Nuffnang Ads

Sabtu, 30 November 2013

Bola Sepak : Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013 telah diadakan pada 30 November 2013 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor. Anugerah tahunan bolasepak kebangsaan ini diadakan untuk memberikan penghargaan kepada pemain dan jurulatih yang telah memberikan permainan terbaik membantu pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia 2013 yang lalu. Anugerah tahunan ini merupakan kali keenam diadakan. Seperti dijangka, pasukan Kelantan mendominasi senarai pemenang dengan 3 dari 6 anugerah untuk pemain dimenangi oleh pasukan Kelantan. Bagi Anugerah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia, seperti dijangkakan, ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau Piya berjaya merangkul anugerah ini. 

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013 mengikut kategori yang dipertandingkan :


Jumaat, 29 November 2013

Bola Sepak : Piala FA 2014

Piala FA 2014 menyaksikan persaingan 30 buah pasukan negeri dan kelab di mana ia melibatkan 12 pasukan Liga Super 2014, 12 pasukan Liga Premier 2014 dan 6 pasukan dari Liga FAM 2014 termasuk pasukan Harimau Muda C. Piala FA 2014 akan datang menyaksikan 2 pasukan finalis Piala FA 2013 iaitu Kelantan dan Johor Darul Takzim FC akan terus mara ke pusingan kedua. Dalam undian pusingan pertama yang telah diadakan pada 29 November 2013, antara perlawanan yang menarik adalah pertembungan pasukan Perak menentang pasukan Juara Piala Malaysia 2013, Pahang, Selangor PKNS FC menentang Johor dan KL Sime Darby FC menentang ATM FA. Pasukan Pilihan lain seperti Lions XII akan menentang KL DRB Hicom FC, Selangor pula bakal menentang pasukan Harimau Muda C manakala Sarawak dijadualkan menentang pasukan Pulau Pinang. Saingan Piala FA 2014 akan datang dijangka sengit apabila setiap pasukan kini semakin giat mengukuhkan pasukan masing-masing dengan pemain import dan pemain-pemain baru yang mantap bagi menghadapi Liga Malaysia 2014 akan datang.

Berikut adalah undian Piala FA 2014 akan datang :

T-Team lwn UiTM FC
Kuala Lumpur lwn Kedah
Melaka lwn Perlis
Pulau Pinang PBAPP FC lwn Sabah Cebagoo FC
PDRM lwn KL SPA FC
Lions XII lwn KL DRB Hicom FC
Perak lwn Pahang
Pahang Kuantan FC lwn Sabah
Selangor PKNS FC lwn Johor
Terengganu lwn Pahang Kuantan Port
KL Sime Darby FC lwn ATM FA
Negeri Sembilan lwn KL Felda United
Harimau Muda C lwn Selangor 
Sarawak lwn Pulau Pinang 

Isnin, 25 November 2013

Hoki : Senarai Pemain Hoki Malaysia ke Piala Dunia Remaja 2013

Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 akan berlangsung dari 6 hingga 15 Disember 2013 dengan New Delhi, India akan menjadi tuan rumah kejohanan edisi ke-10 ini. 16 pasukan telah melayakkan diri ke kejohanan ini dengan setiap pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir manakala pasukan di tangga ketiga setiap kumpulan akan bersaing merebut tempat ke 7 hingga 12 manakala pasukan di tangga keempat setiap kumpulan pula akan bersaing merebut tempat ke 13 hingga 16. 

Untuk kejohanan kali ini, Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) serta ketua jurulatih pasukan remaja negara, Dharma Raj Abdullah meletakkan sasaran untuk mara ke pusingan suku akhir atau 8 pasukan terbaik. Pasukan negara diundi dalam Kumpulan D bersama-sama dengan pasukan Afrika Selatan, England dan New Zealand. Pasukan remaja negara dijadualkan membuka tirai perlawanan dengan menentang New Zealand pada 6 Disember diikuti dengan menentang pasukan Afrika Selatan (8 Disember) dan menutup tirai perlawanan Kumpulan D dengan menentang pasukan England (9 Disember).

Pasukan hoki remaja negara akan diketuai oleh pemain berpengalaman iaitu Mohd. Fitri Saari selaku ketua pasukan. Berikut adalah senarai pendek 18 pemain remaja negara yang akan menggalas cabaran pasukan Malaysia ke Kejohanan Piala Dunia Remaja 2013 akan datang :       

1. Muhammad Hafizuddin Othman
2. Mohd Zulhairi Hashim
3. Joel Samuel van Huizen
4. Mohd Nor Aqmal Abdul Gaffar 
5. Muhammad Hafiz Zainol
6. Mohd Fitri Saari (Ketua Pasukan)
7. Meor Muhammad Azuan Hassan
8. Shazril Irwan Nazli
9. Muhammad Firhan Ashaari
10. Muhammad Rashid Baharom
11. Mohamad Syamim Mohd Yusof
12. Muhammad Haziq Samsul
13. Muhammad Shahril Saabah
14. Muhammad Hazrul Faiz Ahmad Sobri
15. Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin
16. Kavin Kartik Govindasamy
17. Muhammad Azri Hassan,
18. Faiz Helmi Jali

Bual Sukan percaya pasukan remaja negara mampu untuk melakar kejutan dalam kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 akan datang jika segala perancangan strategi dan taktikal yang diatur berjaya diterapkan dalam kejohanan ini. Semoga perjuangan pasukan remaja negara membuahkan kejayaan manis kepada persada sukan tanahair.   

Bola Sepak : Pasukan Sarawak Musim 2014

Pasukan Juara Liga Premier 2013, Sarawak merupakan antara kelompok pasukan terbaik Liga Malaysia musim ini. Selain muncul juara Liga Premier 2013, pasukan Sarawak juga berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selain mara ke peringkat suku akhir Piala FA 2013. Lebih manis lagi, kejayaan membanggakan mereka iaitu muncul satu-satunya pasukan yang berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sepanjang musim lalu dalam semua perlawanan. Pasukan di bawah kendalian ketua jurulatih berpengalaman Robert Alberts ini pastinya akan meneruskan momentum kejayaan pasukan yang terkenal dengan gelaran "Ngap Sayot" bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2014 akan datang. 

Untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang, pasukan Sarawak mengekalkan kebanyakan pemain musim 2013 seperti Mafry Balang, Joseph Kalang Tie, Zamri Morshidi, Ashri Chucu, Junior Eldstal, Sani Anuar Kamsani, Hairol Mokhtar, Ronny Harun, Shahrol Saperi dan beberapa pemain lain selain mengekalkan penyerang import berbisa mereka Muamer Salibasic. Selain itu, bagi memantapkan pasukan mereka musim akan datang, pasukan Sarawak telah menandatangani bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal, S.Chanturu dan Reshafiq Alwi serta beberapa pemain lain dari pasukan-pasukan lain. Musim Liga Malaysia 2014 akan datang, Sarawak akan kehilangan penjaring terbanyak Liga Premier 2013 bagi pasukan Sarawak iaitu Bobby Gonzales yang berhijrah ke pasukan Liga Premier 2014, PDRM FA bagi musim hadapan.

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Sarawak pastinya akan menempatkan pasukan mereka di kelompok 5 pasukan terbaik bagi musim Liga Super 2014 akan datang. Pasukan Sarawak juga dijangka mampu mencabar kelompok pasukan-pasukan pilihan seperti juara Liga Super musim lalu, Lions XII, Selangor, Johor Darul Takzim FC, Kelantan serta pasukan-pasukan lain. Tidak mustahil kejutan mampu dilakukan oleh pasukan Sarawak bagi musim akan datang. Berikut ialah senarai pemain Sarawak bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang :

Penjaga Gol:
1 Mohamad Fadzley bin Abdul Rahim (KL DRB Hicom), 18 Aidil bin Mohamed, 22 Sani Anuar bin Kamsani

Pertahanan:

2 Ronny bin Harun, 3 Marwandi bin Zekaria, 4 Mafry bin Balang, 12 Rames a/l Lai Ban Huat, 13 Mohamad Dzulazlan bin Ibrahim, 17 Mohd Hairol bin Mokhtar, 25 Muhammad Dzulfadli bin Awang Marajeh, Gabor Gyepes (32, Hungary, Videoton FC, Hungary)

Tengah:

6 Mohd Lot bin Abu Hassan (Selangor PKNS FC), 7 Zamri bin Morshidi, 8 Reshafiq Alwi (Selangor PKNS FC), 9 Mohamad Rashid bin Mohamed Aya (Johor FA), 11 Ashri bin ChuChu, 15 Putera Nadhe Amarhan Maderner, 16 Mohamad Shahrol bin Saperi, 19 Joseph Kalang Tie, 21 Azizan bin Saperi, 24 Dalglish Papin anak Test


Penyerang:
5 Milorad Janjus (Serbia, SHB Danang FC Vietnam), 10 Muamer Salibasic (Bosnia), 14 Akhmal Rizal bin Ahmad Rakhli (Kedah), 20 Alireza Abbasfard (32, Iran, Rahahan Tehran FC, Iran), 23 Chanturu a/l Suppiah (Perak) 

Cycling : Le Tour de Langkawi 2014

Kejohanan Lumba Berbasikal berprestij negara Le Tour de Langkawi 2014 merupakan edisi kali ke-19 penganjurannya. Kejohanan edisi 2014 akan diadakan bermula pada 27 Februari 2014 sehingga 8 Mac 2014 melibatkan 10 peringkat sejauh 1,506.5 km. Bagi edisi tahun 2014, perlumbaan kembali dimulakan di Langkawi dan dijadualkan berakhir di Kuala Terengganu. Seperti tahun-tahun lalu, perlumbaan mendaki Genting Highlands pada peringkat ke-4 pastinya menjadi peringkat paling mencabar kepada pelumba-pelumba yang mengambil bahagian. 

Perlumbaan LTdL 2014 mendapat status 2.0 daripada UCI di mana ia merupakan antara jelajah terbesar di peringkat rantau Asia. Pelumba-pelumba berbasikal negara pastinya akan berusaha mempamerkan aksi serta kayuhan menarik bagi mencatat keputusan yang membanggakan sukan lumba berbasikal negara. Berikut adalah 10 peringkat perlumbaan LTdL 2014 akan datang :


Peringkat 1 : 27 Februari 2014 - Langkawi (101.1 km)
Peringkat 2 : 28 Februari 2014 - Sg.Petani - Taiping (132.5 km)
Peringkat 3 : 1 Mac 2014 - Kampar - Kuala Lumpur (166.6 km)
Peringkat 4 : 2 Mac 2014 - Subang - Genting Highlands (110.9 km)
Peringkat 5 : 3 Mac 2014 - Karak - Rembau (139.3 km)
Peringkat 6 : 4 Mac 2014 - Melaka - Pontian (199.1 km)
Peringkat 7 : 5 Mac 2014 - Kota Tinggi - Pekan (230.1 km)
Peringkat 8 : 6 Mac 2014 - Kuantan - Marang (202.6 km)
Peringkat 9 : 7 Mac 2014 - Bandar Permaisuri - Kuala Terengganu (109.7 km)
Peringkat 10 : 8 Mac 2014 - Tasik Kenyir - Kuala Terengganu (114.7 km)

Ahad, 24 November 2013

Bola Sepak : Pasukan ATM FA The Gladiators Musim 2014

Musim 2013 adalah antara musim cemerlang pasukan ATM FA di mana mereka berjaya menamatkan saingan Liga Super di kelompok 6 terbaik selain berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia serta berjaya merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih 2013. Musim 2013 merupakan musim pertama pasukan ATM FA di bawah kendalian ketua jurulatih berpengalaman, B.Santhianathan bersaing dalam Liga Super selepas muncul juara Liga Premier 2012. Walaupun kehilangan ramai pemain utama akibat perpindahan, pasukan ATM FA masih berjaya membentuk pasukan yang mantap dengan gandingan pemain tempatan dan 2 pemain import terbaik iaitu penjaring terbanyak Liga Super 2013 dan Piala Malaysia 2013, Marlon Alex James dan Bruno Martelotto.

Bagi musim 2014 akan datang, ATM FA bakal kehilangan beberapa pemain utama seperti Irwan Fazli Idrus, Farizal Harun, Shukor Adan, A.Varanthan dan beberapa pemain lain yang berhijrah ke pasukan-pasukan lain. Sementara itu, bagi memantapkan pasukan mereka musim depan, beberapa pemain utama masih dikekalkan seperti kapten pasukan Hairuddin Omar, pertahanan kental Amirizdwan Taj, Vanice Elphi selain merekrut pemain-pemain baru seperti Syed Adney, Iqbal Suhaimi, Riduan Maon dan Fazli Saari serta beberapa pemain lain.

Pada pandangan bual sukan, pasukan ATM FA pastinya menjadi antara pasukan pilihan untuk muncul pesaing terkuat Liga Malaysia 2014 akan datang. Dengan gabungan taktikal dan strategi yaang mantap, tidak mustahil ATM FA mampu bersaing merebut kejuaraan Liga Super 2014 akan datang.

Jumaat, 22 November 2013

Bola Sepak : Pasukan PKNS FC Musim 2014

Pasukan PKNS FC merupakan antara pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super 2014 akan datang. Pada musim 2013 yang lalu, pasukan PKNS FC atau Semut Api (The Fire Ants) menamatkan saingan di tangga kelapan selain berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2013 sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh pasukan Pahang. Bagi musim 2014, pasukan PKNS FC akan dibimbing oleh Ketua Jurulatih baru iaitu Wan Jamak Wan Hassan menggantikan Haji Abdul Rahman Ibrahim yang memimpin pasukan Terengganu bagi musim 2014 akan datang.

Persiapan musim 2014 pastinya lebih menari apabila pasukan PKNS FC mengekalkan sebahagian besar pemain mereka musim lalu. Penyerang prolifik PKNS FC dari Liberia Patrick Ronaldinho Wleh musim depan bakal digandingkan dengan penjaring terbanyak Liga Premier 2013 iaitu Karlo Primorac (Croatia) yang berjaya dipikat dari pasukan Sime Darby FC. Gandingan kedua-dua penyerang ini dijangka menarik dengan kedua-dua pemain ini mempunyai rekod jaringan yang menarik selain bantuan janeral di tengah padang iaitu Nazmi Faiz Mansor. 

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan PKNS FC dijangka memberikan saingan getir kepada semua pasukan yang bersaing dan tidak mustahil mereka mampu menamatkan saingan di kelompok 4 pasukan terbaik. Sama-sama kita nantikan saingan Liga Malaysia 2014 akan datang.  

Khamis, 21 November 2013

Football : 2014 FIFA World Cup Brazil Teams

Pusingan akhir kejohanan berprestij bola sepak, Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil di mana 32 negara telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan berprestij ini. 32 buah negara ini akan diundi dalam 8 kumpulan dan undian kumpulan dijadualkan pada 6 Disember 2013 akan datang. 32 pasukan ini juga akan dibahagikan kepada 4 pot di mana ianya adalah berdasarkan kepada kedudukan ranking bulan Oktober yang lalu. Berikut adalah 32 pasukan (6 CONMEBOL, 4 AFC, 13 UEFA, 4 CONCACAF, 5 CAF) dengan pasukan Bosnia & Herzegovina akan bersaing buat pertama kali dalam kejohanan Piala Dunia 2014 akan datang :

Rabu, 20 November 2013

Bola Sepak : Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013 akan diadakan pada 30 November 2013 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Anugerah ini diadakan bagi mengiktiraf pasukan, jurulatih dan pemain bolasepak yang telah berjaya mempamerkan persembahan bertenaga dan terbaik sepanjang musim 2013 yang lalu. Untuk tahun ini, ianya merupakan kali keenam ianya dianjurkan. Berikut ialah senaraipendek calon yang akan merebut Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013 berdasarkan kepada kategori masing-masing :
Kategori: Penjaga Gol Terbaik
  1. Izwan Mahbub                       -  Singapore Lions XII FC
  2. Norazlan Ismail                      - Selangor
  3. Khairul Fahmi Che Mat           - Kelantan
  4. Mohd Khairul Azhan Khalid    - Pahang
  5. Mohd Faizal Harun                 - ATM
  6. Mohd Farizal Marlias              - Perak

Kategori: Pertahanan Terbaik
  1. Baihakki Khaizan            - Singapore Lions XII FC
  2. Mahalli Jasuli                  - Selangor
  3. Azizi Mat Rose                - Kelantan
  4. Razman Roslan               - Pahang
  5. Jalaluddin Jaafar             - Pahang
  6. Amiridzwan Taj Tajudin   - ATM

Kategori: Pemain Tengah Terbaik
  1. Nurul Azwan Roya          - JDT FC
  2. Mohd Badhri Radzi          - Kelantan
  3. R.Gopinathan                  - Pahang
  4. Amirul Hadi Zainal           - Pahang
  5. Christie Jayaseelan         - ATM
  6. Joseph Kallang Tie           - Sarawak

Kategori: Penyerang Terbaik
  1. Shahril Ishak                    - Singapore Lions XII FC
  2. Mohd Amri Yahyah            - Selangor
  3. Norshahrul Idlan Talaha     - JDT FC
  4. Mohd Norfarhan Mohd      - Kelantan
  5. Mohd Azamuddin Akil        - Pahang
  6. Hairuddin Omar                - ATM

Kategori: Pemain Harapan Terbaik
  1. Nik Shahrul Abdul Halim    - Kelantan
  2. S.Sivanesan                      - Negeri Sembilan
  3. Junior Edstal                     - Sarawak
  4. Mohd Nasir Basharudin     - Perak
  5. Nazmi Faiz Mansor            - PKNS FC
  6. K.Reuben                          - ATM FA

Kategori: Ketua Juruatih Terbaik
  1. V.Sundramoorthy              - Singapore Lions XII FC
  2. Bojan Hodak                     - Kelantan
  3. Dollah Salleh                     - Pahang
  4. B.Sathianathan                 - ATM FA
  5. Robert Alberts                  - Sarawak
  6. Ismail Zakaria                  - KL Sime Darby FC

Kategori: Pemain Asing Terbaik
  1. Obinna Nwaneri               - Kelantan
  2. Dickson Nwakaene          - Kelantan
  3. Mathia Ruben Conti         - Pahang
  4. Marlon Alex James           - ATM FA
  5. Patrick Ronaldinho Wleh  - PKNS FC
  6. Karlo Primorac                 - KL Sime Darby FC 

Jumaat, 15 November 2013

Bola Sepak : Ketua Jurulatih Pasukan Liga Premier 2014

Sepak mula Liga Premier 2014 dijadualkan pada bulan Januari 2014 di mana 12 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan Liga Premier 2014 akan datang. Sehingga kini setiap pasukan sedang giat menjalankan persiapan pasukan masing-masing dengan melantik barisan kejurulatihan baru selain menandatangani pemain-pemain hebat bagi menghadapi musim Liga Premier musim akan datang.

Saingan Liga Premier 2014 dijangka sengit apabila ramai Ketua Jurulatih baru telah dilantik oleh pasukan masing-masing. Antaranya ialah bekas pemain import Selangor iaitu Dave Mitchell yang akan melatih pasukan Kedah, Seslija Milomir (Sabah), V.Sundramoorthy (Negeri Sembilan), Irfan Bakti (Felda United), K.Devan (Pulau Pinang) dan dikhabarkan Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh akan diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baru pasukan PDRM FA. Perkembangan ini nyata menarik apatah lagi setiap pasukan pastinya berusaha untuk layak ke Liga Super 2015 akan datang. Berikut ialah senarai Ketua Jurulatih pasukan Liga Premier 2014 akan datang :

Felda United FA : Irfan Bakti Abu Salim
Negeri Sembilan : V. Sundramoorthy
Johor : Azmi Mohamed
Kedah : Dave Mitchell
Sabah : Seslija Milomir
DRB Hicom FC : G.Torairaju
PDRM FA : Dollah Salleh
SPA FC : Mohd. Shah Norbit
UiTM FC : Azuan Zain
Perlis : Reduan Abdullah
Pulau Pinang : K.Devan
PBAPP : Ahmad Yunus Mohd. Alif 

Khamis, 14 November 2013

Bola Sepak : Pasukan Perak Musim 2014

Sepak mula Liga Bola Sepak Malaysia 2014 akan bermula pada bulan Januari 2014 akan datang. Musim Liga Malaysia 2013 merupakan antara musim yang pastinya tidak akan dilupakan oleh pasukan Perak di mana tindakan drastik Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menggantung pasukan Perak berikutan kekalahan memalukan 1-6 kepada pasukan Sarawak dalam saingan Piala Malaysia 2013 lalu. Namun begitu, bagi musim 2014 akan datang, perkara ini seharusnya tidak mengganggu fokus pasukan Perak menghadapi saingan Liga Super 2014. Dalam saingan Liga Super 2013 yang lalu, pasukan Perak sekadar menatkan saingan di kedudukan ketujuh liga.

Bagi menghadapi musim 2014 akan datang, pasukan Perak turut membuat rombakan besar-besaran di mana PAFA telah melantik jurulatih Piala Presiden Perak yang juga merupakan bekas pemain Perak iaitu Abu Bakar Fadzim selaku Ketua Jurulatih Perak. Walaupun dilihat kurang berpengalaman di peringkat tertinggi, namun tidak mustahil beliau mampu mencorakkan pasukan Perak musim akan datang selaku pasukan underdog. 

Pasukan Seladang juga turut melepaskan pemain-pemain utama seperti ketua pasukan musim lalu, Shahrulnizam Mustapha, Shahrom Kalam, Farizal Marlias, Abdul Hadi Yahya, S. Chanturu, Paolo Rangel, Rafael Souza, Rafiuddin Rodin dan beberapa pemain lagi. Pasukan Seladang mengekalkan beberapa pemain musim lalu antaranya Nasir Basharuddin, Noor Hazrul Mustafa, Hisyamuddin Shaari, Yong Koung Yong dan beberapa pemain lagi dan berjaya mendapatkan pemain-pemain baru seperti Hardi Jaafar, Shahrizal Saad, Azmeer Yusof serta dikaitkan dengan ketua pasukan bawah 23 tahun Myanmar Kyaw Zayar Win. 

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Perak pastinya akan memberikan laluan sukar kepada pasukan-pasukan lain dan tidak mustahil mampu melakukan kejutan dalam Liga Malaysia 2014 akan datang. Dengan keupayaan pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda, Perak pastinya akan mencabar kejuaraan Liga Malaysia 2014 akan datang.   

Bola Sepak : Liga Malaysia 2014

Musim Liga Malaysia 2014 dijadualkan bermula pada 17 Januari 2014 di mana sepak mula adalah di antara Juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII bertemu Juara Piala Malaysia 2013, Pahang Darul Makmur di Stadium Shah Alam, Selangor. Liga Malaysia 2014 pastinya akan ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tempatan apatah lagi pada musim akan datang, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan setiap pasukan mendaftar 3 pemain import di mana seorang kuota pemain import adalah dari Asia. 

Musim depan juga, peminat bola sepak tempatan dapat menyaksikan kelibat bekas pemain kebangsaan Argentina iaitu Pablo Aimar yang bakal menyarung jersi pasukan Johor Darul Takzim FC beraksi selain melihat pasukan-pasukan kesayangan beraksi dengan barisan pemain-pemain terbaik. Selain itu juga, musim depan adalah liga terakhir sebelum Liga Malaysia diswastakan pada 2015. Liga Bola Sepak Malaysia 2014 bakal menyaksikan 12 pasukan bersaing dalam Liga Super manakala 12 pasukan beraksi dalam Liga Premier Berikut adalah tarikh-tarikh yang dikeluarkan oleh FAM untuk musim Liga Malaysia 2013 akan datang :

23 November 2013 - Undian Liga Malaysia 2014

4 Disember 2013 - Tarikh akhir pendaftaran pemain import

17 Disember 2013 - Tarikh akhir pendaftaran pemain tempatan

17 Januari 2014 - Piala Sultan Hj. Ahmad Shah/Piala Sumbangsih

18 Januari 2014 - Sepak mula Liga Super 2014

24 Januari 2014 - Sepak mula Liga Premier 2014

Bola Sepak : Pasukan Terengganu The Turtles Musim 2014

Liga Bola Sepak Malaysia musim 2014 dijangka bermula pada bulan Januari 2014 akan datang dengan perebutan gelaran juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2014 menjadi rebutan antara pasukan juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII dan juara Piala Malaysia 2013, Pahang. Untuk menghadapi musim 2014 akan datang, setiap pasukan kini sedang giat mempersiapkan pasukan masing-masing dengan barisan pengurusan, kejurulatihan serta gabungan pemain yang mantap untuk saingan akan datang. Antaranya pasukan Terengganu yang membuat rombakan besar-besaran ke atas pasukan mereka musim lalu di mana skuad musim lalu nyata gagal menamatkan saingan di kedudukan yang baik di mana mereka sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke 9 selain gagal gagal melangkah jauh dalam Piala Malaysia 2013.

Bagi musim Liga Malaysia 2014 akan datang, pengurusan baru pasukan Terengganu telah melantik Hj. Abdul Rahman Ibrahim untuk membimbing pasukan Sang Penyu menghadapi musim akan datang. Hj. Abdul Rahman Ibrahim bukan asing bagi pasukan Terengganu kerana pernah melatih pasukan Terengganu sebanyak 2 kali sebelum ini. Kehadiran semula Hj. Abdul Rahman Ibrahim yang pernah melatih pasukan kebangsaan dan beberapa negeri dan kelab di Liga Malaysia untuk melatih pasukan Sang Penyu musim 2014 nyata menunjukkan betapa seriusnya pasukan Terengganu mengangkat semula arena bola sepak negeri Terengganu.    

Selain itu juga, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) juga berjaya mendapatkan beberapa pemain anak jati Terengganu kembali mewakili pasukan untuk musim 2014 akan datang. Antaranya ialah kepulangan semula Nor Farhan Muhammad dari pasukan Kelantan yang sebelum ini dikaitkan dengan pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT), Zairo Anuar Zailani dan Faiz Subri (Kelantan), bekas penjaga gol kebangsaan Mohd. Sharbinee Allawee Ramli (Selangor), Izzat Fariq Ramlan (Harimau Muda A), Azlan Zainal dan Mohd. Nor Hakim Hassan (PKNS FC) serta beberapa pemain lagi. Pasukan Terengganu juga turut mengekalkan pemain-pemain musim lalu seperti Ashaari Shamsudin, Abdul Manaf Mamat, Zubir Azmi, Sharmiza Yusuf, Ismail Faruqi, Vincent Bikana dan pemain-pemain lain. 

Pada pandangan Bual Sukan, dengan perancangan taktikal Hj. Abdul Rahman Ibrahim serta kekuatan pemain-pemain, pasukan Terengganu pada musim depan adalah antara pasukan yang bakal mencabar kelompok 5 pasukan terbaik Liga Malaysia 2014. Semoga berjaya kepada pasukan Terengganu Sang Penyu pada musim akan datang. Berikut adalah senarai pemain pasukan Terengganu musim 2014 :

Penjaga Gol :
1 Mohd Izzuddin Hussin, 24 Mohd Shamirza Yusoff, 25 Mohd Sharbinee Allawee Ramli

Pertahanan :

2 Mazlizam Muhammad (T-TEAM), 3 Mohd Muhaimin Omar, 5 Vincent Bikana (Cameroon), 6 Nik Zul Aziz Nawawi,11 Ahmad Azlan Zainal (PKNS FC), 13 Hasmizan Kamarodin, 16 Mohd Zubir Md Azmi

Tengah :

7 Zairol Anuar Zailani(Kelantan), 8 Ismail Faruqi Ashaari, 14 Muhammad Fakhrurazi Musa, 15 Nasril Izzat Jalil, 17 Mohd Khairul Ramadhan Zauwawi, 18 Ahmad Nordin Alias, 20 Mario Karlovic (Australia), 21 Mohd Nor Hakim Hassan (PKNS), 22 Mohd Ashaari Shamsudin

Penyerang :

4 Abd.Manaf Mamat, 9 Marcio Souza da Silva (Brazil), 10 Norfarhan Mohammad, 12 Izzaq Farris Ramlan (Harimau Muda A), 19 Mamadou Hady Bary (Guinea), 23 Mohd Faiz Subri (Kelantan)

Selasa, 12 November 2013

Bola Sepak : Pasukan Kelantan The Red Warriors Musim 2014

Musim panjang Liga Malaysia 2013 telah berakhir pada 4 November 2013 yang lalu. Bagi musim baru Liga Malaysia 2014 akan datang, setiap pasukan sedang giat menjalankan pemilihan pemain baru selain memancing pemain-pemain daripada pasukan-pasukan lain untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi musim 2014. Pasukan juara treble musim 2012 juga tidak terkecuali mempersiapkan pasukan mereka untuk musim akan datang dengan melantik bekas jurulatih pasukan bawah 23 Thailand, Steve Darby menggantikan jurulatih Croatia, Bojan Hodak yang diberitakan mungkin berhijrah ke Liga Thailand bagi musim 2014 akan datang.

Musim Liga Malaysia 2013 yang lalu menyaksikan pasukan Kelantan menamatkan aksi selaku naib juara Piala Malaysia 2013, tempat keempat untuk Liga Super 2013, juara Piala FA 2013, naib juara Piala Sumbangsih 2013 selain mewakili negara ke Kejohanan Piala AFC 2013. Untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang, pasukan Kelantan pastinya menghadapi kesukaran apabila dilaporkan beberapa pemain utama musim lalu berhijrah meninggalkan pasukan The Red Warriors antaranya Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhammad, Daudsu Jamaluddin, Azizi Che Ros, Rizal Fahmi Rosid, S.Subramaniam, Shakir Shaari, Izwan Solahuddin dan beberapa pemain lagi. Antara pemain yang bakal menyarung jersi pasukan Kelantan bagi musim akan datang ialah bekas penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Ali dan pemain Harimau Muda A, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria. 

Pasukan Kelandan pastinya cukup bertuah apabila ketua pasukan mereka yang merupakan antara pemain terbaik Liga Malaysia masakini, Mohd. Badhri Radzi aka Piya dijangka terus kekal bersama pasukan musim akan datang. Selain itu juga, penjaga gol utama kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat aka Apek, pertahanan import kental dari Nigeria Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak dan beberapa pemain musim lalu akan terus mencurah keringat bersama pasukan Kelantan untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang. 

Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Kelantan pastinya adalah antara pasukan pilihan untuk kancah Liga Malaysia 2014 akan datang dengan sokongan padu pihak pengurusan selain sorakan bersemangat penyokong The Red Warriors yang pastinya menyemarakkan lagi semangat pemain-pemain Kelantan. Berikut adalah senarai nama pemain pasukan Kelantan The Red Warriors musim 2014 akan datang :

Penjaga Gol : 
Khairul Fahmi Che Mat, Shahrizan Ismail, Syazwan Yusoff

Pertahanan : 
Aziz Ismail, Faiz Suhaimi, Tuan Faim, Faizul Nazlin Sayuti, Nik Shahrul Azim, Zairul Fitree Ishak, Farisham ismail, Nazri Ahmad, Obinna Nwaneri

Tengah : 
Mohd. Badhri Radzi, Mohamad Shawky, Amar Rohidan, Brendan Gan, Khairul Izuan Rosli, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria

Penyerang : 
Mohammad Ghaddar, Francis Forkey Doe, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Ali, Famirul Asyraf Sayuti

Isnin, 11 November 2013

Bola Sepak : Pasukan Selangor The Red Giants Musim 2014

Musim Liga Bola Sepak Malaysia 2013 telah berakhir di mana juara piala-piala yang dipertandingkan telahpun dinobatkan kepada pasukan yang berjaya. Musim 2013 menyaksikan pasukan Selangor sekadar menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kedua iaitu 3 mata di belakang juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII. Manakala dalam aksi Piala Malaysia 2013, pasukan Selangor gagal melangkah ke suku akhir apabila terkandas di peringkat kumpulan. Kejayaan pasukan Selangor menamatkan saingan di kedudukan kedua melayakkan mereka bermain dalam Kejohanan Piala AFC 2014 akan datang. Bagi musim 2014 akan datang, pasukan Selangor adalah antara pasukan yang giat menjalankan persiapan bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2014 akan datang. Persatuan Bola Sepak Selangor telah melantik bekas pemain pertahanan kental mereka satu ketika dahulu iaitu Mehmet Durakovic dari Australia selaku Ketua Jurulatih musim akan datang.

Pasukan Selangor juga telah memancing pemain -pemain baru bagi menghadapi musim akan datang antaranya ialah penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias, Mohd. Shahrom Kalam, Abdul Hadi Yahya (Perak), Mohd. Azmi Muslim, Mohd. Nazri Ahmad (Darul Takzim FC), Mohd. Hamsani Ahmad (Negeri Sembilan), Rizal Fahmi Rosid (Kelantan) serta penyerang Harimau Muda A, A.Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri. Selangor juga berjaya mendapatkan penyerang import berbisa yang mewakili Perak musim lalu, Paolo Rangel bagi mengemudi jentera serangan mereka musim depan. Selain pemain-pemain ini, penyerang kebangsaan Safee Sali juga dikhabarkan bakal menyarung jersi pasukan The Red Giant musim depan. Beberapa pemain musim lalu juga turut dikekalkan antaranya ialah S.Kunalan, K.Gurusamy, S.Veenod, Fitri Syazwan, Syukor Jusoh, Raimi Md. Nor, Bunyamin Omar dan pemain-pemain lain.

Namun begitu, cabaran musim akan datang pastinya lebih getir apabila mereka kehilangan beberapa orang pemain tonggak utama pasukan musim lalu seperti penjaga gol, Norazlan Razali, Asraruddin Putra, Mahali Jasuli dan Amri Yahyah kepada Darul Takzim FC manakala Nasriq Baharom dan K.Solihin kepada Felda United. Selangor juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan semula bekas pemain mereka, Safee Sali selain pemain lincah Indonesia, Andik Vermansyah bagi saingan musim akan datang.

Untuk musim Liga Malaysia 2014 akan datang, Bual Sukan melihat pasukan Selangor antara pasukan pilihan untuk mengungguli Liga Bola Sepak Malaysia 2014 akan datang.   

Sabtu, 9 November 2013

Bola Sepak : Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super 2014

Musim panjang Liga Bola Sepak Malaysia 2013 telah berakhir pada 4 November 2013 yang lalu di mana pasukan Pahang telah dinobatkan selaku juara Piala Malaysia 2013 manakala Liga Super 2013 pula menyaksikan kejuaraan berjaya diraih pasukan jemputan Singapore Lions XII dengan pasukan Selangor dan Darul Takzim FC menamatkan saingan di kedudukan kedua dan ketiga. 

Bagi menghadapi musim 2014 akan datang, 12 pasukan Liga Super 2014 pastinya sedang giat mempersiapkan pasukan masing-masing dengan barisan kejurulatihan yang berwibawa selain barisan pemain yang  mantap untuk menggalas cabaran musim Liga Super 2014 akan datang. Antara pasukan yang membuat perubahan untuk ketua jurulatih musim akan datang ialah pasukan Singapore Lions XII, Selangor, Darul Takzim FC, Kelantan, Perak, PKNS FC, Terengganu dan T-Team manakala pasukan ATM FA, Pahang, Sarawak dan Sime Darby FC dijangka mengekalkan ketua jurulatih sedia ada. Berikut adalah barisan Ketua Jurulatih bagi pasukan Liga Super 2014 akan datang :

Singapore Lions XII : Fandi Ahmad
Selangor : Mehmet Durakovic
Darul Takzim FC : Cesar Fernando Jiminez
Kelantan : Steve Darby
ATM FA : B. Sathianathan
Pahang : Ronald Smith
Perak : Abu Bakar Fadzim
PKNS FC : Wan Jamak Wan Hassan
Terengganu : Haji Abdul Rahman Ibrahim
T-Team : Azraai Khor Abdullah
Sarawak : Robert Alberts
Sime Darby FC : Ismail Zakaria

Khamis, 7 November 2013

Bola Sepak : Undian Bola Sepak Sukan SEA ke 27

Semalam telah berlangsung undian peringkat kumpulan bagi Sukan SEA ke 27 di Myanmar. Pasukan Harimau Muda A di bawah bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee yang juga selaku juara bertahan bagi 2 edisi terdahulu pastinya akan diberi saingan getir dari negara-negara lain untuk merebut apa yang dikatakan lubuk segala emas kejohanan. 

Nyata cabaran untuk mempertahankan emas acara bola sepak adalah tugas mencabar apatah lagi apabila pasukan bawah 23 tahun negara diundi sekumpulan dengan Singapura, Vietnam, Filipina, Laos dan Brunei dalam Kumpulan A. Cabaran Kumpulan B pula menyaksikan pasukan tuan rumah, Myanmar diundi bersama-sama dengan Thailand, Indonesia, Kemboja dan Timur-Leste. 2 pasukan terbaik setiap kumpulaan bakal melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Saingan peringkat kumpulan akan bermula pada 1 hingga 16 Disember manakala separuh akhir dan akhir dijadualkan pada 18 dan 21 disember 2013. 

Semoga pasukan negara bawah 23 tahun berjaya mempertahankan pingat emas acara bola sepak ini kali ketiga berturut-turut. Bual Sukan percaya kemampuan anak buah Datuk Ong Kim Swee pastinya akan memberikan sinar kepada bola sepak negara.

KUMPULAN A :



KUMPULAN B :

Rabu, 6 November 2013

Bola Sepak : Pasukan Johor Darul Ta'zim FC musim 2014

Musim Liga Malaysia 2013 telahpun berakhir pada 4 November 2013 yang lalu dengan pasukan Pahang berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2013. Musim Liga Malaysia 2014 dijangka bermula pada 18 Januari 2014 akan datang. Sehingga kini, setiap pasukan sedang giat menjalankan persiapan bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2014 akan datang. Antara pasukan yang membuat persiapan rapi adalah pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau Darul Ta'zim FC yang berbelanja besar bagi membentuk pasukan serba mantap untuk musim 2014 akan datang. 
Nyata pasukan Johor sangat seius menghadapi musim 2014 apabila mengikat jurulatih dari Sepanyol iaitu Cesar Fernando Jiminez yang pernah melatih pasukan gergasi Liga Primera Sepanyol, Atletico Madrid. Selain itu, JDT di bawah pimpinan Tengku Mahkota Johor juga mengikat bintang import dari Argentina yang pernah mewakili kelab Benfica di Portugal dan Valencia di Sepanyol iaitu Pablo Aimar dan bekas pemain bawah 23 tahun Sepanyol, Braulio Nobrega Rodriguez. Hariss Harun dari pasukan Singapore Lions XII pula bakal mencukupkan kuota pemain import pasukan JDT.
 

Selain pemain import berprofail tinggi ini, JDT juga membawa masuk pemain-pemain ternama Liga Malaysia seperti Azizi Mat Rose, S. Subramaniam, Daudsu Jamaluddin (Kelantan), Mahali Jasuli, Norazlan Razali, Amri Yahya, Asraruddin Putra (Selangor), Fadhli Shas, Izham Tarmizi, Irfan Fazail (Harimau Muda A), Nazrin Nawi (Negeri Sembilan) dan pemain-pemain lain untuk memantapkan pasukan mereka musim depan. Pasukan JDT pastinya menjadi antara pasukan pilihan mengungguli Liga Malaysia 2014 akan datang.

Berikut adalah senarai pemain JDT bagi musim 2014 berdasarkan kepada laman web www.johorsoutherntigers.com.my . Namun begitu senarai akhir pemain hanya akan disahkan oleh pengurusan JDT sebelum jendela perpindahan dan pendaftaran pemain ditutup pada Disember 2013. 

Selasa, 5 November 2013

Bola Sepak : Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2014

Piala Sumbangsih atau juga dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah merupakan perlawanan yang bakal membuka tirai liga bola sepak Malaysia 2014. Berdasarkan kepada format terkini, Piala Sumbangsih ini bakal menemukan pasukan juara Piala Malaysia 2013 iaitu Pahang yang dijadualkan bertemu pasukan juara Liga Super 2013 iaitu Singapore Lions XII. Berdasarkan kepada jadual Liga Malaysia yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kemungkinan perlawanan ini akan diadakan pada 18 Januari 2014 di lokasi dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

Pada musim 2013 yang lalu, kita dapat menyaksikan bagaimana pasukan ATM FA berjaya merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih apabila berjaya menundukkan juara treble 2013 iaitu Kelantan The Red Warriors dengan sepakan penalti 4-3 setelah kedudukan terikat seri 1-1. Tempoh rehat selama kira-kira 2 bulan lebih ini pastinya akan digunakan oleh setiap pasukan untuk membuat rangka persiapan memantapkan pasukan masing-masing. Semoga Liga Bola Sepak Malaysia terus menjadi tumpuan peminat bola sepak seluruh pelusuk tanah air dalam memartabatkan bola sepak negara.   

Bola Sepak : Keputusan Penuh Watsons Piala Malaysia 2013

Saingan kejuaraan berprestij bola sepak negara Piala Malaysia 2013 telah berakhir dengan pasukan Tok Gajah Pahang berjaya muncul juara menewaskan pasukan pilihan dan juga juara bertahan Piala Malaysia 2012, Kelantan The Red Warrior dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Matias Conti. Dengan kemenangan ini, Pahang berjaya menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia sejak 21 tahun lalu di mana kali terakhir mereka memenanginya pada tahun 1992. Apa yang menarik, pada tahun 1992 jurulatih Pahang, Dollah Salleh turut bermain dalam perlawanan tersebut. Kejayaan ini nyata cukup manis dalam karier jurulatih Pahang  serta karier bola sepak anak-anak buahnya yang berjaya menjulang piala berprestij ini buat kali ketiga dalam sejarah Pahang. 


Piala Malaysia 2013 menyaksikan 61 perlawanan telah dilangsungnya bermula dengan pusingan kelayakan play-off antara 4 pasukan iaitu Negeri Sembilan, Felda United, Sabah dan Pos Malaysia FC bagi merebut 2 slot ke peringkat undian kumpulan. 14 pasukan iaitu 10 dari Liga Super dan 4 dari Liga Premier telah mengesahkan kemaraan awal ke peringkat kumpulan. Pasukan Negeri Sembilan dan Felda United berjaya menempah slot ke peringkat undian kumpulan menjadikan 16 pasukan layak dan diundi dalam 4 kumpulan. Dalam undian peringkat kumpulan, Kumpulan C dikira sebagai kumpulan yang paling mencabar apabila pasukan Kelantan, Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan diundi dalam kumpulan ini. Kumpulan-kumpulan lain juga menyaksikan saingan hebat untuk menempatkan diri antara 2 pasukan teratas untuk mara ke peringkat suku akhir. Berikut adalah keputusan perlawanan peringkat kumpulan :

KUMPULAN A

20 Ogos 2013 (Selasa)
Johor lwn Selangor (1-1)
ATM FA lwn Sime Darby FC (3-4)

24 Ogos 2013 (Sabtu)
Selangor lwn ATM FA (2-3)
Sime Darby FC lwn Johor (1-2)

27 Ogos 2013 (Selasa)
Sime Darby FC lwn Selangor (3-0)
Johor lwn ATM FA (3-3)

31 Ogos 2013 (Sabtu)
ATM FA lwn Johor (4-1) 
Selangor lwn Sime Darby FC (1-1)

17 September 2013 (Selasa)
Johor lwn Sime Darby FC (2-2)
ATM FA lwn Selangor (1-1)

21 September 2013 (Sabtu)
Selangor lwn Johor (2-1) 
Sime Darby FC lwn ATM FA (1-1)


KUMPULAN B

20 Ogos 2013 (Selasa)
PKNS FC lwn Darul Takzim FC (2-0)
Felda United lwn T-Team (0-1)

24 Ogos 2013 (Sabtu)
Darul Takzim FC lwn Felda United (1-0)
T-Team lwn PKNS FC (0-1)

27 Ogos 2013 (Selasa)
T-Team lwn Darul Takzim FC (2-3) 
PKNS FC lwn Felda United (2-0)

31 Ogos 2013 (Sabtu)
PKNS FC lwn Felda United (1-0) 
Darul Takzim FC lwn T-Team (1-2)

17 September 2013 (Selasa)
PKNS FC lwn T-Team (5-0) 
Felda United lwn Darul Takzim FC (2-5)

21 September 2013 (Sabtu)
Darul Takzim FC lwn PKNS FC (0-2)
T-Team lwn Felda United (2-1)


KUMPULAN C

20 Ogos 2013 (Selasa)
Pahang lwn Kelantan (1-1)
Terengganu lwn Negeri Sembilan (0-2)


24 Ogos 2013 (Sabtu)
Kelantan lwn Terengganu (2-0)
Negeri Sembilan lwn Pahang (3-5)

27 Ogos 2013 (Selasa)
Pahang lwn Terengganu (1-1)
Negeri Sembilan lwn Kelantan (1-1)

31 Ogos 2013 (Sabtu)
Terengganu lwn Pahang (2-1)
Kelantan lwn Negeri Sembilan (2-3)


17 September 2013 (Selasa)
Pahang lwn Negeri Sembilan (3-0)
Terengganu lwn Kelantan (1-3)

21 September 2013 (Sabtu)
Kelantan lwn Pahang (4-0)
Negeri Sembilan lwn Terengganu (2-2)


KUMPULAN D

20 Ogos 2013 (Selasa)
Perak lwn Sarawak (2-1)
Lions XII lwn Kedah (2-2)

24 Ogos 2013 (Sabtu)
Sarawak lwn Lions XII (2-1)
Kedah lwn Perak (1-1)

27 Ogos 2013 (Selasa)
Kedah lwn Sarawak (0-0)
Perak lwn Lions XII (1-0)

31 Ogos 2013 (Sabtu)
Lions XII lwn Perak (2-1)
Sarawak lwn Kedah (4-0)

17 September 2013 (Selasa)

Perak lwn Kedah (0-1)

18 September 2013 (Rabu)
Lions XII lwn Sarawak (1-0)  

21 September 2013 (Sabtu)
Sarawak lwn Perak (6-1)
Kedah lwn Lions XII (1-3)

Di peringkat suku akhir menyaksikan kejutan apabila pasukan Selangor selaku juara sebanyak 32 kali dalam sejarah Piala Malaysia gagal ke pusingan suku akhir akibat kemerosotan prestasi pasukan mereka. Selain itu, 5 kelab menempah slot ke pusingan suku akhir iaitu Sime Darby FC, PKNS FC, ATM FA, Darul Takzim FC dan Lions XII manakala 3 pasukan lagi adalah pasukan negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Sarawak. Undian menyaksikan pertembungan sengit antara Kelantan - Darul Takzim FC, ATM FA _ Lions XII, Sarawak - Sime Darby FC dan Pahang - PKNS FC. Berikut adalah keputusan pusingan suku akhir Piala Malaysia 2013 :

SUKU AKHIR PERTAMA

27 September 2013 (Jumaat)
Pahang lwn PKNS FC (3-2)

28 September 2013 (Sabtu)
Darul Takzim FC lwn Kelantan (4-2)
Sime Darby FC lwn Sarawak (0-0)
Lions XII lwn ATM FA (1-0)

SUKU AKHIR KEDUA

4 Oktober 2013 (Jumaat)
PKNS FC lwn Pahang (1-2)
ATM FA lwn Lions XII (4-1)

5 Oktober 2013 (Sabtu)
Kelantan lwn Darul Takzim FC (6-1)
Sarawak lwn Sime Darby FC (3-1)

Peringkat separuh akhir pula menyaksikan 4 pasukan mara dengan penuh bergaya iaitu Sarawak, Pahang, Kelantan dan ATM FA. Undian menyaksikan pasukan ATM FA dijadualkan bertemu Kelantan manakala Pahang bertemu Sarawak. Pertembungan nyata mendebarkan dan selepas kedua-dua peringkat dilangsungkan Pahang dan Kelantan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Berikut adalah keputusan separuh akhir Piala Malaysia 2013 :  

SEPARUH AKHIR PERTAMA

18 Oktober 2013 (Jumaat)
ATM FA lwn Kelantan (1-2)

19 Oktober 2013 (Sabtu)
Pahang lwn Sarawak (3-1)

SEPARUH AKHIR KEDUA

25 Oktober 2013 (Jumaat)
Kelantan lwn ATM FA (2-2)

26 Oktober 2013 (Sabtu)
Sarawak lwn Pahang (1-1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa