Nuffnang Ads

Ahad, 3 November 2013

Bola Sepak : Pahang juara Piala Malaysia 2013

Kemuncak perlawanan akhir Watsons Piala Malaysia 2013 antara dua pasukan pantai timur Kelantan dan Pahang telah pun berakhir. Pasukan "underdog" Pahang berjaya menamatkan kemarau kejuaraan selama 21 tahun apabila berjaya muncul juara menewaskan pasukan pilihan Kelantan The Red Warrior dengan kemenangan 1-0. Gol jaringan tandukan penyerang import kelahiran Argentina, Matias Conti hasil hantaran silang pemain terbaik perlawanan akhir Azamuddin Akil atau Alex sudah cukup membantu kejayaan anak buah Dollah Salleh menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2013. 


Bagi pasukan Kelantan, ketiadaan pemain pertahanan import mereka Obinha Nwaneri yang digantung jelas dirasai apabila pasukan Pahang berjaya mengatur gerakan demi gerakan yang mencemaskan kubu pasukan Kelantan. Selain itu juga, hujan diawal permainan jelas menjejaskan rentak perlawanan kedua-dua pasukan. Nyata percaturan jurulatih Dollah Salleh berjaya memerangkap barisan pertahanan Kelantan apabila gerakan di minit 59 oleh Azamuddin Akil berjaya ditanduk masuk oleh Conti menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek. Kejayaan ini cukup manis buat Dollah Salleh apatah lagi memenanginya pada tahun 1992 selaku pemain Pahang dan membawa MPPJ Selangor dan Selangor muncul juara Piala Malaysia selaku jurulatih.

Dengan kejayaan ini, Pahang berjaya menamatkan musim bola sepak Malaysia dengan penuh bergaya. Selepas ini, setiap pasukan pastinya giat menjalankan persiapan bagi menghadapi musim Liga Super dan Liga Premier 2014 akan datang. Majulah Sukan untuk Negara.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa