis, Ukraine, Romania, Greece & Sweden 
AFC : Jordan
OFC : New Zealand
CONCACAF : Mexico
CONMEBOL : Uruguay
CAF : Ivory Coast, Senegal, Ghana, Mesir, Nigeria, Ethiopia, Tunisia, Cameroon, Algeria & Burkina Faso

Rabu, 9 Oktober 2013

Football : CONMEBOL 2014 World Cup Qualifying Fixtures

Pusingan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 bagi Zon CONMEBOL semakin sengit dengan baki lagi 2 perlawanan akan berlangsung masing-masing pada 11 dan 15 Oktober 2013 akan datang. Dengan 4 pasukan teratas mendapat tiket secara automatik ke pusingan akhir manakala 1 tiket Play-Off menanti pasukan di tangga kelima yang bakal menentang pemenang pusingan Play-Off Zon AFC iaitu Jordan. Dengan pasukan Argentina telah mengesahkan kemaraan, baki 4 lagi pasukan menjadi rebutan antara Colombia, Chile, Ecuador dan Uruguay manakala peluang 4 lagi pasukan iaitu Vanezuela, Peru, Bolivia dan Paraguay boleh dianggapkan telah tertutup. Berikut adalah jadual baki 2 lagi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon CONMEBOL pada 11 dan 15 Oktober akan datang :

11 Oktober 2013
Colombia vs Chlle
Ecuador vs Uruguay
Vanezuela vs Paraguay
Argentina vs Peru

15 Oktober 2013
Paraguay vs Colombia
Uruguay vs Argentina
Chile vs Ecuador
Peru vs Bolivia  

Isnin, 7 Oktober 2013

Football : CONCACAF 2014 World Cup Qualifying Fixtures

Pusingan kel;ayakan Piala Dunia 2014 Brazil bagi Zon CONCACAF menuju ke saingan baki 2 lagi perlawanan. Dengan 2 pasukan iaitu Amerika Syarikat dan Costa Rica telah mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir, 2 slot menjadi rebutan antara 4 lagi pasukan iaitu Honduras, Mexico, Panama dan Jamaica. Namun saingan pasukan Jamaica dilihat semakin berakhir kerana ketinggalan 4 mata di belakang pasukan tangga keempat dan kelima iaitu Mexico dan Panama serta 7 mata di belakang pasukan Honduras. Pasukan yang berada di tangga ketiga akan layak secara automatik manakala pasukan di kedudukan keempat akan bersaing dalam aksi Play-Off menentang pasukan daripada Zon OFC, New Zealand. Berikut adalah jadual perlawanan Zon CONCACAF yang bakal dilangsungkan pada 11 dan 15 Oktober 2013 :


11 Oktober 2013
Honduras vs Costa Rica
USA vs Jamaica
Mexico vs Panama

15 Oktober 2013
Costa Rica vs Mexico
Jamaica vs Honduras
Panama vs USA 

Football : UEFA 2014 World Cup Qualifying Fixtures

Pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil bagi zon Eropah berbaki 2 perlawanan lagi dengan juara bagi setiap kumpulan akan menempah tiket secara automatik ke Piala Dunia 2014 akan datang. Dengan 2 pasukan telah mengesahkan kemaraan iaitu Itali (Kumpulan B) dan Belanda (Kumpulan D), baki 7 lagi pasukan akan bersaing untuk menempah tiket selaku juara kumpulan manakala 8 pasukan naib juara terbaik dari 9 kumpulan akan bersaing dalam undian play-off bagi menemtukan 4 lagi slot ke pusingan akhir di Brazil nanti. Berikut adalah jadual baki 2 lagi perlawanan peringkat kumpulan bagi saingan Zon Eropah yang dijadualkan berlangsung pada 11 dan 15 Oktober 2013 akan datang :

11 Oktober 2013

Kumpulan A :
Croatia vs Belgium
Wales vs Macedonia

Kumpulan B :
Armenia vs Bulgaria
Malta vs Rep. Czech
Denmark vs Italy

Kumpulan C :
Faroe Islands vs Kazakhstan 
Germany vs Rep. Ireland
Sweden vs Austria

Kumpulan D :
Andorra vs Romania
Estonia vs Turkey
Netherlands vs Hungary

Kumpulan E :
Albania vs Switzerland
Iceland vs Cyprus
Slovenia vs Norway

Kumpulan F :
Azerbaijan vs Northern Ireland
Luxembourg vs Russia
Portugal vs Israel

Kumpulan G :
Lithuania vs Latvia
Bosnia-Herzegovina vs Liechtenstein
Greece vs Slovakia

Kumpulan H :
Maldova vs San Marino
Ukraine vs Poland
England vs Montenegro

Kumpulan I :
Spain vs Belarus

15 Oktober 2013

Kumpulan A :
Serbia vs Macedonia
Belgium vs Wales 
Scotland vs Croatia

Kumpulan B :
Bulgaria vs Rep. Czech 
Denmark vs Malta
Italy vs Armenia

Kumpulan C :
Faroe Islands vs Austria
Rep. Ireland vs Kazakhstan 
Sweden vs Germany

Kumpulan D :
Hungary vs Andorra
Romania vs Estonia 
Turkey vs Netherlands

Kumpulan E :
Cyprus vs Albania 
Norway vs Iceland 
Switzerland vs Slovenia

Kumpulan F :
Azerbaijan vs Russia
Israel vs Northern Ireland 
Portugal vs Luxembourg

Kumpulan G :
Greece vs Liechtenstein 
Lithuania vs Bosnia-Herzegovina  
Latvia vs Slovakia 

Kumpulan H :
England vs Poland
Montenegro vs Maldova 
San Marino vs Ukraine

Kumpulan I :
France vs Finland
Spain vs Georgia

Ahad, 6 Oktober 2013

Bola Sepak : Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2013

Perlawanan pusingan kedua suku akhir Watsons Piala Malaysia 2013 baru sahaja tamat dengan 4 pasukan mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 17 & 18 Oktober untuk separuh akhir pertama dan 25 & 26 Oktober untuk separuh akhir kedua. 4 pasukan yang mara ke peringkat suku akhir ialah Pahang, ATM FA, Sarawak dan juara bertahan Piala Malaysia Kelantan. Paling mencuri perhatian ialah kejayaan pasukan Kelantan dan ATM FA yang menewaskan pasukan Darul Takzim FC dan Singapore Lions XII dengan jaringan besar masing-masing 6-1 dan 4-1. 

Pahang juga meneruskan kecemerlangan dengan menewaskan PKNS FC di gelanggang lawan dengan keputusan 2-1 manakala pasukan juara Liga Premier 2013 mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri dengan menewaskan pasukan Sime Darby FC 3-1 hasil jaringan hatrik kali kedua oleh penyerang import berbisa mereka Muamer Salibasic. Dengan kemenangan ini, berikut adalah jadual perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 yang akan berlangsung pada 18 & 19 Oktober untuk pusingan pertama dan 25 & 26 Oktober untuk pusingan kedua. 

Kelantan lwn ATM FA

Pahang lwn Sarawak

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang layak ke Separuh Akhir dan semoga peminat bola sepak tempatan disajikan aksi yang menarik untuk pusingan separuh akhir akan datang..


Selasa, 1 Oktober 2013

Soroton Sukan Malaysia September 2013

Bulan September baru sahaja berlalu. Bulan September juga telah menyaksikan beberapa kejayaan atlet sukan negara dalam sukan masing-masing. Antara yang mendapat perhatian ialah kejayaan pasukan bola sepak Harimau Muda A menjuarai kejohanan jemputan Pestabola Merdeka 2013 dengan prestasi yang membanggakan. Turut tidak dilupakan kejayaan skuad Harimau Muda D menjuarai Piala AFF bawah 16 tahun selain kejayaan mara ke Piala Asia bawah 16 tahun akan datang.

Sukan Badminton dan Skuasy juga menjanjikan kejayaan kepada atlet negara dengan pemain perseorangan badminton lelaki nombor 1 dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan BWF Super Series Terbuka Jepun manakala ratu skuasy negara yang juga pemain nombor satu dunia masakini, Datuk Nicol Ann David mencatat kejuaraan Skuasy Terbuka Malaysia 2013 buat kali kelapan.

Pasukan Hoki Wanita negara turut mencatatkan kejayaan di mana walaupun Pasukan Hoki Wanita sekadar menduduki tempat kelima dari lapan negara dalam Piala Asia 2013, ianya jelas menunjukkan prestasi pasukan hoki wanita semakin meningkat. Turut membanggakan negara iaialah, pasukan hoki bawah 21 tahun negara yang berjaya mencatat kedudukan selaku naib juara dalam kejohanan jemputan Hoki Piala Sultan Johor 2013. Walaupun sekadar menduduki tempat kedua, persiapan pasukan Hoki Remaja bawah 21 tahun negara yang bakal menghadapi kejohanan Hoki Remaja Dunia 2013 di India berada pada tahap terbaik untuk mencatat kejayaan yang membanggakan.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa