Nuffnang Ads

Khamis, 31 Oktober 2013

Bola Sepak : Preview Pasukan Pahang

Perlawanan akhir Watsons Piala Malaysia 2013 akan menemukan 2 pasukan gergasi Pantai Timur iaitu Pahang dan Kelantan. Pasukan Pahang di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman Dollah Salleh berjaya mara ke perlawanan akhir dengan bergaya apabila berjaya mengenepikan pasukan pilihan lain. Nyata pasukan Pahang berada pada kelas yang tersendiri dengan gandingan mantap setiap pemain di setiap posisi.

Laluan pasukan Pahang ke perlawanan akhir dikira cukup berliku apatah lagi sama-sama diundi dengan finalis Piala Malaysia 2013, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan dalam Kumpulan C atau Kumpulan Maut. Berjaya melepasi halangan di saat-saat akhir hasil keputusan seri pasukan pencabar terdekat mereka iaitu Negeri Sembilan yang sekadar seri dengan Terengganu dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Mereka menamatkan cabaran di tempat kedua mengiringi pasukan Kelantan ke peringkat suku akhir dan diundi menentang pasukan PKNS FC.

Di peringkat suku akhir, Pahang tidak lagi menoleh ke belakang apabila berjaya menewaskan pasukan yang mencatat keputusan baik di peringkat Kumpulan B apabila berjaya menewaskan pasukan PKNS FC dengan agregat 5-3 hasil kemenangan 3-2 di tempat sendiri dan 2-1 di gelanggang lawan.

Di peringkat separuh akhir ujian lebih getir ditempuhi mereka apabila bertemu dengan pasukan juara Liga Premier 2013 yang sangat cemerlang dengan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri. Cabaran pasukan Sarawak berjaya diatasi apabila berjaya menundukkan mereka dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 3-1 di gelanggang sendiri dan 1-1 di gelanggang lawan.

Untuk perlawanan akhir, pasukan Pahang sememangnya bertuah apabila mempunyai seorang jurulatih yang berpengalaman mengatur corak permainan pasukan di samping mempunyai kombinasi pemain-pemain tempatan dan import yang sama-sama bekerja sebagai satu pasukan antaranya Damion Stewart, Razman Roslan, Jalaluddin Jaafar, Azamuddin Akil, Matias Conti, R. Gopinathan, R. Surendran, Amirul Hadi dan ramai lagi. Sememangnya kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 sangat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak tempatan dan semoga kita disajukan dengan corak permainan terbaaik kedua-dua pasukan.


PERINGKAT KUMPULAN

SUKU AKHIR



SEPARUH AKHIR 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa